Selasa, 25 November 2008

ADAKAH MEREKA SYAHID?

Soalan; Dah hampir 3 minggu cerita tentang hukumam mati Imam Samuder, Amrozi dan Muklaz.... dari pengamatan saya melalui laman web, mencari cerita tentang mereka... kematian meraka.... ditanggisi oleh ratusan ribu umat islam islam Indonesia... tanda2 kematian meraka memang seperti mati syahid seperti yang diceritakan oleh meraka...1. Apakah mereka syahid dan jalan perjuagan yang mereka ambil itu betul pada pandangan Islam?2. Mufti Perlis tidak bersetuju jalan mereka ambil....dan malah megambil CONTOH yahudi dalam membangun.... mereka tidak megebom... dan megambil contoh kekuatan ekonomi yahudi jalan yang sepatutnya diambil.... saya cukup tidak puas hati dengan kenyataan beliau Dlm berita Astro Awani, tanpa ambil kira sensitiviti umat Islam. Apa pandangan Ustz?

Jawapan;

1. Sebutan syahid yang diberikan oleh kaum muslimin kepada mana-mana tokoh (seperti asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, as-Syahid Sayyid Qutb dan sebagainya) hanyalah sebagai doa untuk mereka, yakni semoga Allah mengurniakan syahid untuk mereka memandangkan jasa mereka yang sanggup mengorbankan nyawa untuk agama Allah. Sebutan itu bukanlah suatu kepastian dari kita, kerana kita tidak mengetahui realiti yang sebenarnya di alam sana. Kita hanya berhukum berdasarkan apa yang zahir, adapun yang tersembunyi hanya Allah mengetahuinya. Para Nabi dan Rasul mereka semua telah pasti menjadi ahli syurga kerana diberitahu Allah kepada kita. Begitu juga, sahabat-sahabat yang dijamin syurga (telah diberitahu oleh Nabi tentang mereka). Adapun manusia-manusia lain, tidak ada nas yang menjamin mereka sebagai ahli syurga. Kerana itu sebarang pujian atau panggilan yang baik untuk mereka hanyalah berupa doa dan harapan, bukan suatu kepastian.[1]

2. Merujuk kepada amalan pengeboman berani mati, para ulamak masih berbahas tentangnya. Ada yang menyetujuinya dan yang tidak menyetujuinya. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi (dan ulamak-ulamak lain yang sependapat dengannya), amalan itu hanya harus bagi situasi terdesak di mana tidak ada cara lain lagi untuk umat Islam mempertahankan diri, keluarga dan tanah air melainkan cara itu. Kerana itu beliau menyokong amalan pengeboman berani mati yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palestin secara khususnya. Beliau mengistilahkan amalan tersebut sebagainya Istisyhadiyah (mencari syahid).

3. Kalau mengikut hukum Islam, sekalipun dalam situasi peperangan diharamkan tentera-tentera Islam membunuh orang awam (yang tidak terlibat sebagai ahli perang atau tentera), kanak-kanak, ahli-ahli ibadat, memusnahkan pokok-pokok, bangunan-bangunan kediaman kecuali jika terpaksa dilakukan. Hukum ini perlu diambil kira oleh kaum muslimin.

4. Orang yang telah meninggal, urusan mereka terserah kepada Allah. Kita yang masih tinggal di dunia, jika kita merasakan mereka ada jasa pada kita dan umat Islam, maka berdoalah kepada Allah agar Allah menerima amalan dan jasa mereka semasa hayat mereka di dunia.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, juz. 9, bab La Yaqulu Fulan Syahid.

Nota kaki;

[1] Terdapat riwayat menceritakan bahawa Umar r.a. pernah menegur di dalam khutbahnya; “Kamu sekelian selalu berkata semasa peperangan bahawa “Si Fulan adalah syahid” dan “Si Fulan telah mati sebagai seorang syahid”…Janganlah sekali-kali kamu berkata seperti itu, akan tetapi ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah s.a.w.;
مَنْ مَاتَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ قُتِلَ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Sesiapa yang gugur di jalan Allah atau terbunh (di jalan Allah), maka dia adalah syahid”.
(Hadis hasan, riwayat Imam Ahmad. Lihat; Fathul-Bari, juz. 9, bab La Yaqul Fulan Syahid).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ust..

saya tertarik akan persoalan ini. Apa yg dikatakan dr Asri itu saya agak setuju. perbetulkan saya jika tersilap.. bagi saya kita mmg agak ketinggalan dari segi fizikal.. oleh yg demikian, penguasaan ilmu adalah antara alternatif terbaik utk menegakkan agama dan bangsa. peperangan fizikal akan menyebabkan kita akan lebih parah. ambil contoh di Iraq.

Maka bagi saya peperangan ilmu dan akal adalah alternatif terbaik. Boikot dan pemulauan produk perlu dilakukan sebaik-baiknya..


hezli imin halim

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...