Isnin, 22 September 2008

BEKERJA DI SYARIKAT PERCETAKAN

Soalan; saya .....,kerja di kilang percetakan di pj, selangor.kilang ini mencetak dan menghasilkan karton dan kotak rokok. selain itu kilang ni juga cetak dan buat label untuk tin susu F&N,dan lain2 lagi. Ia juga mencetak dan membuat label untuk tin atau botol arak Tiger.apa hukum saya bekerja di sana?

Jawapan;

Jika saudara dapat mencari kerja yang lain yang bersih dari sebarang syubhah, itulah yang lebih baik. Jika tidak ada, kerjalah di situ sementara mendapat kerja lain. Pendapatan saudara tidaklah haram kerana saudara tidaklah memperoleh pendapatan dengan melakukan yang haram. Cuma, terdapat syubhah kerana syarikat saudara terlibat membantu yang haram. Seorang muslim, antara sifatnya ialah membenci perkara yang diharamkan Allah sama maksiat, dosa atau munkar. Firman Allah; "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertaqwalah kepada Allah…” (al-Maidah; 2)

Wallahu a’lam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,



Saya bekerja di kilang yang menghasilkan peralatan sejuk beku seperti freezer, chiller dll. Walaupun produk utama adalah peti sejuk khusus untuk aiskrim dan minuman, terdapat juga produk yang khusus dihasilkan untuk menyejukkan wine. Peratus produk ini dihasilkan ialah kira-kira 3% daripada keseluruhan jumlah pengeluaran tahunan.



Selain itu, terdapat juga peti sejuk yang pada dasarnya dihasilkan untuk minuman botol, tetapi dibeli oleh pelanggan-pelanggan yang menggunakannya untuk menyimpan arak.



Apakah hukumnya pendapatan yang saya perolehi itu?



Saya dalam dilemma kerana telah lama bekerja di sini. Sebahagian besar pekerja di sini adalah orang Islam melainkan pihak pengurusan.



Saya juga terus menunaikan zakat pendapatan setiap tahun hasil bekerja di sini. Adakah sah ibadat zakat saya?



Sekiranya saya mengerjakan ibadah haji atau umrah hasil dari duit yang disimpan dari pendapatan ini, apakah juga hukumnya ustaz?



Terima kasih kerana menjawab soalan2 ini.



Assalamualaikum,

Hamba Allah

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...