This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, 28 September 2008

SOLAT TASBIH DI MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, berkenaan solat sunat tasbih, adakah dituntut dilakukan pada malam raya? Dan adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa tiada sebenarnya solat ini dalam pengamalan rasulullah?

Jawapan;

Tidak ada solat sunat yang disyariatkan secara khusus untuk malam hari raya. Apa sahaja ibadah yang telah disyariatkan secara umum –iaitu solat tahajjud, zikir, selawat, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya- harus kita lakukan untuk menghidupkan malam hari raya untuk memperolehi kelebihan yang disebut oleh hadis; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Mengenai solat Tasbih, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu sepuluh kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terang; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau baca –ketika sedang berdiri itu-; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” sebanyak 15 kali. Kemudian kamu ruku’ dan semasa ruku’ itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari ruku’ dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah seumur hidup sekali” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Ulamak-ulamak berbeza pandangan tentang hadis di atas. Ada yang menolaknya (yakni menganggapnya dhaif, tidak soheh) dan ada yang menerimanya. Antara yang menolaknya ialah Imam Ibnul-Jauzi, Hafiz al-‘Uqaili dan Abu Bakar Ibnu al-‘Arabi. Adapun yang menerimanya (yakni menganggapnya sebagai soheh untuk dijadikan hujjah dan amalan)–antara mereka- ialah; Imam as-Suyuti, Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Hafiz al-Munziri. Berkata Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani; hadis mengenai solat tasbih ini adalah hasan kerana banyak jalannya yang menguatkan jalannya yang pertama”. Termasuk juga yang menerima hadis Solat Tasbih itu ialah Syeikh Nasiruddin al-Albani. Dalam tahqiqnya terhadap Sunan Abu Daud, beliau menegaskan; “Hadis tersebut (yakni hadis solat Tasbih yang kita kemukakan di atas) adalah soheh” (Lihat; Soheh Wa Dhaif Sunan Abi Daud, no. 1297).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Pedoman Solat-Solat Sunat, Ustaz Abdul-Ghani Azmi Haji Idris, hlm. 308.

Nota Kaki;

[1] Al-jami’ as-Saghier, hadis no. 8343 (dhaif). Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

FADHILAT MENGHIDUPKAN MALAM HARI RAYA

Soalan; ustaz, benarkah hadis yang berbunyi lebih kurang "Barang siapa yang menghidupkan ( seperti bertasbih, bertahmid dan bertahajjud) pada dua malam hari raya (eid fitri dan eid adha) akan dihidupkan hatinya ketika mana hati-hati lain mati".

Jawapan;

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.[2]

Wallahu a'lam.

Nota Kaki;
[1] Al-jami’ as-Saghier, hadis no. 8343 (dhaif). Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat-fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).
[2] Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426, al-Majmu’, 5/47.

PERKUBURAN AL-MA'LA DAN AL-BAQI'

Soalan; ustaz, adakah ada hadis yang menyatakan kelebihan keatas mayat yang ditanam di Ma'la (perkuburan di Mekah) dan juga Baqi' (perkuburan di Madinah)?

Jawapan;

Terdapat beberapa hadis menyebutkan kelebihan tanah perkuburan al-Ma’la di Mekah, namun menurut ulamak hadis; kesemuanya adalah dhaif termasuk hadis;

نعم المقبرة هذه
“Sebaik-baik tanah perkuburan ialah yang ini (baginda maksudkan al-Ma’la di Mekah)” (HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Di antara yang dikebumikan di situ ialah isteri Nabi; Saidatina Khadijah.

Berkenaan perkuburan al-Baqi’ (perkuburan sahabat di Madinah), terdapat hadis-hadis soheh menerangkan bahawa Nabi s.a.w. selalu menziarahinya dan mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya. Di antaranya, hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya, baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan;

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ
“Selamat sejahtera ke atas kami para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami –Insya Allah- akan mengekori kamu. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini” (HR Imam Muslim).

Terdapat hadis soheh menyebutkan kelebihan mati di Madinah secara amnya, iaitu sabda Nabi s.a.w.;

-أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن مات بها
“Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ” (HR Imam Ahmad dari Abullah bin Umar r.a.).

Di perkuburan al-Baqi’ dikebumikan lebih 10 ribu sahabat, antaranya; Saidina Usman, isteri-isteri Nabi selain Khadijah dan Maimunah, anak-anak Nabi (Fatimah, Ruqayyah, Ummi Kaltsum dan sebagainya), cucu Nabi (al-Hasan bin Husain) dan ramai sahabat lagi. Menziarahinya merupakan suatu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana hadis tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Buyut as-Sohabah, Dr. Muhammad Ilyas Abdul-Ghani, hlm. 165-167.
2. Tarikh Makkah al-Mukaramah, Dr. Muhammad Ilyas Abdul-Ghani, hlm. 145.
3. Tarikh al-Madinah al-Munawwarah, Dr. Muhammad Ilyas Abdul-Ghani, hlm. 14.

Saturday, 27 September 2008

KELUAR MANI SEMULA SELEPAS MANDI

Soalan; ustaz, saya ada satu soalan untuk ditanyakan kepada ustaz. Soalannya; selepas kita mandi hadas besar dan didapati terdapat lagi lebihan air mani pada kemaluan walaupun semasa mandi tadi kita telah bersihkan kemaluan kita berkali-kali. Adakah perlu kita mandi sekali lagi harap ustaz dapat memberikan jawapannya. Sekian terima kasih

Jawapan;

Jika selepas mandi hadas besar, air mani keluar semula dari zakar, adakah kita perlu mandi semula? Para ulamak berikhtilaf dalam masalah tersebut;

1. Menurut mazhab Syafi’ie; wajib diulangi semula mandi kerana perkara yang mewajibkan mandi –iaitu keluar mani- telah berlaku semula. Pandangan ini berdalilkan makna umum sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni keluar mani)” (HR Imam Muslim dari Abi Said al-Khudri r.a.).

2. Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad (berdasarkan riwayat yang masyhur darinya); tidak wajib diulangi semula mandi. Yang wajib ialah mengambil wudhuk sahaja.

3. Menurut Imam Abu Hanifah; hendaklah dibezakan antara dua keadaan; jika sebelum mandi kita kencing, tidak perlu diulangi mandi. Jika kita tidak kencing, perlulah diulangi mandi.

Menurut Imam Ibnu Qudamah; pandangan yang soheh ialah yang pertama (yakni wajib mandi semula).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/159.
2. al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 1/160.

Tuesday, 23 September 2008

UKURAN WAKTU BERBUKA BAGI ORANG MUSAFIR

Soalan; Ustaz, saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang.
Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat?

Jawapan;

Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar); Seorang yang bermusafir –sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud); “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah; 187).

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan; Nabi s.a.w. bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata –dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat-; “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (HR al-Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.).

Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku ialah; jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.

Jika berpuasa menyukarkannya –khusus bagi yang menuju ke Barat- kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

(Rujuk; al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 2/8. Terjemahan dilakukan secara bebas dan dengan penghuraian)

Wallahu a’lam.

BERAPA HARI ORANG MUSAFIR HARUS TINGGAL PUASA?

Soalan; Ust, tumpang tanya sikit. Untuk pengetahuan ustaz, saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?.

Jawapan;

Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut;
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit.
5. Tidak bermusafir
6. Bersih dari haid dan nifas

Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman; “Berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (al-Baqarah, 184).

Selama ia dalam perjalanan, rukhsah itu terus berjalan baginya. Adapun jika ia berhenti di suatu tempat/persinggahan, ia tertakluk dengan hukum berikut;

1. Sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia meninggalkan puasa hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

2. Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya meninggalkan puasa selagi urusannya belum selesai sekalipun meliputi sebulan penuh Ramadhan.

Merujuk kepada kes saudara, oleh kerana saudara telah mengetahui bilangan hari saudara akan tinggal di luar Negara itu dan jumlah hari itu melebihi empat hari, maka menurut jumhur ulamak; sebaik saudara tiba di situ, musafir saudara telahpun terputus dan saudara tidak harus lagi meninggalkan puasa kecuali hari saudara akan pulang nanti (yakni bermula kembali musafir saudara). Jika saudara memakai pandangan Imam Abu Hanifah, haruslah saudara meninggalkan puasa selama saudara tinggal di luar Negara itu kerana bilangan hari saudara akan tinggal di situ kurang 15 hari.

Perlu diingatkan; puasa-puasa yang ditinggalkan semasa musafir itu wajib diqadha/diganti semula selepas Ramadhan sebelum tiba Ramadhan yang baru.
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 418 dan 446.

CIRI TETAP DAN ANJAL DALAM ISLAM

Soalan; ustaz. Saya mempunyai satu soalan. apakah yang dimaksudkan dengan tetap dan anjal dalam Islam. Aspek manakah yang mempunyai ciri tersebut?boleh ustaz terangkan secara terperinci mengenai persoalan ini.sekian terima kasih.

Jawapan;

Islam dijadikan Allah dengan sifat kukuh dan dinamik. Kukuh kerana ia bertunjang di atas asas-asas yang tetap, kekal dan tidak berubah bila-bila pun, iaitu yang menyentuh tentang;
a) Matlamat dan tujuannya
b) Usul-usul dan prinsip-prinsip amnya
c) Nilai-nilai keagamaan dan akhlaknya

Dinamik kerana di samping bersifat tsabat (tetap dan kekal) tadi, Islam juga bersifat anjal (murunah), iaitu dalam hal yang berkait dengan;
a) Cara dan jalan untuk mencapai matlamat dan tujuannya
b) Cabang-cabang dan ranting-ranting bagi usul-usul dan prinsip-prinsip amnya
c) Urusan-urusan keduniaan, ‘uruf dan adapt

Untuk huraian lebih lanjut sila baca di Blog Koleksi al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/islam-kukuh-dan-dinamik.html). Blog ini tidak sesuai untuk dimuatkan artikel panjang.

Wallahu a’lam.

