Sunday, 27 January 2008

NASAB

Soalan : Saya ada terdengar/terbaca jika masa berkahwin anak kandungan kurang dari 6 minggu adalah sah anak tersebut anak tersebut dibinkan dengan suaminya?

Jawapan :

Untuk membolehkan bayi dinasabkan kepada seorang lelaki, maka hendaklah melalui akad perkahwinan yang sah dan kelahiran bayi hendaklah berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh berlakunya akad. Ini kerana telah disepakati oleh sekelian ulamak bahawa; tempoh hamil paling singkat ialah enam bulan. Jika berlaku kelahiran kurang dari enam bulan selepas akad, maka telah pasti bahawa bayi itu adalah hasil dari persetubuhan yang berlaku sebelum akad (yakni melalui penzinaan atau sebagainya), maka tidak harus bayi itu dinasabkan kepada suami ibunya. Adapun jika kelahirannya selepas enam bulan dari tarikh akad, maka ada kemungkinan bayi itu adalah dari persetubuhan yang terjadi selepas berlakunya akad nikah, maka haruslah ia dinasabkan kepada lelaki yang mengahwini ibunya itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Ahkam al-Aulad Fi al-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri.

0 ulasan: