Search This Blog2

Saturday, 13 September 2008

KAFFARAH ATAS ISTERI

Soalan; jika berlaku jimak pada bulan Ramadhan, adakah isteri turut dikenakan kifarah?

Jawapan;

Menurut mazhab Syafi'ie, kaffarah hanya wajib atas suami sahaja, tidak wajib atas isteri secara mutlaknya. Adapun bagi pandangan jumhur; kaffarah juga wajib atas isteri sebagaimana wajib atas suami. Ada ulamak membuat perincian; jika isteri turut meredhai persetubuhan yang berlaku, wajiblah kaffarah atas dirinya dan jika ia tidak meredhainya (yakni ia dipaksa suami untuk bersetubuh), tidak wajib kaffarah atasnya.

Rujukan;

1. Subulus-Salam, Imam as-Shon’ani, kitab as-Shiyam.

0 comments:

5 TIP MENCAPAI PUASA YANG SEMPURNA

Soalan; apa kayu ukur bagi puasa saya, adakah ia sempurna atau tidak? diterima Allah atau tidak diterima? Jawapan; Berdasarkan beber...