Monday, 22 September 2008

ZAKAT FITRAH ORANG BERADA DI LUAR NEGARA

Soalan; Ustaz. Persoalan saya adalah : Skrg saya sekeluarga berada di Perth Australia, semenjak 23hb Feb 2008 dan insya Allah akan berada disini selama 3-4 tahun sehingga isteri saya menamatkan pengajian.
Berkenaan dengan pembayaran Zakat Fitrah ini, bolehkah saya membayar melalui internet ( ie Pusat Zakat, MBB2u etc ) dan berapakah kadar yg sepatutnya saya bayar? Adakah bergantung kepada kadar yg ditetapkan oleh Islamic Organization / Center di Perth ini atau boleh dibayar kadar seperti di Malaysia atau mungkin kena dikira secara 'pro-rata'kan bergantung kepada jumlah hari/bulan saya menetap di Malaysia dan di Perth ini?
Bagaimanakah situasinya dan kadarnya sekiranya saya bercadang utk berada & beraya di Malaysia (dan pada ketika itu saya belum lagi menbayar Zakat Fitrah).
Harap Ustaz tidak keberatan utk memperjelaskan dan terima-kasih. Wassalam.

Jawapan;

Zakat fitrah adalah zakat diri. Oleh ia hendaklah dikeluarkan di tempat di mana diri kita akan berada semasa terbenam matahari hari terakhir Ramadhan (yakni bermula malam pertama Syawal) iaitulah waktu sebenar bagi kewajipan mengeluarkan zakat fitrah menurut mazhab Syafi’ie, Ahmad dan beberapa ulamak yang lain.[1] Jadi, jika saudara bercadang untuk berhari raya di Malaysia di mana sebelum atau semasa terbenam matahari itu saudara jangka akan berada di Malaysia, maka hendaklah saudara membayar zakat fitrah di Malaysia. Dan jika saudara akan beraya di Australia, hendaklah saudara membayar zakat fitrah di sana. Dikecualikan jika saudara mendapati ada ahli keluarga yang miskin di Malaysia atau ada orang yang lebih berhajat di Malaysia yang lebih memerlukan zakat saudara, maka ketika itu haruslah saudara memindahkan zakat ke Malaysia sekalipun saudara berada di Australia. Begitu juga, harus saudara memindahkan zakat dari Malaysia ke tempat lain jika ada orang yang lebih berhajat di tempat itu walaupun saudara berada di Malaysia. Kadar zakat pula hendaklah mengikut ketetapan pihak berkuasa agama di tempat saudara mengeluarkan zakat.

Mengenai hukum membayar zakat secara online (internet banking) telah saya jelaskan sebelum ini. Sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/zakat-secara-online-internet-banking.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatawa Mu’asharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 1/135.
2. az-Zakah, Syeikh Abdullah ‘Ali al-Abhar, hlm. 72.
3. Fiqh az-Zakah, Syeikh Abdur-Razzaq Nasir Muhammad, hlm 212.

Nota Kaki;

[1] Walaupun waktu wajib adalah di penghujung Ramadhan (iaitu apabila terbenam matahari di hari terakhir Ramadhan), namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari masa tersebut. Ketetapan waktu bagi mengeluarkan zakat fitrah mengikut menurut mazhab Syafi’ie adalah seperti berikut;
1. Waktu wajib : iaitu dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.
2. Waktu harus : iaitu sebaik sahaja masuknya bulan Ramadhan dan berterusan hingga ke hari raya (sebelum terbenamnya matahari). Jadi, sepanjang bulan Ramadhan –menurut mazhab Syafi’ie- adalah waktu yang diharuskan untuk kita membayar zakat fitrah.
3. Waktu sunat ; iaitu pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan.
4. Waktu makruh; iaitu mengeluarkan zakat fitrah sesudah solat aidil-fitri tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya.
5. Waktu haram; iaitu melambatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas terbenam matahari pada hari raya.

BAITIL-MAQDIS

Soalan; ustaz, saya ada kemusykilan iaitu seorang rakan non muslim saya bertanya mengapa Baitul Muqaddis (Jerusalem) di anggap bandar suci bagi umat Islam? Harap ustaz dapat memberi penjelasan lanjut agar saya dapat menjelaskan dengan kawan tersebut.
sekian, terima kasih.

Jawapan;

1. Ia adalah Kiblat pertama kaum muslimin. Sebelum di arah mengadap ke Kaabah, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menunaikan solat lima waktu di Madinah dengan mengadap ke arah Baitil-Maqdis. Menurut cerita al-Barra’ (salah seorang sahabat Nabi s.a.w.); “Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menunaikan solat mengadap ke arah Baitil-Maqdis selama lebih kurang 16 atau 17 bulan” (Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 142)

2. Kemudian, setelah tidak lagi mengadap ke arah Baitil-Maqdis, Rasulullah s.a.w. tetap menganggapnya sebagai masjid utama, iaitu yang kedua utama selepas Masidil-Haram. Ini dapat diperhatikan pada kelebihan solat di situ di mana baginda bersabda;

صلاة في المسجد الحرام مائة ألف صلاة، وصلاة في مسجدي ألف صلاة، وفي بيت المقدس خمسمائة صلاة
“Menunaikan solat di Masjidil-Haram menyamai 100 ribu solat (di masjid yang lain). Solat di masjidku menyamai 1 ribu solat. Solat di Baitil-Maqdis menyamai 500 ribu solat” (HR al-Baihaqi dari Jabir r.a.. Menurut Imam Ibnu Hajar; sanad hadis ini hasan. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5109)

3. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda;

لا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: مسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِي هَذَا، وَمسْجِدِ الأَقصَى
“Janganlah mengembara (semata-mata untuk menunaikan solat di suatu masjid) melainkan ke tiga masjid sahaja; Masjidil-Haram, Masjid ku ini (yakni masjid Nabawi di Madinah) dan Masjidil-Aqsa (Baitil-Maqdis)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita mengembara bukan sahaja ke Masjidil-Haram dan Masjidnya, tetapi juga ke Masjidil-Aqsa (Baitil-Maqdis). Namun pengembaraan ke Masjidil-Aqsa (Baitil-Maqdis) tidak dapat kaum muslimin lakukan hari ini kerana dikuasai Yahudi.

Menurut ulamak; kelebihan Masjidil-Haram adalah kerana di situ dilakukan ibadah haji dan di situ juga terletak qiblat. Kelebihan masjid Nabi ialah kerana ia di atas atas takwa dan kelebihan Masjidil-Aqsa (Baitil-Maqdis) kerana ia adalah qiblat umat-umat terdahulu. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9802).

4. Ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj, Nabi s.a.w. tidak terus naik ke langit dari Mekah, akan tetapi baginda di bawa terlebih dahulu ke Palestin dan memasuki Masjidil-Aqsa (Baitil-Maqdis). Perjalanan dari Mekah ke Masjidil-Aqsa (Baitil-Maqdis) ini bukan hanya diceritakan oleh sejarah, tetapi direkodkan oleh Allah di dalam al-Quran. Sila baca; surah al-Isra’, ayat 1. Ini menunjukkan bahawa Palestin (termasuk Baitil-Maqdis) adalah milik umat Islam. Bumi ini adalah warisan dari para Nabi yang diamanahkan kepada Nabi Muhammad dan umat baginda.

5. Dakwaan orang Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin adalah bohong dan palsu. Penduduk asal Palestin ialah bangsa pribumi Palstin sendiri yang berketurunan Kan’an yang mendiami di situ sejak 4500 tahun lalu. Bangsa Palestin ini terus tinggal di situ hinggalah apabila datangnya Islam, majoriti mereka telah memeluk Islam dan menjadi Bahasa Arab sebagai bahasa utama kerana pengaruh Islam.

6. Bangsa Yahudi hanya pernah memerintah bumi Palestin iaitu selama 4 kurun; dari tahun 1000 hinga 586 S.M.. Setelah itu, kerajaan mereka dihancurkan empayar Assyria, Fir’aun, Greek dan Roman. Mereka lari keluar dari Palestin. Adapun penduduk asal palestin terus tinggal di situ. Kemudian, bermula tahun 636M pemerintahan Palestin dipegang oleh umat Islam secara terus menerus (selama lebih kurang 1200 tahun, iaitu hingga 1917). Hakikatnya, dari segi sejarah hubungan Yahudi dan Palestin telah sekian lama terputus iaitu lebih 2000 tahun. Hinggalah pada pertengahan kurun ke 20 (tahun 1946), mereka merampas Palestin dari penduduk Palestin dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu dan mengasaskan Negara Haram Israel.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir al-Quran al-Adziem, Imam Ibnu Kathir.
2. Faidhul-Qadier; syarah al-Jami’ as-Saghier, Imam al-Minawi.
3. Konflik Palestin & Israel, Maszlee Malik.

BEKERJA DI SYARIKAT PERCETAKAN

Soalan; saya .....,kerja di kilang percetakan di pj, selangor.kilang ini mencetak dan menghasilkan karton dan kotak rokok. selain itu kilang ni juga cetak dan buat label untuk tin susu F&N,dan lain2 lagi. Ia juga mencetak dan membuat label untuk tin atau botol arak Tiger.apa hukum saya bekerja di sana?

Jawapan;

Jika saudara dapat mencari kerja yang lain yang bersih dari sebarang syubhah, itulah yang lebih baik. Jika tidak ada, kerjalah di situ sementara mendapat kerja lain. Pendapatan saudara tidaklah haram kerana saudara tidaklah memperoleh pendapatan dengan melakukan yang haram. Cuma, terdapat syubhah kerana syarikat saudara terlibat membantu yang haram. Seorang muslim, antara sifatnya ialah membenci perkara yang diharamkan Allah sama maksiat, dosa atau munkar. Firman Allah; "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertaqwalah kepada Allah…” (al-Maidah; 2)

Wallahu a’lam.

Sunday, 21 September 2008

LAILATUL-QADAR

Soalan; ust, boleh tak berikan huraian tentang mlm lailatul qadar, masa berlaku mengikut qaul yg rajih dikalangan ulama termasuk ulama muasir, sekurang-kurang ibadah utk layak mdpt lailatulqadar, tanda-tanda dan pengalaman salafussoleh dlm bertemu mlm lailatulqadar.

Jawapan;

Allah menjelaskan di dalam al-Quran (bermaksud); "Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan" (al-Qadar: 3).

