Ahad, 7 September 2008

MENCERCA ISTERI

Soalan; apakah hukumnya kalau suami marah kepada isteri dengan meluahkan kata-kata seperti engkau ni bodoh,babi,bengap dan sebagainya? Adakah berhak suami berkata demikian kepada isteri?

Jawapan;

Seorang suami hendaklah sentiasa menunjukkan kasih-sayang kepada keluarganya di samping menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Tidak sepatutnya suami menzahirkan ucapan caci-maki kepada isteri sedemikian rupa sekalipun ketika marah. Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Mencerca orang Islam adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur/kafir” (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w. berkata kepada para suami; “Aku berpesan kepada kamu; berbuat baik lah kepada isteri kamu. Sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sesungguhnya yang paling bengkok pada tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu berusaha meluruskannya, pasti kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya, ia akan terus bengkok. Maka terimalah pesananku agar berbuat baiklah kepada isteri kamu”. (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, hadis ini memberi panduan kepada suami agar sentiasa berlemah-lembut dengan isteri, berbuat baik kepadanya, menerima kelemahannya dan menangani krisis rumah-tangga dengan sabar dan tolak-ansur.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10, Kitab ar-Radha’, Bab al-Wasiyyah Bin-Nisa’.
2. Al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzil-Lisan, bab; Fi Alfaz Yukrahu Isti’maluhu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz kalau bodoh dgn niat geram sahaja tapi bukannya anggap suami bodohpun kira cerca ke. lain kan.

Tanpa Nama berkata...

Apakah hukumnya suami yang tidak pernah memberi nafkah pada isteri nya dan juga selalu mencerca dan mengherdik isterinya dgn kata-kata nista?

Tanpa Nama berkata...

Adakah sah wuduk sekiranya wuduk diambil tanpa membuang make-up contohnya seperti eye-liner?

Ah Moy berkata...

Saya setuju. Suami seharusnya bersikap penyabar dan merupakan contoh kepada isteri. Tetapi persoalan timbul, apabila suami terlalu baik kepada isteri sehingga gelaran QUEEN CONTROL timbul.

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...