Jumaat, 10 Oktober 2008

MEMOHON MAAF

Soalan; ustz, sy telah menegur seorg tu kerana telah melakukan kemaksiatan, dan akibat drpd teguran itu membuatkan dia marah pada sy sehingga tidak bertegur sapa.. sy pun tak tahu di mana silap saya.. sy pun mengambil keputusan untuk meminta maaf pada nya, Alhamdulillah, dia kate dia maaf kan tapi, dia tak akan dapat lupakan apa yang berlaku (teguran sy tentang kemaksiatan yg dilakukan).. begitu juga yang berlaku kepada sahabat2 sy yg menegur nya.. soalan nya, bagaimana permohonan maaf sy padanya? adakah telah selesai permasalahn kami atau belum?

Jawapan;

Kita wajib memohon ampun kepada seseorang jika kita melakukan kesalahan kepadanya sama ada kesalahan berkait dengan lidah (mengumpat, memfitnah dsbnya), mencederakannya, merampas/mencuri hartanya dan sebagainya. Memohon maaf adalah dengan mengakui kesilapan, menyerah diri kepadanya, meminta keredhaannya, membersihkan namanya atau mengembalikan haknya jika bersangkutan dengan harta dan sebagainya. Jika kita telah melakukan apa yang terdaya, berserahlah kepada Allah. Jika ia masih berdendam, itu maknanya ia bukan orang bertakwa kerana sifat orang bertakwa antaranya ialah memaafkan orang lain;

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa; Iaitu orang-orang menginfakkan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang mampu menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik” (Ali Imran; 133-134).

Lagipun, tidak harus sesama muslim bermasam muka lebih dari tiga hari sebagaimana di larang oleh Nabi s.a.w.. Sabda baginda; “Tidak harus seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari di mana apabila mereka bertemu, masing-masing berpaling ke arah lain. Yang terbaik di antara mereka berdua ialah yang mula-mula memberi salam” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Ayyub r.a.).

Namun dalam kes saudari, tidak wajib saudari memohon maaf darinya kerana saudari bukan melakukan dosa/kesalahan kepadanya, akan tetapi melaksanakan perintah Syarak untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan menyeru kepada makruf dan mencegah munkar. Sepatutnya, dia yang perlu berterima kasih. Namun jika niat saudari adalah untuk menjaga hubungan, maka Insya Allah saudari akan diganjari dengan niat baik itu.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...