Menurut ulamak dan ahli-ahli Tafsir; maksud ayat ini ialah; beramal di malam al-Qadar (lailatul-Qadar) lebih baik dari beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul-Qadar (malam al-Qadar) di dalamnya (Rujuk: al-Asas fi at-tafsir, Said Hawa, surah al-Qadr). Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesiapa bangun (untuk mengerjakan ibadah) pada malam al-Qadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan ganjaran dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Mujahid menceritakan; “Di kalangan Bani Israel zaman dahulu terdapat seorang lelaki yang beribadah di malam hari hingga ke subuh dan di siangnya ia berjihad melawan musuh Allah hingga ke petang. Terus-menerus amalan itu ia lakukan selama 1000 bulan. Lalu Allah menurutkan ayat (bermaksud); “Malam al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (surah al-Qadar). Ayat ini bermaksud; bangun beribadah pada malam tersebut (yakni Lailatul-Qadar) lebih baik dari amalan lelaki tersebut” (Riwayat Imam Ibnu Jarir. Lihat; Tafsir a-Tabari). Berkata Sufyan as-Sauri; “Telah sampai kepadaku dari Mujahid yang berkata; ‘Lailatul-Qadar lebih baik dari 1000 bulan’, maknanya ialah; beramal di dalamnya, yakni berpuasa pada siangnya dan bangun beribadah pada malamnya lebih baik dari seribu bulan” (Riwayat Ibnu Jarir)

Jadi, yang penting bagi kita untuk mendapat kelebihan Lailatul-Qadar ialah dengan beramal pada malam tersebut, bukan hanya menunggu untuk melihat tanda-tandanya sahaja (tanpa beramal). Untuk mendapat kelebihan malam al-Qadar tidaklah susah. Semua orang Islam berpeluang mendapatnya. Jika seorang muslim melakukan terawih setiap malam di sepanjang Ramadhan (dari malam pertama hingga malam ke 30), sudah pasti salah satu dari terawihnya akan jatuh pada malam al-Qadar.

Menurut ulama’, sekurang-kurangnya qiyam lailatil-Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadar untuk mendapatkan kelebihannya) ialah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh berjamaah. Ini kerana malam di dalam Islam bermula dari maghrib dan berterusan hingga ke fajar (subuh). Malah khusus bagi Lailatul-Qadar , Allah berfirman (bermaksud); Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (al-Qadar, ayat 5). Selain itu, terdapat hadis dari Nabi s.a.w. menegaskan; “Sesiapa menunaikan solat Isyak berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail separuh malam. Dan sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, maka ia seolah-olah bangun berqiyamullail keseluruhan malam”. (Riwayat Imam Muslim dari Ustman r.a.)

Namun yang paling sempurna ialah dengan kita beribadah di keseluruhan malam atau sebahagian besarnya sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.. Saidatina ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, baginda bangun menghidupkan malamnya (dengan ibadah lebih dari biasa), membangunkan ahli-ahli keluarga baginda (untuk sama mengerjakan ibadah seperti baginda), baginda bersungguh-bersungguh (mengerjakan ibadah) dan baginda mengikat kainnya (*kiasan kepada kesungguhan untuk beribadah atau kiasan kepada meninggalkan isteri untuk menumpukan kepada ibadah)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Mengenai soalan “masa berlakunya lailatu-Qadar”, bermacam-macam pandangan dari ulamak; sebahagian berkata; malam 17, sebahagian yang lain pula; malam 19, ada yang berkata; malam 23, ada yang malam 27 dan sebagainya. Tidak ada kesepakatan antara ulamak tentang harinya secara tepat. Namun yang pasti –berdasarkan hadis-hadis Nabi s..a.w- Lailatul-Qadar itu terdapat dalam lingkungan 10 malam terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam ganjilnya. Sabda Nabi s.a.w.;

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.).

“Carilah lailatul-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari)

Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Saidina Umar r.a. telah menghimpunkan sahabat-sahabat Nabi r.a. dan bertanya mereka tentang Lailatul-Qadar. Mereka semua bersepakat bahawa malam itu berada dalam lingkangan 10 malam terakhir Ramadhan (HR Imam at-Thabrani).

Adapun tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam tersebut dan pada siangnya, sabda Nabi s.a.w; “Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan” (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728).

Berkata Imam al-Minawi; “Para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7728).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. At-Tajul Jami’ Lil-Ushul, Syeikh Manshur ‘Ali Nashif, jil. 2, hlm. 80.
2. Tafsir al-Quran al-Adziem, Imam Ibnu Kathir, surah al-Qadar.
3. al-Asas Fi at-Tafasir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar.
4. Faidhul-Qadier; syarh al-Jami' as-Saghier, Imam al-Minawi.

KHILAF ULAMAK DALAM MASALAH BERSENTUHAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Soalan; Suami & isteri,adakah batal wudhu' apabila bersentuhan?Apa yg dipelajari dari sekolah hukumnya batal.Pendapat lain yg saya tahu,hukumnya tidak batal kerana terdapat sirah Nabi s.a.w yg menunjukkan baginda mencium isteri beliau tiap kali hendak keluar solat berjemaah di masjid & Nabi tidak mengambil wudhu' semula. Minta penjelasan.. Jazakallahu khair..

Jawapan;

Berlaku sentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (yakni yang harus dikahwini) membatalkan wudhuk berdalilkan firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 6 (yang bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih…”.

Menurut mazhab Syafi’ie, semata-mata berlakunya sentuhan dan tanpa berlapik, akan batallah wudhuk sama ada sentuhan dengan syahwat atau tidak. Mengikut mazhab Imam Abu Hanifah, bersentuhan tidak membatalkan wudhuk kecuali yang membabitkan alat kemaluan (yakni zakar dan faraj) iaitulah bersetubuh. Adapun semata-mata bersentuhan tidaklah membatalkan wudhuk. Mengikut mazhab Imam Ahmad dan Malik pula; bersentuhan antara lelaki dan perempuan hanya membatalkan wudhuk jika dengan merasai kelazatan atau dengan maksud merasai kelazatan. Adapun bersentuhan semata-mata tidaklah membatalkan wudhuk.

Perbezaan pandangan ulamak di atas berlaku berpunca dari perbezaan mereka dalam mentafsirkan ungkapan “أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء” (atau kamu bersentuhan dengan perempuan) dalam ayat di atas. Menurut Imam Syafi’ie, ia bermaksud bersentuhan secara mutlaknya. Imam Abu Hanifah pula mentafsir ayat ini dengan pandangan Ibnu Abbas yang berkata; maksud ayat di atas ialah jimak (persetubuhan). Imam Malik dan Ahmad pula mentafsir ayat di atas dengan sentuhan yang disertai syahwat. Pandangan mereka disokong oleh hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh. Lihat; Misykat al-Masabih, hadis no. 323). Hadis ini menunjukkan bahawa sentuhan biasa tidaklah membatalkan wudhuk. Jika tidak, sudah tentu Nabi akan mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat selepas mencium isteri-isterinya tadi.

Wallahu a’lam.

Saturday, 20 September 2008

TEMPOH HARUS SOLAT MUSAFIR

Soalan; saya ada mendengar bahawa bagi musafir,mereka dibenarkan utk Jamak & Qasar selama 3 hari berturut-turut.Adakah ini benar?Contoh yang saya buat berdasarkan kefahaman ini spt berikut:Saya ke Kedah hari ini.Zohor & Asar saya Jamak Taqdim.Begitu juga Maghrib & Isyak.Saya kira hari ini ialah "travelling day / hari musafir".Utk 3 hari seterusnya (Selasa,Rabu,Khamis),saya solat Jamak & Qasar bagi kesemua solat yg dibnarkan.Pada hari Jumaat,saya balik KL & lakukan Jamak Qasar bagi Jumaat & Asar. Minta komen & penjelasan dari ustaz.

Jawapan;

Solat musafir (yakni jama’ dan qasar) diharuskan selagi seseorang itu berada dalam musafir (perjalanan). Jika ia berhenti di satu tempat, sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia solat musafir (jamak dan qasar) hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya solat musafir di situ selama 18 hari mengikut mazhab Syafi’ie (yakni selepas 18 hari tidak harus lagi ia solar musafir walaupun urusannya belum selesai). Menurut mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad; harus ia solat musafir selagi urusannya belum selesai sekalipun memakan masa bertahun.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 271.

IBU-BAPA YANG TELAH TUA DAN TAK MAMPU PUASA

Soalan; Ibu bapa kawan saya sudah terlalu tua & tak mampu berpuasa.Sepanjang Ramadhan tahun ini,katanya mereka tak mampu berpuasa utk beberapa hari. Adakah mereka perlu ganti puasa di bulan yg lain?- Adakah sebaranag denda yg perlu dibayar?

Jawapan;

Orang yang tidak mampu lagi berpuasa sama ada kerana telah tua, sakit yang tidak ada lagi harapan untuk sembuh atau seumpamanya, harus dia berbuka dan hendaklah diganti dengan fidyah. Mengenai fidyah sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/10/fidyah-puasa.html)

Wallahu a’lam.

MIMPI KELUAR MANI

Soalan; saya tidur slps Subuh,bermimpi & rasa seperti keluar air mani. Bila bangun,tiada kesan pada kain.Saya TIDAK mandi wajbi.Tetapi keesokan pagi,apabila memakai kain yg sama,saya tersedar ada kesan keluar air mani (keras).Saya segera mandi wajib.Soalan saya:
- Bagaimana dgn puasa & solat saya sepanjang hari sebelum itu?
- Adakah saya perlu qada' puasa & solat?

Jawapan;

Keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa kerana ia berlaku tanpa sengaja. Berpuasa dalam keadaan berhadas juga tidak menjejaskan puasa kerana puasa tidak disyaratkan suci dari hadas. Jadi, puasa saudara adalah sah dan tidak perlu diqadha. Adapun solat, wajiblah diulangi jika saudara yakin yang keluar itu adalah mani kerana syarat sah solat antaranya ialah suci dari dari hadas besar dan hadas kecil. Jadi, solat-solat yang saudara kerjakan pada ketika berhadas itu adalah batal dan wajib dikerjakan semula.

Wallahu a’lam.

