Langkau ke kandungan utama

NASAB ANAK LUAR NIKAH

Soalan; ustaz saya nak tanya jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dgn lelaki yang mengandungkan dia adakah anak itu masih dikira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah...

Jawapan;

Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu; anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu. Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

Adapun penzina pula, Rasulullah berkata “baginya al-Hajr”. Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak;
a) Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu.
b) Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha’, juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh.
2. an-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir.
3. Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat affiliate[/URL], Don’t feel silly if you haven’t heard of it before. Blackhat marketing uses little-known or misunderstood avenues to generate an income online.
Tanpa Nama berkata…
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM

Assalamualaikum ustaz, saya hendak bertanya tentang pengunaan hamba abdi dimana;

dari surah an-nissa ayat 3: "..Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. "

dari surah al-mu'minun : [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - [7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

dari surah al-ma'rij: [29] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - [30] Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; [31] Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

soalan saya ustaz, adakah kita boleh menjadikan seseorang itu hamba abdi di zaman ini untuk mengelakkan perzinaan kerana dosa perzinaan adalah berat sesungguhnya dalam hukum ALLAH, mengunakan “hamba abdi” adalah halal.

Walaubagaimanapun, erti hamba abdi adalah tawanan yang kalah dalam peperangan. Apa yang saya maklum, hukum itu sesuai dengan zaman dan pada masa ini tidak ada berlakunya peperangan. Tetapi daripada melakukan dosa besar, atau menyimpan perempuan simpanan, lebih baik kita menjadikan seseorang itu “Hamba abdi” kita.

Apa pendapat ustaz? Boleh ustaz menyertakan dengan dalil sekali. Terima kasih, semoga ALLAH melimpahkan rahmat keatas ustaz sekeluarga. Amin.
Tanpa Nama berkata…
Hi,

I begin on internet with a directory
Tanpa Nama berkata…
assalamuailakum ustaz. saya ingin bertanya.apakah hukum jika seorang ayah menjadi wali kepada anak perempuannya,iaitu anak ketiga dari 10 orang adik beradik,sedangkan anak sulungnya lelaki adalah anak luar nikah?....
Tanpa Nama berkata…
Assalammualaikum ustaz sy ingin bertanye apa hukumnye lelaki yang menikahi perempuan yg mengandung kan anak luar nikah yg dizinainye minta penjelasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk