Selasa, 19 Jun 2007

MENGENALI PRODUK HALAL

Soalan;

Assalamualaikum wbmt ustaz,

Apakah cara atau method terkini dan cepat bagi org awam tahu sesuatau keluaran itu Halal atau haram ?


Hassan

Jawapan;


Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Secara umumnya, tanda logo HALAL dari Jakim atau mana-mana Badan Agama yang diyakini dapat dijadikan panduan kerana mereka telah mengambil amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan hal tersebut dan telah memberi jaminan bahawa pengesahan mereka dapat dijadikan panduan oleh umat Islam.

Selain itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) atas dasar prihatin mereka untuk menjaga hak-hak pengguna Islam juga ada membuat penyelidikan tentang bahan-bahan haram yang terdapat di dalam produk-produk yang ada di pasaran hari ini. Buku-buku keluaran CAP yang mendedahkan isu tersebut sewajarnya dijadikan rujukan oleh pengguna-pengguna muslim supaya mereka tidak terjebak dalam membeli atau memakai produk-produk haram tanpa disedari.

Selain itu, oleh kerana terdapat banyak kes penyelewengan dari Syarikat-Syarikat bukan Islam terhadap logo HALAL, maka saya mengesyorkan agar umat Islam mengutamakan produk-produk keluaran Syarikat Muslim. Maka di samping kita melihat tanda/logo HALAL, hendaklah dilihat juga tanda/logo “Muslim Product” ketika kita membeli suatu barangan atau produk. Langkah ini sekaligus dapat membantu Ekonomi umat Islam dan dapat merealisasikan pasar bersekutu antara sesama umat Islam.
Wallahu A’lam.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...