Thursday, 18 September 2008

BATASAN PERBUALAN LELAKI DAN WANITA

Soalan; saya ingin tahu apakah batas2 dalam perbualan antara seorang lelaki dan perempuan bukan mahram?yang saya tahu, lelaki dan perempuan bukan mahram boleh bercakap jika ada keperluan..boleh kah ustaz terangkan lebih lanjut mengenai 'keperluan' yang dimaksudkan?
jazakallahu khaira.:D

Jawapan;

Hubungan/interaksi antara lelaki dan wanita dalam banyak keadaan tidak dapat dielakkan. Dalam dunia hari ini, kaum lelaki dan kaum wanita sama-sama bersaing dalam hampir semua sector. Selagi hubungan tersebut berjalan secara normal, dengan tujuan yang baik (untuk memenuhi urusan dan keperluan), di tempat terbuka dan tidak menimbulkan sebarang syak wasangka orang lain dan tidak ada niat yang terselindung di sebaliknya, maka Islam tidak menghalang lelaki dan wanita untuk berinteraksi antara satu sama lain. Islam hanya menyekat hubungan yang berlebihan yang jika tidak dikawal akan membawa kepada berlakunya zina. Contoh hubungan yang berlebihan ini ialah;
1. Berdua-duaan tanpa mahram
2. Saling sentuh-menyentuh
3. Bercakap dengan suara manja dan memikat (khusus bagi perempuan)
4. Mendedahkan aurat atau bertabarruj
5. Kerap bertemu tanpa ada keperluan
6. Terlalu mesra atau bergurau yang keterlaluan
7. Meluahkan perasaan cinta dan kasih.

Bentuk hubungan yang berlebihan di atas hanya diizinkan apabila ada akad perkahwinan. Tanpa akad perkahwinan, tidak diizinkan Syarak sekalipun telah ada ikatan pertunangan.
Kesimpulannya, hubungan antara lelaki dan wanita adalah harus dengan syarat tidak berlebihan sebagaimana disebutkan di atas. Adapun bentuk keperluan yang ditanya oleh saudara/saudari, ia tidak dapat kita skopkan secara khusus. Secara amnya, kita sendiri perlu bertanya diri kita; kenapa kita memilih si fulan (lelaki/wanita) untuk berurusan dengannnya. Adakah kerana keperluan atau kebetulan atau ada niat lain di sebaliknya. Namun begitu, apa pun niat kita, selagi tidak berlebihan seperti di atas, tidaklah kita memasuki daerah haram. Cuma kita perlu menjaga hati kita agar sentiasa bersih dan tidak terjebak ke dalam yang haram di masa depan.

Untuk mengetahui pandangan Syarak tentan suara wanita, sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/suara-wanita.html).

Wallahu a’lam.

KHUSYUK

Soalan; ustaz , apakah menumpukan seluruh perhatian pada bacaan dan perbuatan sahaja boleh dianggap khusuk?

Jawapan;

Khusyuk ada dua jenis;

1. Khusyuk anggota; iaitu memastikan anggota kita tetap dan tenang dalam solat dengan berada pada posisinya yang ditetapkan oleh Syarak. Contohnya; ketika berdiri mata melihat ke tempat sujud, tangan berada di atas dada, badan lurus menegak dan kaki berpijak tetap di atas bumi. Ketika ruku', tangan memegang lutut, belakang diluruskan, siku di jauhkan dari rusuk dan mata memandang ke tempat sujud. Begitulah seterusnya ketika kita sujud, duduk dan sebagainya hinggalah memberi salam.

2. Khusyuk hati; iaitu hati memberi tumpuan sepenuhnya kepada Allah. Khusyuk hati ini merangkumi;
a) Hudhur al-Qalb (hadir hati bersama solat)
b) at-Tafahhum (memahami bacaan dan perbuatan solat)
c) at-Ta'zim (merasai kebesaran Allah)
d) al-Haibah (merasa gerun kepada Allah)
e) ar-Raja' (menaruh harapan kepada Allah)
f) al-Haya' (merasa malu kepada Allah)

Untuk mendapatkan keterangan dan huraian yang lebih lanjut tentang khusyuk ini, sila baca di Blog Laman Fiqh Anda; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-memberi-salam.html).

Wallahu a'lam.

Tuesday, 16 September 2008

MASALAH PUASA

Soalan; ustaz, berikut adalah persoalan saya mengenai puasa Ramadhan:
1. Bolehkah seseorang itu menitikkan ubat ke atas bibir mulutnya yang sakit(ulcer mulut) ketika berpuasa?
2. Bolehkah seseorang itu menggosok gigi menggunakan ubat (contoh ubat gigi mukmin) pada waktu pagi sebelum pergi bekerja?
3. Apakah batal puasa dan solat seseorang yang menelan air liurnya ketika menunaikan solat dalam waktu berpuasa?
4. Seorang yang mengidap gastrik sering meludah kerana katanya air liurnya kerap keluar dan rasanya agak masam/pahit. Apakah ia boleh menelannya dan air liur yang bagaimana tidak dibenarkan ditelan ketika berpuasa?
JazakAllah.

Jawapan;

1. Menitik ubat ke bibir adalah harus dengan syarat menjaganya jangan sampai tertelan. Jika tertelan, batallah puasa.

2. Menggunakan ubat gigi semasa sedang berpuasa adalah harus. Pada zaman Nabi s.a.w., kayu siwak yang digunakan juga mempunyai rasa dan jirim dan tidak ada ulamak melarangnya ke atas orang yang berpuasa. Namun, sebagaimana syarat di atas; hendaklah dijaga jangan sampai tertelan. Jika tertelah, batal puasa.

3. Menelan air liur tidaklah membatalkan puasa, begitu juga tidak membatalkan solat, kecualilah jika air liur itu bercampur dengan makanan. Jika air liur bercampur makanan, wajib lah diluahkan. Jika ditelan, batallah puasa.

4. Jika dirasai air liur ada bercampur dengan sesuatu sama ada yang datang dari luar atau datang dari dalam (seperti air/muntah yang terbit dari perut, kahak/gelema, darah dari gusi atau sebagainya), wajiblah diluahkan. Jika tidak bercampur sesuatu (yakni semata-mata air liur) tidak mengapa ditelan.

Wallahu a’lam.

HAID DATANG SEMULA SELEPAS 13 HARI

Soalan; ustaz, saya ada satu kemusykilan; sebelum ni saya telah datang haid selama 10 hari namun selepas 13hari saya dapati ada darah berwarna hitam dan sedikit...persoalannya mgikut kitaran haid yg normal adalah 28 hari..dalam hal saya kitaran haid baru 23 hari...adakah ia dikira darah haid? saya musykil untuk meneruskan puasa..mohon penjelasan ustaz..

Jawapan;

Tempoh suci paling pendek ialah 15 hari. Sekiranya setelah suci dari haid datang semula darah sebelum genap tempoh suci 15 hari, maka darah yang datang itu dikira istihadhah. Puan/saudari hendaklah menunaikan solat dan berpuasa sebagaimana biasa. Adapun jika darah itu berterusan hingga melepasi hari ke 15 (yakni masuk hari ke 16 dan seterusnya), maka yang melepasi hari ke 15 itu barulah boleh dianggap haid.

Wallahu a'lam.

CARA MEMERIKSA HABIS HAID

Soalan; ustaz, setelah diyakini haid sudah berhenti..sy trs mandi wajib..tetapi slps mandi...hari keesokannya haid msh keluar lagi...bagaimana status ibadah sy waktu itu? dan bagaimana menentukan waktu terbaik untuk mandi wajib..sebelum ini, sy memastikan selepas 2 waktu sembahyang haid tidak keluar..sy akan mandi wajib selepas itu..bantulah saya..

Jawapan;

Ibadah yang dilakukan ketika masih ada haid itu tidak sah. Walau bagaimanapun puan/saudari tidak lah berdosa kerana melakukan ibadah ketika haid kerana hal tersebut bukan disengajakan, tetapi kerana sangkaan bahawa haid telah habis. Jika puan/saudari berpuasa semasa masih ada darah haid itu, puasa puan/saudari terbatal dengan sendirinya sebaik menyedari darah haid masih ada.

Adapun bagaimana caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis; apabila puan/saudari merasakan darah haid puan/saudari habis; lakukan pemeriksaan terhadap faraj terlebih dahulu sebelum mandi, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah puan/saudari mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, janganlah puan mandi lagi kerana darah haid belum habis. Kaedah ini diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 39.

Monday, 15 September 2008

SYIRIK; APAKAH MASIH ADA HARAPAN TAUBAT?

Soalan; ustaz, saya nak minta penjelasan mengenai perbuatan-perbuatan syirik. Perbuatan ini amat menggerunkan kerana kita tahu ianya satu-satunya dosa besar yang tidak diampuni oleh Allah swt. Walaubagaimanapun, apa yang patut dibuat jika seseorang itu tiba-tiba sedar yang dia telah pernah menghampiri syirik ataupun pernah syirik tanpa disedari? Adakah menghampirinya sama sahaja dengan melakukannya? Adakah ini bermaksud dia tidak ada harapan untuk mendapat keampunanNya dan kesejahteraan di Hari Akhirat walaupun melalui Taubat nasuha?

Jawapan;

Syirik adalah dosa paling besar di dalam Islam. Orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah, ditutup pintu keampunan untuknya. Ia akan kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Firman Allah (bermaksud);

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia akan mengampunkan dosa selain syirik itu bagi orang yang dikehendakiNya. Sesiapa mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar” (Surah an-Nisa’, ayat 48).

Menurut ulamak Tafsir, ayat di atas bermaksud kepada orang yang mati dalam Syirik. Berkata Imam Ibnu Kathir; yakni; “Allah tidak mengampunkan hamba yang bertemuNya dalam keadaan mensyirikkanNya”. Adapun orang yang semasa hayatnya pernah mensyirikkan Allah, kemudian sebelum ia mati, ia telah menyedari dosa Syiriknya, lalu memohon ampun kepada Allah dan membuang segala perbuatan Syirik dari dirinya, Insya Allah dosanya akan diampunkan Allah. Ini sebagaimana yang dijanjikan Allah melalui sabda RasulNya;

إنَّ اللَّهَ يقبلُ توبةَ العبدِ ما لمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hamba selagi nyawanya belum sampai di halqum (yakni nyawanya berada di penghujung)”. (HR Imam at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib)

Keadaannya sama seperti orang yang asalnya kafir, lalu memeluk Islam dan mati di dalam Islam. Sekalipun ia pernah mengkufurkan Allah, tetapi keislamannya telah menutup dosa kekufuran silamya. Begitu juga, dengan orang yang pernah mensyirikkan Allah, kemudian ia bertaubat dan kembali kepada Tauhid , maka taubat dan tauhidnya itu akan menutup dosa Syirik yang pernah ia lakukan.

