Rabu, 30 Jun 2010

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta dan hak kepada cucu. Sekiranya atuk masih hidup tetapi anaknya (lelaki) telah meninggal dan mempunyai anak-anak, adakah cucu-cucunya(anak kepada si mati) akan mendapat bahagian kepada hak ayah yang telah meninggal tadi. Selain itu, si mati juga mempunyai adik beradik yang lain.

Jawapan;

Anak-anak akan mewarisi harta peninggalan ayah mereka yang mati. Jika si mati masih mempunyai bapa, ibu dan isteri yang masih hidup, bahagian pusaka untuk anak-anaknya ialah yang berbaki setelah ditolak bahagian-bahagian untuk bapa, ibu dan isteri tadi. Pecahan bahagian yang ditetapkan oleh Syarak ialah seperti berikut;

1. Bapa ; 1/6
2. Ibu ; 1/6
3. Isteri ; 1/8
4. Anak-anak ; Baki.

Itu adalah dengan andaian bahawa si mati mempunyai anak lelaki. Jika si mati hanya ada anak perempuan, maka bahagian untuk anak perempuan ialah ½ atau 2/3 dan baki jika ada diberikan kepada bapa. Pecahannya akan jadi seperti berikut;

1. Bapa ; 1/6 + baki
2. Ibu ; 1/6
3. Isteri ; 1/8
4. Anak perempuan ; ½ (jika seorang) atau 2/3 (jika ramai).

Adapun saudara-saudara si mati, mereka dihijab dari mendapat pusaka oleh bapa dan anak lelaki si mati. Dalam perwarisan Islam, apabila si mati masih mempunyai bapa atau anak lelaki, saudara-saudaranya (dan begitu juga bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupunya) akan terhalang dari mendapat pusaka. Ini kerana perwarisan semua mereka adalah sebagai ‘ashabah iaitu dengan pengambilan baki. Maka apabila baki telah diambil oleh bapa atau anak lelaki, tidak akan ada lagi peruntukan untuk saudara-saudara, bapa-bapa saudara dan sepupu-sepupu.

Wallahu a’lam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz..
saya ada satu pertanyaan mengenai pembahagian harta pusaka.ada seorang kawan bertanya..ibunya meninggalkan sebuah rumah harta pusaka kepada 3 org anaknya.masalahnya rumah itu diletakkan atas dua nama sahaja (ibu dan salah seorang anak lelakinya.untuk pengetahuan ustaz,kesemua anaknya adalah lelaki..bolehkah anak2 lain menuntut hasil daripada harta pusaka tersebut?ini disebabkan anak yang diberi nama hendak menjual rumah tersebut dan hasilnya untuk kepentingan dirinya sahaja.terima kasih atas kerjasama drp ustaz.kalau boleh bagaimanakah cara untuk anak yang lain mendapatkan nasihat kerana mereka masih muda...wassalam.

Alhamdulillah berkata...

Assalamualaikum ustaz,

Saya menpunyai nenek saudara yang meninggal dunia pada 2011.
Nenek saudara ini mempunyai seorang adik shj yang masih hidup.
Aruah nenek saudara saya mempunyai seorang anak lelaki tunggal yang telah meninggal dunia pada 2010.
Manakala aruah anak lelaki ini pula mempunyai 1 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan.

Bagaimanakah pembahagian harta pusaka simati

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz...sya nk tanya ttg wang pencen arwah ibu siapa yg berhak dpt? Sya ada adik OKU dan sepatutnya dia yg dpt wlupun adik telah dpt bantuan JKM. Tapi adikbradik sya yg seramai 10 org berebutkan wang pencen arwah yg hanya rm1k.. arwah baru meninggal genap sebulan tapi asyik persoal wang pencen arwah hingga bertelagah. Sya diamanahkan utk mbayar bil2 rumah arwah ibu tapi ada adikbradik lain ckp sya guna duit arwah utk dirisendiri. Sya tunjuk bukti dan resit setiapkali byr bil tapi masih dpersoalkan.

Unknown berkata...

Salam ustaz,
Saya ingin bertanya bagaimana cara pembahagian harta pusaka arwah ibu bernilai RM111,398.00 kepada 4 orang anak perempuan, 2 cucu perempuan dan seorang cucu lelaki.
Sekian, terima kasih.

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...