Rabu, 27 Jun 2007

MENGGULUNG SELUAR KETIKA SOLAT

Soalan : Ada pendapat yg mengatakan bagi lelaki untuk melaksanakan solat perlu menggulung seluarnya hingga atas buku kaki. Ada pula yg kata tidak perlu.

Jawapan :


Terdapat sebuah hadis menegaskan;

لاَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَىَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ
“Allah tidak memandang (yakni tidak akan memberi rahmatNya) kepada orang yang melabuhkan pakaiannya kerana menyombong (atau berbangga-bangga diri)”. (Riwayat Imam Muslim).

Melabuhkan pakaian dengan niat berbangga-bangga sama ada di luar solat atau di dalam solat adalah haram. Adapun tanpa niat tersebut tidaklah haram. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim, tatkala menghuraikan hadis di atas beliau menyebutkan antaranya; “Tidak harus melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali jika dengan tujuan menyombong diri. Jika bukan dengan tujuan tersebut, hukumnya adalah makruh…Kadar yang disunatkan ialah hingga ke tengah betis. Jika dari tengah betis hingga ke buku lali (tanpa melepasinya), hukumnya adalah harus. Jika labuh hingga melepasi buku lali, hukumnya adalah makruh kecuali ada niat menyombong diri, maka hukumnya adalah haram”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah)

Wallahu A’lam.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...