Ayat di atas memberi ingatan kepada kita agar menjaga Tauhid kita di sepanjang hayat kita supaya kita dapat mati dalam Tauhid, bukan dalam Syirik. Tauhid dan Syirik adalah dua perkara yang saling bertentangan. Kedua-duanya tidak akan bertemu dan bercantum buat selama-lamanya. Jika dalam diri kita ada Tauhid, tidak akan ada Syirik. Jika ada Syirik, tidak akan ada Tauhid. Kerana itu, orang yang diserapi dengan penyakit Syirik, akan hilang darinya Tauhidnya sebanyak Syirik yang menyerapinya itu. Kemuncak Syirik ialah Syirik Akbar (Besar) kerana ia memadamkan sepenuhnya Tauhid dari diri seseorang. Adapun Syirik Asghar, ia tidak memadamkan sepenuhnya Tauhid, namun tidak boleh juga kita pandang ringan kerana ia menghakis Tauhid kita sikit demi sedikit. Orang yang berterusan melakukan Syirik Asghar (Kecil), lambat laun ia akan terjebak ke dalam Syirik yang lebih besar dan akhirnya mati dalam Syirik.

Orang yang menyedari ia pernah terjebak denagn Syirik hendaklah ia cepat-cepat bertaubat kepada Allah. Bertaubat dari Syirik tidak cukup dengan istighfar dan sembahyang taubat sahaja. Ia hendaklah memenuhi segala rukun yang ditetapkan agama untuk sahnya taubat seseorang, iaitu;

Pertama; Ia hendaklah meninggalkan segala perbuatan Syirik yang pernah dilakukannya. Jika ia melakukan Syirik dengan berdoa atau memuja jin, hantu atau makhluk-makhluk halus yang lain, hendaklah perbuatan itu ditinggalkan dan ia kembali beribadah dan memohon kepada Allah sahaja. Jika ia melakukan Syirik kerana melakukan sihir, hendaklah sihir itu ditinggalkan. Jika ia ada menggantungkan tangkal, hendaklah tangkal itu dibuang.

Kedua; Hendaklah ia menyesali ketelanjurannya melakukan dosa yang amat dimurkai Allah itu. Jika ia dapat menterjemahkan penyesalan itu dengan menangis di hadapan Allah itulah yang paling baik. Sabda Nabi s.a.w.; “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; (pertama) mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan (kedua) mata yang berjaga malam kerana berkawal di jalan Allah” (HR Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Menurut beliau; hadis ini hasan).

Ketiga; Hendaklah ia berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perbuatan Syirik yang pernah dilakukan dulu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Syirik, khususnya perbuatan-perbuatan yang mendatangkan Syirik, sila baca di Blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/syirik_15.html) untuk huraian terperinci dan (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/syirik.html) untuk ringkasannya.

Semoga Allah menjaga Tauhid kita dan menyelamat kita terjebak dalam segala jenis Syirik dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.

Wallahu a’lam.

MEMOTONG RAMBUT DAN KUKU KETIKA BERJUNUB

Soalan;

1. Ustaz, saya ada satu persoalan tentang mandi junub. Jika kita terlupa potong kuku sebelum mandi junub dan selepas itu kita cuba cari kuku yang dipotong tadi untuk dibasuh. Tapi tidak semua kuku yang dipotong dijumpai. Adakah Mandi junub kita itu sah? Atau apa jadi dengan mandi junub kita jika kuku yang dipotong itu tidak dibasuh. Saya harap ustaz dapat memberi jawapan kepada persoalan yang saya ajukan ini, semoga kemuskilan saya terjawab.

2. Ustaz. Apa hukum potong kuku waktu dalam keadaan uzur syar'ie.?

Jawapan;

Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).

Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;

لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر
“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Soheh al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).. Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”[2] (Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”.

Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;

ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن
“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).

Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 1/438.
2. al-Iqna’, Imam as-Syabini, 1/91.
3. Fathul-Bari (Syarah Soheh al-Bukhari), Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, bab al-Junub Yakhruju Wa Yamsyi Fi as-Suq Wa Ghairihi.

Nota Kaki;

[1] Kembali berjunub kerana bulu, kuku dan rambut yang dibuangnya sebelum mandi itu masih berhadas.
[2] Terdapat hadis di mana seorang yang berjunub jika hendak tidur (sebelum mandi wajib), hendak menikmati makanan dan minuman atau hendak kembali bersetubuh dengan isterinya, ia disunatkan mengambil wudhuk terlebih dahulu. Jadi adalah makruh ia melakukan perkara-perkara tersebut tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu. Namun bagi perbuatan mencukur rambut/bulu, memtong kuku dan sebagainya tadi, tidak ada sebarang hadis menyarankan supaya mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum melakukannya. Kerana itu Imam Atha’ menyatakan; harus melakukannya sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dulu.

Sunday, 14 September 2008

WARNA KERUH DAN KUNING SEMASA HAID

Soalan; ust, Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.

Jawapan;

Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء
“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh
Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah (sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.
5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
5. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
6. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.

AMALAN ORANG HIDUP UNTUK ORANG MATI

Soalan; ustaz, benarkah di bulan ramadhan , roh org muslim akan menziarahi sanak saudara mereka atau menziarahi tempat yg pernah mereka pergi? Adakah roh-roh sanak saudara yang meninggal dunia mengetahui jika kita menyedekahkan bacaan yassin atau surah al-fatihah kepada mereka? Sekian terima kasih.

Jawapan;

Menjadi prinsip di dalam Islam bahawa setiap perkara ghaib yang hendak diperkatakan (termasuk hal roh) wajib ada sandaran dari al-Quran atau hadis, tidak harus semata-mata anggapan atau cerita. Lebih bahaya lagi jika cerita itu diceduk dari kepecayaan agama lain. Oleh itu, benar atau tidak cerita tersebut (yakni roh-roh orang Islam pulang pada bulan Ramadhan) ia tertakluk kepada ada atau tidak ayat al-Quran atau al-Hadis yang memberitahunya. Jika ada wajib kita mempecayainya dan jika tidak ada, haram kita mempercayainya dan haram kita menyebarkannya. Jika ia datang dari hadis, wajib dipastikan hadis itu adalah soheh kerana para ulamak telah sepakat bahawa hadis dhaif/lemah tidak diterima hal-hal aqidah.

Mengenai persoalan “Adakah roh-roh sanak saudara yang meninggal dunia mengetahui jika kita menyedekahkan bacaan yassin atau surah al-fatihah kepada mereka”, perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;

Pertama: pandangan dari ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Hambali dan golongan mutaakhirin dari mazhab Syafi’ie dan mazhab Maliki. Mereka berpandangan; bacaan al-Quran dan zikir yang dibaca oleh orang hidup kepada si mati adalah sampai kepadanya dan memberi manfaat untuknya di dalam kubur.

Pandangan kedua: iaitulah padangan generasi awal (mutaqaddimin) ulamak-ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie (termasuk Imam Syafi'ie sendiri). Mereka berpandangan; bacaan al-Quran dan zikir (serta semua ibadah-ibadah badaniyyah yang lain seperti sembahyang) tidak akan sampai kepada si mati. Pahalanya hanya untuk orang yang melakukannya sahaja, tidak akan sampai kepada si mati. Dalil mereka ialah firman Allah:

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan terhadap apa yang diusahakannya”. (an-Najm: 38)

Untuk melihat dalil dan hujah kedua-dua pandangan, sila baca di blog Koleksi al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/09/amalan-orang-hidup-untuk-si-mati.html).

Wallahu a’lam.

WILADAH DAN NIFAS

Soalan; ustaz, saya ada beberapa pertanyaan yang memerlukan penjelasan.

1- Boleh tak ustaz jelaskan dengan terperinci perbezaan di antara darah wiladah dan darah nifas. Bagaimana pula jika seseorang itu melahirkan anak, dan semasa proses melahirkan anak, tidak ada darah yang keluar, 20 minit kemudian baru darah keluar. Adakah itu nifas atau wiladah.

2-Apakah hukum terhadap wanita hamil yang menanti saat kelahiran, keluar tanda lendir bercampur sedikit darah, ketika itu dia puasa, adakah batal puasanya? Adakah dia perlu solat? Sedangkan dia belum melahirkan anak lagi. Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Perkara ini telah disepakati oleh sekelian ulamak. Oleh itu, merujuk kepada soalan di atas; darah yang keluar setelah 20 minit kelahiran, tidak syak lagi darah itu adalah darah nifas.

Adapun darah yang keluar bersama dengan bayi (yakni semasa proses melahirkan anak), statusnya menjadi khilaf ulamak;
1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia bukan darah nifas, akan tetapi darah penyakit. Mazhab Syafi’ie meletakkan syarat bagi darah nifas; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas.
2. Adapun bagi mazhab yang lain (Maliki dan Hanbali); ia telah dikira sebagai darah nifas, yakni bagi mereka apabila berlaku proses kelahiran, maka darah yang keluar telah dikira darah nifas sekalipun bayi belum sempurna keluar.

Mengenai darah yang keluar ketika saat-saat menanti kelahiran, ini juga menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut mazhab Syafi’ie; ia belum dikira sebagai darah nifas, akan tetapi dikira darah istihadhah (penyakit).[1] Oleh itu, wanita yang mengalaminya, puasanya masih sah (tidak batal) dan kewajipan solat juga tidak gugur darinya dengan dilakukan mengikut kemampuannya.
2. Menurut mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit adalah dikira darah nifas (yakni statusnya sama seperti darah yang keluar selepas bersalin). Maka mengikut mazhab Imam Ahmad ini; wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya kerana wanita yang didatangi nifas tidak sah puasa dan solatnya.
3. Menurut mazhab Imam Malik; darah yang keluar sebelum bersalin, ia bukan darah nifas tetapi darah haid. Berdasarkan pandangan mazhab Imam Malik ini, wanita yang terbabit batal puasanya dan gugur kewajipan solat darinya bukan kerana nifas tetapi kerana haid.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Isami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/125.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 78.

Nota Kaki;

[1] Atau boleh juga dianggap darah haid jika ada tanda-tandanya. Menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid. Namun jumhur ulamak berpendapat; wanita mengandung tidak akan kedatangan haid dan darah yang keluar darinya secara mutlaknya adalah darah penyakit.

Saturday, 13 September 2008

SOLAT TERAWIH SAMBIL DUDUK

Soalan; ustaz, boleh kah saya sembahyang terawih secara duduk sedangkan saya seorang yang sihat?

