Jumaat, 30 Januari 2009

HUKUM MENGUCAP SELAMAT KEPADA PERAYAAN AGAMA LAIN

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz,

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi orang Muslim mengucapkan 'selamat menyambut' hari perayaan kepada orang kafir sempena perayaan mereka seperti 'Selamat Menyambut Hari Depavali' atau ' Selamat Menyambut Hari Krismas' kerana seolah-olah kita mendoakan mereka selamat dengan kekufuran mereka. Bagaimana jika hanya menyebut 'Happy Deepavali' atau 'Merry Christmas' kerana pada saya ianya bukan doa untuk mereka tetapi hanyalah ucapan.

Jawapan :

Waalaikumussalam

Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita. Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah -bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka- insya Allah harus. Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Kita boleh niatkan doa untuk mereka "agar mereka diselamatkan Allah dari kesesatan mereka dan masuk Islam". Ada riwayat menceritakan; seorang Majusi memberi salam kepada Ibnu Abbas r.a. (seorang sahabat Nabi); "Assalamu 'alaikum". Lalu Ibnu 'Abbas menjawab; "Wa alaikumussalam Wa Rahmatullah". Maka sahabat-sahabatnya (yang ada bersamanya) berkata kepadanya; adakah kamu mendoakan rahmat Allah untuknya. Ibnu 'Abbas menjawab; "Tidakkah dia hidup sekarang ini dengan rahmat Allah". Maksud Ibnu 'Abbas; rahmat Allah tidak semestinya bermaksud rahmat di akhirat (yang khusus untuk orang beriman), ia juga bermaksud rahmat di dunia yang dianugerah Allah bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga untuk orang kafir.
Di dalam al-Quran, Allah hanya melarang kita untuk berbaik-baik dengan orang kafir yang memusuhi Islam dan umat Islam. Adapun orang kafir yang menghormati Islam dan umat Islam, Allah tidak menegah kita untuk berbaik-baik dengan mereka. Dari kebaikan kita itulah akan menjadi contoh kepada mereka dan menjadi pendorong kepada mereka untuk menerima Islam, Insya Allah. Perhatikan firman Allah (bermaksud);
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (al-Mumtahanah, ayat 8-9)
Wallahu a'lam.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz,

saya kira banyak yang berubah sekarang...dulu hukum mengucap salam deepavali dan merry chritmas diharamkan utk kita mengucapnya tapi sekarang dibolehkan pulak....pelbagai hujah dibawakan utk membolehkannya dan pelbagai hujah juga dikemukakan utk tidak membolehkannya....saya naik hairan sebab dalam hal aqidah macam ni pun boleh ada pandangan yang berselisihan...

macamana pulak dengan kata-kata Anwar Ibrahim yang ditulis di blognya ini...

"Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.

Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengalahkan rakasasa tersebut.

Moga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah ini dan terus memperkukuhkan tekad buat mencipta Malaysia yang bebas merdeka dari rasuah dan kezaliman. Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

apakah dibenarkan tindakan sdr anwar itu ? walaupun ucapannya itu ditujukan kepada penganut hindu, apakah wajar muslim sepertinya mangajak penganut Hindu mengambil iktibar dari kisah yang 'dia' sendiri tahu itu batil dan mengarut ? sepertinya anwar secara tidak langsung berdakwah supaya orang Hindu berpegang pada ajaran dalam agamanya. sejauh inikah toleransi agama yang harus dilakukan seorang pemimpin muslim ? inikah dakwah ??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wr wb.
Ustaz..
Saya ingin meneruskan pertanyaan berkaitan masalah diatas. Bukankah walaupun kita menziarahi mereka di rumah dan mengucapkan selamat kepada mereka seolah-olah kita merestui pegangan mereka?

yang ikhlas berkata...

alhamdulillah baru faham.dah lama cari

Asfan Ash berkata...

itu ucapan salam. tapi kalau mengucapkan happy diwali, atau merry christmas, itu menyalahi hukum kan?

Tanpa Nama berkata...

superb. to the point and backed by the Ayat. thank you..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih.

driqbal berkata...

salam..terima kasih atas ilmu yang bermanfaat.alhamdulillah.tapi ustaz,ada kawan sya mempertikaikan jika penganut agama lain boleh merayakan perayaan agama kita yakni Islam,kenapa kita tidak boleh merayakan perayaan mereka?bukannya kita pergi ke gereja dan berdoa bersama mereka.tidakkah ia akn melahirkan ekstremist?

Sekadar soalan dari rakan.mohon diberi penjelasan

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...