Sunday, October 26, 2008

SOLAT JAMAK KERANA KEPAYAHAN

Soalan; ustaz, saya berada di australia dan adalah agak sukar utk mencari tempat ibadah di sini yg telah menyebabkan saya terlewat solat sehingga ke hujung waktu. Adakah boleh utk saya melakukan jamak jika berada di dalam keadaan yg sedemikian? situasinya adalah saya keluar dari tempat penginapan lebih kurang pukul 10:45(zuhur disini masuk dlm pukul 1:05) dan keluar utk membeli barang keperluan yang lebih kurang sejam perjalanan dari tempat kediaman. Sepanjang berada di tempat membeli barang-barang keperluan tersebut(yg tiada disediakan tempat utk solat),sebelum saya balik ke tempat kediaman,waktu sudah menunjukkan pukul 4:10 ptg(asar masuk waktu pada 4:49). Saya berada dalam keadaan 50:50 samada utk meneruskan perjalanan pulang atau pun berniat utk melakukan jamak. Saya kemudiannya mengambil keputusan utk bergegas pulang dan hanya sempat melakukan solat pada pukul 4:53 ptg. Soalan saya ialah, adakah kita boleh melakukan jamak jika berada di dalam keadaan tersebut (sayatelah tinggal lebih dari 3 hari di tempat tersebut), atau kita mesti mencari jalan utk menunaikan jgk solat zohor secara berasingan? harap ustaz dapat bantu.terima kasih.salam.

Jawapan;

Solat lima waktu adalah kewajipan yang mesti ditunaikan dalam waktunya. Kerana itu, jika tidak ada sebarang masyaqqah (kepayahan) tidak harus solat lima waktu ditunaikan di luar dari waktunya. Namun jika ada masyaqqah, Syarak memberi kelonggaran untuk menghimpunkan solat, yakni menunaikan dua solat dalam satu waktu sama ada waktu yang pertama (iaitu jamak taqdim) atau waktu kedua (jamak ta'khir). Menurut jumhur ulamak, menghimpunkan solat hanya harus kerana dua sebab sahaja iaitu kerana musafir dan kerana hujan. Namun sebahagian ulamak memperluaskannya kepada tiga sebab iaitu;
1. Kerana musafir
2. Kerana hujan
3. Kerana suatu keperluan/desakan yang berlaku.

Memakai pandangan kedua itu, diharuskan kita menghimpunkan solat -sekalipun tidak bermusafir- jika kita menghadapi situasi yang sukar yang menyulitkan kita untuk melakukan solat berulangkali, iaitu situasi yang menyamai keadaan orang yang dalam musafir. Sesuatu yang diharuskan kerana masyaqqah (kepayahan), keharusan itu akan tamat dengan tamatnya masyaqqah. Kerana itu, melakukan jamak dalam negeri/kawasan penempatan (tanpa musafir) tidak harus menjadi kebiasaan, sebaliknya digunakan ketika ada keperluan/desakan sahaja. Pandangan ini sekalipun menyalahi jumhur ulamak, namun terdapat sandaran dalil yang kuat di samping ia memberi kelapangan kepada umat Islam dalam keadaan-keadaan tertentu. (Untuk lebih lanjut, sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/menjamakkan-solat-kerana-terdesak.html)

Wallahu a'lam.
Post a Comment