Rabu, 10 September 2008

CARA MANDI HADAS YANG SEMPURNA DAN MUDAH

Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini.

Jawapan;

Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).

Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;

1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.

Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz,
ketika berwudhuk dalam mandi wajib,adakah kita perlu juga memasang niat berwudhuk, ataupun cukup dengan niat mandi wajib itu sahaja?
terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz,

apabila seorang wanita baru sahaja selesai haid dan berniat hendak mandi hadas. Persoalannya adakah wanita tersebut harus mandi hadas sebelum membuat hubungan dengan suaminya atau wanita tersebut dibolehkan mandi setelah bersama suaminya?

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih banyak banyak =]
Syukur Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Ustaz, saya biasanya mandi hadas dalam ketika mandi adat (mandi amalan biasa). Saya hanya membaca niat mandi hadas setelah saya yakin sekuruh anggota badan saya bersih dari segala kotoran/najis dan meneruskan mandian saya. saya mandi hadas menggunakan shower, adakah perlu untuk saya melakukan aturan/turutan langkah yang disarankan?

Tanpa Nama berkata...

kalau x mandi wajib x boleh ke?

penulis nurislam010 berkata...

salam ustaz saya mohon salinan ye?? saya nak berkongsi dengan sahabat2 saya yang lain...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
adakah niat itu boleh dibaca bila-bila masa ketika mandi wajib?

Tanpa Nama berkata...

bilakah nak berniat itu?

Wan berkata...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ada beberapa persoalan berkaitan mandi hadas.

a) Rukun mandi hadas nie ada 3 ke ada 2? Dahulu masa saya belajar ustaz mengajar hanya ada 2, iaitu niat dan kemudian meratakan air keseluruh anggota badan. Ada juga yang saya terjumpa 3 rukun mandi hadas iaitu niat, membersihkan najis jika ada dan meratakan air keseluruh badan.

b) kalau mengikut sunnah nabi masa bila hendak berniat mandi hadas, masa mula-mula basuh kedua-dua tangan iaitu sebelum berwudhu sudah boleh berniat mandi hadas atau pun semasa menjirus air dari kepala ke bawah?

Tanpa Nama berkata...

Basuh dua tangan tu mcm mna?
Telapak tangan? atau keseluruhan tangan(dari tapak tangan hingga ke ketiak)??

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..harap jwb persoalan yg diajukan rakan rakan di atas..ramai yg musykil.t.kasih

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...