Ahad, 26 Oktober 2008

MENJAMAK SOLAT KE TEMPAT KERJA

Soalan; ustaz, saya dah bc tulisan ustaz dalam soal jawab agama tuh. macamana pula kalau orang yg mengambil nas kedua (b)? apakah boleh untuk perjalanan pergi dan balik kerja(rutin harian)? saya inginkan kepastian sebab ramai dah di kalangan warga kerja kota kini menjadikan ia sesuatu kebiasaan. alasannya perjalanan lama(jem) dan pergi kerja juga satu ibadah. (spt yg dimaksudkan hadis berpergian atas tujuan yg baik). adalakah ini di bolehkan ustaz? Semoga jawapan ustaz memberi penyelesaian agar kegusaran ini dapat diatasi.
terima kasih.

Jawapan;

Menjamak (menghimpunkan) solat ketika dalam negeri (yakni tidak bermusafir) tidak harus dijadikan kebiasaannya. Ia diharuskan ketika ada suatu desakan kepayahan/desakan sahaja mengikut pandangan ulamak yang membenarkannya. Oleh itu, tidak harus menjamakkan solat itu dijadikan rutin harian setiap kali hendak keluar bekerja, sebaliknya ia hendaklah dilihat kepada ada atau tidaknya masyaqqah (kepayahan) yang memaksa untuk berbuat demikian. Kesesakan lalu-lintas tidak semestinya menyukarkan kita untuk menjaga waktu solat. Kita boleh keluar lebih awal untuk mengelak kesesakan itu atau mengatur waktu supaya kita dapat berhenti di mana-mana masjid di sepanjang perjalanan kita apabila masuk waktu solat. Namun jika ia benar-benar menimbulkan kesukaran/kepayahan yang menyulitkan kita untuk berhenti berulangkali untuk mengerjakan solat sebagaimana kesulitan yang dirasai oleh orang dalam musafir, maka haruslah kita menjamakkan solat atas alasan kepayahan/kesukaran yang kita hadapi itu (berdasarkan pandangan sebahagian ulamak). Sila baca; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/menjamakkan-solat-kerana-terdesak.html) dan (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/solat-jamak-kerana-kepayahan.html).

Wallahu a'lam.

1 ulasan:

infogue berkata...

Artikel anda:

http://agama.infogue.com/
http://agama.infogue.com/menjamak_solat_ke_tempat_kerja

promosikan artikel anda di infoGue.com. Telah tersedia widget shareGue dan pilihan widget lainnya serta nikmati fitur info cinema untuk para netter Indonesia. Salam!

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...