Sabtu, 6 September 2008

NIAT SEKALI; PUASA QADHA DAN PUASA ENAM

Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya, harus diniatkan sekali mengikut fatwa sebahagian ulamak (antaranya Syeikh 'Atiyah Saqar dalam buku fatawanya; Min Ahsan al-Kalam). Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya.

Apabila berlaku pertembungan antara puasa qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;

a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah menurut ulamak mazhab Syafiie; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, automatik (dengan sendiri) akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).

Jawapan berkaitan; MENGHIMPUNKAN NIAT PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Untuk info tentang puasa enam, sila layari; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-6-hari-syawal.html).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh ‘Atiyah Saqar, 2/22-23.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 213-214.
3. Fatawa al-Kalim at-Tayyib, Syeikh Dr. Ali Jumaat, 1/99.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz .
jikalau kita tdk berpuasa dlm bulan ramadhan tetapi berpuasa sunat enam di dlm bulan syawal , boleh ke/tdk ustaz .

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...