Jawapan;

Solat sunat (sama ada terawih, tahajjud, witir dan sebagainya) harus dilakukan sambil duduk sekalipun seseorang itu sihat dan tanpa keuzuran (yakni ia mampu berdiri). Ini adalah keringanan yang diberikan Allah untuk hamba-hambaNya. Adapun solat fardhu, tidak harus dilakukan sambil duduk kecuali bagi orang yang uzur (tidak mampu berdiri).

Sekalipun harus melakukan solat sunat sambil duduk, namun pahalanya tidaklah sama sebagaimana melakukannya dengan bediri. Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa menunaikan solat dengan berdiri, itulah yang terbaik (afdhal). Sesiapa menunaikannya dengan duduk, baginya separuh pahala orang yang menunaikannya dengan berdiri. Sesiapa menunaikannya dengan berbaring, baginya separuh pahala orang yang menunaikannya dengan duduk”. (HR Imam al-Bukhari dari ‘Imran bin Hushain r.a.)

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/635, 2/53-54.

NASAB ANAK LUAR NIKAH

Soalan; ustaz saya nak tanya jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dgn lelaki yang mengandungkan dia adakah anak itu masih dikira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah...

Jawapan;

Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu; anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu. Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

Adapun penzina pula, Rasulullah berkata “baginya al-Hajr”. Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak;
a) Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu.
b) Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha’, juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh.
2. an-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir.
3. Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12.

KELUAR MANI KETIKA BERGAUL DENGAN ISTERI

Soalan; ustaz, saya telah berseronok2 dengan isteri saya tanpa mengeluarkan air mani (tidaklah sampai ke tahap menahan pancutan air mani, sekadar mengeraskan zakar sahaja), walaubagaimanapun, sejam selepas itu (dalam keadaan tidak teransang) air kencing saya telah bercampur dengan beberapa ketul air mani (saya pasti itu mani bukan wadi) , (mungkin kerana terlalu lama tidak bertemu menyebabkan jumlah air mani dalam tubuh mungkin banyak). Adakah puasa saya masih sah (kerana keluarnya air mani itu bukan secara sengaja, kerana dalam situasi normal pasti itu tidak berlaku)?

Jawapan;

Keluar air mani melalui perlakuan secara direct (langsung) seperti mengeluarkannya dengan tangan, mencium isteri atau berseronok dengannya adalah membatalkan puasa. Jika sampai kepada bersetubuh, wajib membayar kaffarah di samping qadha. Jika tidak sampai setubuh, hanya wajib qadha sahaja. Hendaklah saudara bertaubat kepada Allah dan menggantikan puasa saudara selepas Ramadhan nanti.

Wallahu a’lam.

MAKAN MAKANAN ORANG KAFIR

Soalan; ustaz, apa hukum kita sebagai umat islam memakan makanan yang dihidangkan atau disediakan oleh orang kafir?

Jawapan;

Makan makanan yang dihidang oleh orang kafir adalah harus dengan syarat makanan yang dihidang itu halal (tidak haram) dan kita tidak mengetahui ada bahan yang haram di dalamnya. Jika kita mengetahui, haram memakannya.

Rujukan;

1. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 610.

KAFFARAH ATAS ISTERI

Soalan; jika berlaku jimak pada bulan Ramadhan, adakah isteri turut dikenakan kifarah?

Jawapan;

Menurut mazhab Syafi'ie, kaffarah hanya wajib atas suami sahaja, tidak wajib atas isteri secara mutlaknya. Adapun bagi pandangan jumhur; kaffarah juga wajib atas isteri sebagaimana wajib atas suami. Ada ulamak membuat perincian; jika isteri turut meredhai persetubuhan yang berlaku, wajiblah kaffarah atas dirinya dan jika ia tidak meredhainya (yakni ia dipaksa suami untuk bersetubuh), tidak wajib kaffarah atasnya.

Rujukan;

1. Subulus-Salam, Imam as-Shon’ani, kitab as-Shiyam.

Friday, 12 September 2008

KHAYAL SEMASA PUASA

Soalan; ustaz, apakah hukumnya seseorang itu tanpa sengaja telah beronani dibulan puasa. (Dengan cara berkhayal dan meletakkan sesuatu dikemaluaannya) Namun tidak keluar mani kerana tiba-tiba dia tersedar yang dia sedang berpuasa dan beristigfar dan menyesali perbuatannya. Apakah batal puasanya pada hari tersebut. Jika terbatal, adakah dia kene menggantikannya seperti hukum seseorang yang bersama dibulan puasa.

Jawapan;

Yang membatalkan puasa ialah jimak (bersetubuh) dan mengeluarkan mani secara lansung (dengan tangan sendiri, berciuman, berpelukan dengan isteri atau sebagainya). Adapun berkhayal, tidaklah membatalkan puasa. Namun perbuatan itu adalah berdosa, makruh dan menghilangkan pahala puasa.

Walaupun mengeluarkan mani membatalkan puasa, namun ia berbeza dengan jimak di mana tidak dituntut atasnya kaffarah. Mengeluarkan mani hanya membatalkan puasa dan wajib mengqadha puasa itu sama seperti makan dan minum, tetapi tidak wajib kaffarah. Kaffarah hanya wajib atas jimak sahaja.

Sila baca lebih lanjut di; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html).

Wallahu a'lam.

MENCIUM ISTERI SEMASA BERPUASA

Soalan; ustaz,saya telah menyentuh dan mencium payudara isteri saya pada bulan ramadhan di siang hari..Adakah batal puasa saya?

Jawapan;

Tidak batal puasa. Cuma jika dikhuatiri akan membawa kepada persetubuhan atau keluar mani, haram melakukannya. Kaedah Fiqh menyebutkan; “Setiap yang membawa kepada yang haram maka ia adalah haram”. Hukumnya menyamai hukum mencium isteri di bulan Ramadhan. Rasululullah s.a.w. sendiri pernah mencium isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan. Saidatina A’isyah menceritakan; “Rasulullah s.a.w. menciumku sedang ia berpuasa. Siapa di antara kamu yang berupaya mengawal keinginan dirinya sebagaimana Rasulullah berupaya mengawalnya?” (HR Imam Muslim). Namun keharusan mencium itu terikat dengan kemampuan mengawal keinginan diri (dari persetubuhan dan keluar mani) sebagaimana disentuh oleh Saidatina ‘Aisyah sendiri dalam hadis tersebut.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Blog Laman Fiqh Anda; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-persoalan-2.html).

Thursday, 11 September 2008

TIDAK MELAFAZKAN NIAT

Soalan; ustaz, saya ingin tanya satu soalan; adakah solat kita sah jika kita tidak melafazkan niat tetapi kita berniat untuk menunaikan solat?

Jawapan;

Para ulamak telah sepakat menyatakan bahawa; tempat niat ialah di dalam hati. Apabila melakukan amalan –termasuk solat-, wajib kita menghadirkan ke dalam hati kita; amalan yang hendak kita lakukan dan untuk siapa kita melakukannya. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie. Ada ulamak berpandangan; bid’ah melafazkan niat dengan lidah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- atau para sahabat. Oleh itu, sah niat jika hati telah menghadirkannya sekalipun lidah tidak melafazkannya. Adapun melafazkan dengan lidah sahaja tanpa kehadiran hati, tidak sah niat.

Bagi solat, masa niat ialah semasa mengucapkan takbir (yakni takbiratul-ihram). Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah.

Untuk kupasan lanjut tentang niat solat, sila baca di; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-niat.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 1/332.

TAK SEMPAT BACA FATIHAH

Soalan; saya ingin bertanya tentang makmum yang belum habis fatihahnya sedangkan imamnya telahpun ruku’. Adakah ia perlu juga menghabiskan fatihahnya atau ia terus ruku’ bersama imam –sekalipun fatihah belum habis dibaca-?

Jawapan;

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah; adakah makmum juga wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya?

1. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; makmum wajib membaca al-Fatihah sebagaimana imamnya juga sama ada dalam solat/rakaat yang dibaca perlahan atau di baca kuat, yakni bacaan al-Fatihah imam tidak memadai untuknya.

2. Menurut mazhab-mazhab yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali); makmum tidak wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya, yakni memadai bacaan imam untuknya atau dalam pengertian yang lain; imam telah menanggung bacaan untuknya, jadi tidak wajib lagi ia membacanya. Cuma sebahagian mereka mensunatkan makmum membacanya dalam solat/rakaat yang tidak dibaca kuat (oleh imam) atau jika makmum tidak dapat mendengar bacaan imamnya.

Merujuk kepada masalah di atas, apabila imam telah ruku’ dan kita belum selesai membaca al-Fatihah, mengikut pandangan jumhur; hendaklah kita terus ruku’ bersama imam dan tidak perlu kita berusaha menghabiskan bacaan Fatihah kita kerana ia telah ditanggung oleh Imam kita. Namun jika pandangan Imam Syafi’ie yang kita ikuti, wajiblah kita menghabiskan juga fatihah kita sebelum ruku’ kerana Fatihah wajib atas makmum sebagaimana wajib atas imam. Untuk dikira rakaat kita bersama imam, kita hendaklah ruku’ sebelum imam bangun dari sujud yang kedua. Ini kerana menurut mazhab Syafi’ie, makmum –atas sebab keuzuran (yakni lambat dalam bacaan)- hanya diizinkan untuk ketinggalan dari imamnya setakat tiga rukun panjang sahaja.[1] Jika kita masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah pun bangun dari sujud keduanya, maka tidak perlu lagi kita ruku’, sebaliknya kita menunggu imam di rakaat berikutnya dan meneruskan solat bersama imam seperti biasa, kemudian apabila imam memberi salam kita pun menambah rakaat yang ketinggalan itu.

Itu bagi makmum yang mengikuti imamnya dari mula solat lagi. Adapun makmum yang datang lewat di mana ia sampai ketika imam hampir hendak ruku’ (mengikut pemerhatiannya), hendaklah ia bertakbir dan terus membaca al-Fatihah. Apabila imamnya ruku’, hendaklah ia ruku’ bersama imam tanpa perlu menghabiskan fatihahnya. Jika ia sampai ketika imam telah ruku’, hendaklah ia bertakbir dan kemudian terus ruku’ bersama imam (tanpa perlu membaca fatihah lagi). Bagi kes ini –dalam mazhab Syafi’ie sendiri-, bacaan fatihah makmum telah ditanggung oleh imamnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 1/394.
2. al-Fiqh al-Manhaji, 1/81.
2. 60 Hadis Sifat Solat Nabi, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Nota Kaki;

[1] Iktidal dan duduk antara dua sujud adalah rukun pendek. Adapun ruku’, sujud pertama dan sujud kedua adalah rukun panjang. Jadi, apabila makmum masih belum ruku’ tatkala imamnya telah bangkit dari sujud kedua, maka ia telah ketinggalan dari imamnya melebihi tiga rukun panjang, iaitu; ruku’, sujud pertama dan sujud kedua.

Wednesday, 10 September 2008

ZIKIR

Soalan; ustaz, adakah terdapat di dalam hadis zikir ini yang disarankan supaya dibaca 7 kali pagi & petang? Apakah maknanya & fadhilatnya?; "Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim". Terima kasih. Jazakallahukhairan.

Jawapan;

Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bersabda; “Sesiapa membaca pada setiap hari di waktu pagi dan waktu petang sebanyak tujuh kali;

حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
“Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung”.

nescaya Allah akan membantu/menjaganya dari perkara yang mendukacitakannya dalam urusan dunia dan akhirat”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Sunni dan Ibnu Asakir).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Lihat hadis ini dalam al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqali ‘Inda as-Sobah Wa al-Masa’

KAFFARAH

Soalan; ustaz, tolong ustaz jelaskan, adakah anak yatim sama dengan orang miskin jika saya ingin membayar kifarat kpd 60 orang miskin. wassalam.

Jawapan;

Maksud fakir atau miskin ialah orang yang tidak mempunyai harta/pendapatan untuk menyara diri dan keluarga di bawah tanggungannya (sama ada kerana sakit, kurang upaya, belum mendapat pekerjaan atau sebagainya) atau ia mempunyai pendapatan tetapi tidak mencukupi (seperti memiliki gaji bulanan tetapi gaji itu tidak mampu menampung keperluan diri dan keluarganya). Anak yatim tidak semuanya miskin kerana ada di kalangan mereka yang kaya atau berada, cuma tidak mempunyai bapa. Oleh kerana orang yang berhak menerima fidyah atau kaffarah hanyalah orang fakir/miskin sahaja, maka membayarnya kepada anak yatim tidak harus atas dasar keyatimannya semata-mata, tetapi hendaklah atas dasar kemiskinan/kefakirannya jika benar ia fakir/miskin.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-'Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 386.

KAFFARAH

Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya apa hukum berjimak di bulan ramadhan dan kalau dikenakan kifarat macam mana saya hendak membayarnya. Contohnya memberi makan kepada 60 fakir miskin, macam mana hendak bagi makan.atau boleh kah saya kirim kan pada orang untuk beri makan pada orang miskin.

Jawapan;

Berjimak di siang hari di bulan Ramadhan adalah berdosa besar kerana ia akan merosakkan puasa yang diwajibkan Allah. Pelakunya bukan sahaja wajib menggantikan puasanya, tetapi dikenakan pula kaffarah di samping wajib bertaubat. Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Tatkala kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datang seorang lelaki lalu berkata kepada baginda; ‘Ya Rasulullah! Aku telah musnah’. Rasulullah bertanya kepadanya; ‘Apa yang telah berlaku padamu?’. Jawabnya; ‘Aku telah mensetubuhi isteriku semasa aku sedang berpuasa (Ramadhan)’. Lalu Rasulullah bertanya; ‘Adakah kamu memiliki seorang hamba untuk dibebaskan?’. Jawabnya; ‘Tidak ada’. Baginda bertanya lagi; ‘Mampukah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?’. Jawabnya; ‘Tidak’. Baginda bertanya lagi; ‘Adakah kamu boleh memberi makan 60 orang miskin?’. Jawabnya; ‘Tidak’. Lalu Rasulullah mengambil satu bekas berisi kurma dan memberi kepadanya sambil berkata; ‘Ambillah kurma ini dan sedekahkannya kepada fakir miskin’. Lelaki tersebut menjawab; ‘Apakah ada orang yang lebih fakir dariku, ya Rasulullah? Demi Allah, tidak ada di Madinah ini ahli rumah yang lebih fakir dari ahli rumahku’. Rasulullah tersenyum hingga nampak jelas giginya. Kemudian baginda berkata; ‘Berilah makan kurma itu kepada ahli rumahmu’. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Merujuk kepada hadis di atas, kaffarah yang dikenakan ke atas orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan terdiri dari;
1. Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita.
2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.
3. Memberi makan 60 orang miskin.

Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Hanafi Syafi’ie dan Hanbali); kaffarah di atas bukanlah pilihan, akan tetapi ia wajib mengikut urutan, yakni jika seseorang itu mampu melakukan yang pertama (membebaskan hamba) maka itulah yang wajib atasnya. Jika tidak mampu yang pertama, barulah pergi kepada yang kedua dan seterusnya ketiga. Oleh kerana di zaman hari ini hamba sudah tidak ada lagi, maka yang tinggal hanyalah dua; puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin (jika tidak mampu berpuasa). Adapun menurut mazhab Imam Malik; kaffarah tersebut adalah pilihan, yakni tidak wajib mengikut urutan. Yang wajib ialah melakukan salah satu dari tiga tersebut. Jumhur ulamak berdalilkan hadis di atas. Adapun Imam Malik berdalilkan hadis yang lain dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. telah memerintahkan seorang lelaki yang membatalkan puasanya di bulan Ramadhan agar membebaskan hamba atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin” (HR Imam Ahmad, Malik, Muslim dan Abu Daud). Dalam hadis ini, Abu Hurairah r.a. menggunakan kalimah “….atau...” dan kalimah ini memberi makna pilihan.

Menyentuh tentang memberi makan, ia sama seperti yang ditetapkan dalam fidyah, iaitu; menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki, Syafi’ie dan Ahmad); bagi seorang miskin kadar yang wajib diberikan ialah satu cupak makanan asasi tempatan. Di negara kita, makanan asasi itu tentunya beras. Mengikut ukuran hari ini, kadar satu cupak beras lebih kurang 650 gram. Mengikut mazhab Imam Abu Hanifah; kadar yang wajib diberikan ialah satu gantang (iaitu 2.6 KG beras) setiap seorang. Selain itu, Imam Abu Hanifah juga mengharuskan kaffarah dikeluarkan dengan wang senilai dengan harga beras itu.

Adakah harus memberi makan 60 orang miskin itu diganti dengan memberi makan kepada seorang miskin sahaja selama 60 hari? Mazhab Imam Abu Hanifah mengharuskan. Namun jumhur ulamak tidak mengharuskannya, yakni menurut mereka; wajib merangkumi 60 orang miskin kerana itu yang termaktub di dalam hadis.

Sebagaimana harus kita mewakilkan kepada orang lain untuk mengagihkan zakat kita, maka sama juga dengan kaffarah; harus kita mewakilkan orang kepercayaan kita untuk menyampaikan kaffarah kita kepada orang miskin. Yang penting wang/harta untuk kaffarah itu datang dari kita.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 443-445.

CARA MANDI HADAS YANG SEMPURNA DAN MUDAH

Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA

Soalan; saya ada seorang kawan. Dia pernah bercerita pada saya tentang masa silamnya yang mana dia penah dengan melakukan maksiat dengan teman wanitanya.Akan tetapi dia sudah bertaubat dan berjanji pada Allah yag dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.Akan tetapi apa yang saya dapat tahu dia kebelakangan ini dia melakukan kembali perbuatan itu.Apakah hukumnya ustaz? Dan bagaimana untuk menebus kembali janji yang dibuatnya itu?Adakah azab Allah akan menimpanya?Dan bagaimana untuk menebus kembali janji yang dibuatnya itu?Adakah ada peluang untuk dia kembali bertaubat?

Jawapan;

Pintu taubat sentiasa terbuka dan tidak pernah ditutup oleh Allah buat hamba-hambaNya hingga saat nyawa berada di kerongkong atau matahari terbit dari sebelah barat (kiamat). Jadi, jangan berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah. Sabda Nabi s.a.w.;

إن الله تعالى يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار، ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل، حتى تطلع الشمس من مغربها
“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di waktu malam untuk orang yang melakukan kejahatan di siang hari bertaubat dan Dia membentangkan tanganNya di waktu siang supaya orang yang melakukan kejahatan di malam hari bertaubat, hinggalah munculnya matahari dari sebelah baratnya” (HR Imam Ahmad dan Imam Muslim dari Abu Musa r.a.).

Menurut ulamak; maksud membentang tanganNya dalam hadis di atas ialah; Allah meluaskan kurniaanNya dan memberi nikmatNya untuk hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Jadi, tangan di sini adalah simbolik kepada kurniaan dan pemberian, bukan tangan dengan makna yang biasa kita fahami. Kerana itu, setiap hamba Allah yang pernah melakukan dosa mesti merebut peluang ini untuk segera bertaubat kepada Allah, bukan menjadikannya alas an untuk menangguh-nangguhkan taubat. Dosa jika berterusan dilakukan –tanpa dibersihkan- akan mematikan hati, menjatuhkan maruah, menjauhkan diri dari Allah, mengundang bala di dunia dan azab di akhirat. Untuk mengetahui lebih lanjut kesan dari dosa, sila baca di; (http://nasihah-addin.blogspot.com/2008/07/19-akibat-dosa.html).

Sila baca "Bagaimana untuk istiqamah selepas taubat" (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/bagaimana-untuk-istiqamah-selepas.html).

Wallahu a’lam.

Tuesday, 9 September 2008

MENGUBATI WASWAS

Soalan; mohon ustaz menyelesaikan masalah saya. Saya mengalami was-was yang terlampau dari mandi junub, berwudhuk dan akidah. Ianya silih berganti namun masalah mandi junub dan akidah semakin menjadi-jadi. Masalah mandi junub ialah terlalu lama didalam bilik air kerana terlalu banyak mencuci. Ada masa saya mengambil 1 - 2 jam didalam bilik air. Hal akidah dan 'dailog-monologue' terus berlaku didalam otak tetapi akan hilang sekiranya saya sibuk atau asyik dengan pekerjaan. Perkara 'dailog-monologue' ini terus berlaku walau pun saya ketika berdepan dengan orang lain. Ianya selalu bersekitar pada soal akidah yang contohnya 'Betul ke akidah kau ini?' Macamana dapau kau pastikan? Ada hujah ke? Ada nas ke? Kau ambil mudah saja dan buat tanpa kepastian?' Hal ini terus berlarutan dan kadang-kadang sampai 2 -3 jam. Saya sebenarnya seorang yang berpelajaran tinggi dan terlalu mementingkan soal maruah dan malu, jadi saya tidak mahu bertanya atau berdepan secara physical. Namun, saya sering menghadiri kuliah agama dan pengajian tetapi hal itu selesai buat seketika dan akan berlaku kembali ketika saya bersendirian. Inilah masalah utama kerana apabila saya bersendirian maka 'dailog-monolog' akan timbul kembali dan terus bersekitar dalam soal akidah, ketuhanan, Islam, Iman etc. Perkara begini akhirnya boleh membuatkan saya jadi gila!
Saya memohon ustaz memberi panduan atau ayat-ayat yang patut saya amalkan.

