Ahad, 31 Ogos 2008

AQIQAH DAN KORBAN SERENTAK PADA SEEKOR LEMBU

Soalan; adakah ibadah korban dan aqiqah blh dilakukan serentak? Contohnya seekor lembu ada 7 bahagian, sebahagian utk korban dan sebahagian lagi utk aqiqah?

Jawapan;

Aqiqah, sebahagimana harus dengan kambing, ia juga harus dengan lembu, kerbau dan unta. Sepertujuh (1/7) bahagian lembu/kerbau/unta menyamai seekor kambing. Oleh itu, seekor lembu/kerbau/unta boleh dijadikan aqiqah untuk tujuh orang anak. Dan harus seorang yang ingin melakukan aqiqah berkongsi lembu/kerbau/unta dengan orang lain yang tidak berniat melakukan aqiqah seperti ia mengingini 1/7 atau 2/7 dari bahagian unta/lembu itu untuk aqiqah dan adapun bahagian selebihnya diingini oleh orang lain untuk korban atau untuk dagingnya sahaja. Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Fiqhul-Manhaji, jil. 3, hlm. 56.
2. Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 321.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,

Ada kawan saya mengatakan bahawa tidak boleh mumbuat aqiqah dengan lembu kerana Nabi menyuruh kita mengaqiqah dengan kambing atau seumpamanya. Dia mengatakan bahawa jikalau tidak ada kambing atau seumpamanya tak perlu kita membuat aqiqah lagi. Tunggu sehinga mampu menyediakan kambing atau seumpamanya dahulu baru melaksanakan aqiqah. Betulkah macam tu ustaz? saya menjadi sangsi..

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...