Selasa, 16 September 2008

CARA MEMERIKSA HABIS HAID

Soalan; ustaz, setelah diyakini haid sudah berhenti..sy trs mandi wajib..tetapi slps mandi...hari keesokannya haid msh keluar lagi...bagaimana status ibadah sy waktu itu? dan bagaimana menentukan waktu terbaik untuk mandi wajib..sebelum ini, sy memastikan selepas 2 waktu sembahyang haid tidak keluar..sy akan mandi wajib selepas itu..bantulah saya..

Jawapan;

Ibadah yang dilakukan ketika masih ada haid itu tidak sah. Walau bagaimanapun puan/saudari tidak lah berdosa kerana melakukan ibadah ketika haid kerana hal tersebut bukan disengajakan, tetapi kerana sangkaan bahawa haid telah habis. Jika puan/saudari berpuasa semasa masih ada darah haid itu, puasa puan/saudari terbatal dengan sendirinya sebaik menyedari darah haid masih ada.

Adapun bagaimana caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis; apabila puan/saudari merasakan darah haid puan/saudari habis; lakukan pemeriksaan terhadap faraj terlebih dahulu sebelum mandi, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah puan/saudari mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, janganlah puan mandi lagi kerana darah haid belum habis. Kaedah ini diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 39.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soalan:jika cecair kuning itu mmg mnjadi kebiasaan iaitu sbelum dtg haid pon mmg slalu ade cecair kuning, adakah cecair kuning yang tnggal slepas haid dikira sbg drah kotor?hal ini krna, untuk mnunggu cecair kuning itu hlang perlu mngambil mse y sgt lme...harap dpt dbantu...

Unknown berkata...

Sy tlong jwb...jika warna kuning yg kluar msih dlm tempoh kluarnya drah haid, ia dikira msih drah haid.ttp jika warna trsbut kluar slps tempoh tsbut.bkn LG drh haid

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...