Ahad, 30 Ogos 2009

ISTIKHARAH UNTUK CALON SUAMI

Soalan;

Assalamualaikum..saya bakal bertunang tidak lama lagi.semasa mengerjakan umrah saya berdoa semoga ditunjukkan jodoh yang sesuai. di mekah juga saya bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang saya tidak kenali. apabila pulang ke malaysia saya membuat solat istikharah.beerapa bulan selepas itu saya bermimpi mimpi yang sama ketika d mekah. macam mana dengan tunangan saya ini,perlu diteruskan? atau saya menunggu masa sehingga bertemu lelaki di dalam mimpi itu?

Jawapan;

1. Dalam soal menentukan jodoh atau pasangan yang sesuai, perhatikan dulu ciri-ciri agama iaitu seorang yang soleh, menjaga agama, memelihara solat, menutup aurat dan sebagainya, kemudian barulah beristikharah. Jika calon yang datang dari jenis yang tidak menjaga agama, sebaiknya ibu-bapa atau individu terbabit menolak calon tersebut walaupun tanpa beristikharah terlebih dahulu kerana kita sudah jelas apa pandangan agama. Jika yang datang adalah soleh -sekalipun pada zahir sahaja- ketika itu eloklah menerimanya dan disusuli pula dengan istikharah untuk memohon petunjuk Allah dan ketetapan hati dariNya. Sabda Nabi s.a.w.; "Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha (restui) akhlak dan agamanya (ingin meminang anak kamu), maka kahwinilah ia (dengan anakmu). Jika tidak nescaya akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kefasadan yang besar" (Riwayat Imam at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.. Hadis ini menurut Imam as-Suyuti dalam al-Jami' as-Saghier (no. 347) adalah soheh).

2. Apabila telah melakukan istikharah, lihat apa yang hati berasa tenang dengannya. Ikuti suara hati itu, insya Allah itu adalah petunjuk dari Allah. Jika masih ragu-ragu, lakukan lagi istikharah sehingga hati benar-benar tetap dan tenang dengan pilihannya. Untuk membaca panduan istikharah dengan lebih lengkap, baca jawapan saya sebelum ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/12/cara-melakukan-istikharah.html).

Wallahu a'lam.

1 ulasan:

none berkata...

salam Ustaz.
saya ingin meminta pandangan Ustaz dalam Solat Ishtikarah yang saya buat...saya berniat untuk mengerjakan solat ini selama tiga hari.Kerama saya mempunyai dua pilihan. Seorang telah menyatakan kesungguhan dan serba serbi baik untuk jadi calon suami. Kerna saya mengenali dia. Begitu juga dengan yang seorang lagi,saya juga mengenali dia tapi saya kurang pasti kehidupan dia yang lain. tapi hati saya menyukai lelaki yang kedua tadi. wlwpn begitu saya belum menemui keyakinan utk memilih dia. untuk lelaki yg pertama tadi oleh sebab saya cukup mengenali dia..saya yakin dia mampu membahagiakan saya...cuma hati ini masih tak boleh menerima dia...saya solat ishtikarah..malam pertama selepas saya solat pada pukul 2am...saya telah bermimpi lelaki yg kedua..yg saya sukai tetapi dalam mimpi tu...dia seperti ada kekasih lain dan hanya merenung saya dengan renungan yang tajam. saya keliru. kerana saya belum solat uantuk yg malam kedua dan ketiga. saya harap ustaz boleh bagi pandangan pada situasi saya. sama ada yg saya mimpi itu jodoh atau sebaliknya. terima kasih.

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...