Jawapan;

Hendaklah saudara menumpukan kepada Syari’at, Insya Allah tidak akan timbul was-was. Was-was akan timbul jika kita mengukur sesuatu berdasarkan perasaan kita sendiri. Perasaan tidak tetap, selalu berubah. Tetapi Syariat adalah tetap. Beramal dengan Syari’at kita akan berpuas hati dan tidak akan timbul keraguan di dalam hati. Firman Allah (bermaksud); “Kebenaran itu adalah yang datang dari Tuhanmu, oleh itu jangan sekali-kali kamu tergolong di kalangan orang-orang yang ragu” (al-Baqarah, ayat 147).

Dalam aqidah, pelajarilah aqidah yang soheh dari al-Quran dan as-Sunnah. Apabila sudah didapati aqidah yang soheh, tetapkan pendirian di atasnya. Jangan berpaling lagi kepada yang lain termasuk suara-suara hati atau lintasan perasaan. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berkata; “Sesungguhnya Syaitan akan datang kepada salah seorang dari kamu, lalu berkata kepadanya; ‘Siapa yang menjadikan langit?’. Ia menjawab; “Allah”. Lalu ia (yakni Syaitan) akan bertanya lagi; “Siapa yang menjadikan bumi?’. Ia menjawab; “Allah”. Akhirnya Syaitan akan bertanya; “Siapa pula yang menjadikan Allah”. Kata Nabi; jika sesiapa dari kamu datang kepadanya soalan sedemikian, hendaklah ia berkata (pada dirinya); ‘Aku beriman kepada Allah dan RasulNya” (HR Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Amru r.a.. Kata Imam as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 2029).

Dalam amalan/ibadah pula, lakukanlah mengikut yang disuruh Allah dan jangan layani perasaan was-was. Agama bukan perasaan, agama adalah al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita telah melakukan ibadah dengan menepati rukun-rukunnya sebagaimana dituntut al-Quran dan as-Sunnah, sah lah ibadah kita dan tidak perlu kita was-was lagi. Contohnya; kita diperintahkan membasuh tangan hingga siku semasa mengambil wudhuk dan disunatkan mengulanginya tiga kali, maka kita lakukan mengikut yang diperintah itu, iaitu membasuhnya dengan meratakan air ke seluruh kawasan antara tangan dan siku itu dan mengulanginya tiga kali. Apabila itu telah kita lakukan, bertawakkallah kepada Allah dan tidak perlu ada waswas lagi dengan melayani perasaan itu dan ini. Begitulah juga sikap yang perlu kita ambil dalam ibadah kita, malah dalam segenap urusan kita yang lain, iaitu; amalkan mengikut yang disuruh Syari’at dan bertawakkal kepada Allah.

Kesimpulannya, untuk mengubati penyakit waswas itu, kita hendaklah beramal mengikut ilmu, bukan mengikut perasaan atau agak-agakan sahaja. Pada masa yang sama, kita perlu sentiasa memohon perlindungan Allah dari Syaitan kerana Syaitan itulah yang menjadi punca waswas dalam diri manusia. Tidak ada yang dapat mengusir Syaitan dari kita melainkan Allah sahaja. Firman Allah (bermaksud); “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)” (al-A’raf; 200-201).

Wallahu a’lam.

KEMUSYKILAN TENTANG PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Soalan; ustaz, saya ada satu kemusykilan; adakah perkara-perkara ini membatalkan puasa:
-menelan kahak atau hingus yang turun dari hidung
-tertelan air liur selepas bersahur yang masih mengandungi sisa-sisa makanan selepas masuknya azan subuh
-mengorek hidung dan mengorek tahi telinga menggunakan putik kapas
-air masuk ke dalam telinga dan melalui dubur sewaktu menyelam di sungai
-mandi atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
sekian terima kasih.

Jawapan;

Dalam masalah perkara yang membatalkan puasa, ada di antaranya yang disepakati oleh ulamak dan ada yang menjadi khilaf. Menurut Imam Ibnu Ruysd; secara amnya ada tiga perkara yang diijmakkan ulamak (yakni telah disepakati sekelian ulamak) bahawa ia membatalkan puasa, iaitu;[1]
1. Makan
2. Minum
3. Jimak (bersetubuh)

Selain dari itu, terdapat khilaf di kalangan ulamak termasuk perkara-perkara yang disebut dalam soalan di atas. Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus; para ulamak berbeza pandangan; ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.[2] Menurut mazhab Syafi’ie; gelema/dahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema/dahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa. Adapun menyedut gelema dari kepala/hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka tidak batallah puasa.[3] Menurut ulamak-ulamak yang lain; menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur.[4]

Mengenai sisa makanan dalam air liur; hendaklah dilihat pada dua keadaan;

1. Jika sisa-sisa makanan itu amat sedikit, sukar untuk dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka telah disepakati oleh ulamak bahawa ia tidak membatalkan puasa jika tertelannya. Hukumnya sama seperti menelan air liur sendiri yang sukar untuk dielakkan.

2. Adapun jika sisa-sisa makanan itu banyak, boleh dipisahkan dari air liur dan diludahkan, maka jika diluahkan tidaklah membatalkan puasa. Jika ditelan, batallah puasa mengikut jumhur ulamak. Menurut mazhab Abu Hanifah; batal puasa jika kadarnya melebihi sebiji kacang. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa, namun makruh.[5]

Setakat mengorek hidung tidaklah membatalkan puasa. Yang membatalkan puasa ialah jika dimasukkan sesuatu ke dalam hidung hingga melepasi bahagian akhir hidung (yakni hingga sampai ke kepala) atau hingga masuk ke kerongkong.

Mandi adalah harus bagi orang berpuasa dengan syarat tidak berlebihan hingga air memasuki ke dalam rongga tubuh yang terbuka (iaitu rongga halqum (kerongkong), lubang telinga, lubang dubur dan saluran zakat/faraj).[6] Menurut mazhab Syafi’ie; termasuk dalam pengertian berlebihan ketika mandi ialah mandi dengan menyelam. Jika seseorang menyelam lalu masuk air ke dalam rongga tubuhnya tadi, batallah puasanya. Seorang yang mengetahui bahawa kebiasaannya jika ia menyelam akan masuklah air ke dalam rongga tubuhnya, baginya haram mandi dengan menyelam ketika berpuasa.[7] Adapun mengikut mazhab Abu Hanifah; masuk air ke dalam telinga kerana menyelam tidaklah membatalkan puasa.[8]

Menurut mazhab Syafi’ie; memasukkan kayu ke dalam telinga akan membatalkan puasa. Menurut Imam Abu Hanifah; tidaklah batal puasa. Jadi, mengikut mazhab Syafi’ie; tidak harus mencuci telinga dengan putik kapas pada siang hari di bulan Ramadhan kerana ia boleh merosakkan puasa. Adapun mengikut mazhab Hanafi, perbuatan tersebut tidak ada halangan kerana ia tidak membatalkan puasa, cuma yang sebaiknya ialah meninggalkannya (untuk mengelak dari pertikaian ulamak). [9]

Mengenai mandi sebelum berbuka puasa, hukumnya makruh mengikut mazhab Syafi’ie kerana ia mengembalikan kesegaran pada badan, lalu menghilangkan hikmah puasa iaitu merasai kepayahan menahan lapar kerana Allah. Begitu juga, dimakruhkan orang yang sedang berpuasa berseronok/bersenang dengan perkara-perkara harus seperti mencium bau-bauan harum, kerap masuk bilik air, mendengar bunyi-bunyi yang menyenangkan dan sebagainya kerana ia berlawanan dengan hikmah dan kehendak puasa tersebut.[10] Namun, ramai ulamak menolak alasan tersebut berdalilkan hadis dari beberapa orang sahabat yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Menurut mazhab Abu Hanifah; tidak makruh mandi dan menyelimuti badan dengan kain yang basah untuk menyejukkan badan.[11]

Mengenai bersugi selepas masuk waktu zohor, menurut mazhab Syafi’ie; hukumnya makruh kerana ia akan menghilangkan bau mulut yang dinyatakan di dalam hadis bahawa bau mulut itu lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Namun sebahagian ulamak yang lain tidaklah memakruhkannya kerana bersugi telah disunatkan oleh Nabi s.a.w. pada setiap kali hendak solat secara umum tanpa baginda mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Lagi pun terdapat hadis dari ‘Amir bin Rabi’ah r.a. menceritakan; “Banyak kali aku melihat Nabi s.a.w. bersugi ketika beliau sedang berpuasa” (HR Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis hasan).[12]

Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulamak ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas. Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafi’ie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja. Beberapa ulamak terkenal – seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).

Pada khilaf ulamak ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul-‘Aziz; “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Nota Kaki;

[1] Bidayatul-Mujtaihid, 1/381.
[2] Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 436.
[3] Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
[4] Al-Fiqh al-Islami, Wahbah az-Zuhaili, 2/657, al-Wajib, Wahbah Zuhaili, 1/342, Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/77.
[5] Rahmatul-Ummah, hlm. 92, Fiqh al-Ibadat, hlm. 436, Al-Fiqh al-Islami, 2/658.
[6] Al-Mughni, 2/78.
[7] Al-Mughni, 2/78.
[8] Al-Fiqh al-Islami, 2/657.
[9] Al-Wajiz, 1/343, al-Fiqh Islami, 2/657.
[10] Al-Wajiz, 1/339, al-Fiqh al-Islami, 2/636, 638.
[11] Al-Fiqh al-Islami, 2/637.
[12] Al-Fiqh al-Islami, 2/637, 640.

ADAKAH SYURGA KEMBALI KE BAWAH TAPAK KAKI IBU SETELAH KEMATIAN SUAMI?

Soalan;  ustaz, se pertimana yang saya tahu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Tapi ustaz, macam mana pula jikalau suami...