Tuesday, August 25, 2009

ANAK TIRI DAN HARTA PUSAKA

Soalan;

Assalamualaikum w.t.b…Saya ingin bertanya soalan berkaitan harta pusaka.Ibu saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Ibu saya telah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia 18 tahun.
Bapa tiri saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Bapa tiri saya mempunyai 2 org anak bersama bekas isteri sebelum mengahwini ibu saya.
Adik beradik saya pula seramai 5 orang. Ibu dan bapa tiri saya telah membeli sebuah rumah diatas nama bapa tiri saya. Buat masa sekarang rumah tersebut
kami sewakan dan kami gunakan wang tersebut untuk menyara dan pembelajaran adik tiri lelaki saya.
Soalan saya: Adakah rumah tersebut hanya berhak di tuntut oleh anak lelaki ibu dan bapa tiri saya atau kami anak sebelah ibu juga berhak keatas rumah tersebut dan
adakah 2 orang anak bapa tiri saya lebih berhak keatas tuntutan tersebut?
Sehingga kehari ini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Jawaban dari pihak tuan/puan amat saya hargai.

Jawapan;

Dalam pembahagian harta pusaka mengikut Islam, anak yang berhak mewarisi ialah anak kandung sahaja sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Adapun anak tiri ia tidak masuk dalam senarai waris dan tidak boleh mewarisi harta di mati.

Wallahu a'lam.

1 comment:

zamri morhidi said...

salam. ustaz saya ingin bertanya soalan.

nenek saya telah berkahwin dengan seorang duda beranak 1 lelaki. semasa hidup bersama, nenek saya dengan lelaki ini tidak dikurniakan anak. Nenek saya membeli sebuah rumah.

Kemudian nenek saya berkahwin pula dengan lelaki lain dan dikurniakan 2 anak. (lahirlah keturunan saya)
Semasa nenek saya masih hidup isu rumah tidak dipersoalkan kerana anak tiri nenek saya tadi tahu rumah dibeli atas nama nenek saya.

Selepas anak tiri dan nenek saya meninggal dunia, cucu tiri nenek saya pula menuntut harta dari rumah nenek saya.

Apakah cucu tiri nenek saya ini layak menerima harta pusaka ini?