Selasa, 6 Julai 2010

BAHAGIAN CUCU YANG KEMATIAN AYAHNYA

Soalan; terima kasih ustaz atas jawapan tersebut. Saya juga ingin tahu sekiranya ayah si mati (anak) turut meninggal, cuma ada isteri, anak dan ibu sahaja yang tinggal. Jadi adakah hak peninggalan arwah ayah (atuk) layak diberikan kepada cucunya walaupun ayahnya telah meninggal?

Jawapan;

Apabila si mati mempunyai anak dan cucu, cucu akan dihadang oleh anak si mati dari mendapat harta pusaka sama ada anak si mati itu merupakan bapa kepada cucunya atau bapa-bapa saudaranya. Bagi masalah tuan, pecahan pusaka adalah seperti berikut;

1. Ibu ; 1/6
2. Isteri; 1/8
3. Anak; Baki
4. Cucu; Dihadang oleh bapa

Apa yang kita kemukakan di atas adalah pandangan jumhur ulamak. Ada pandangan dari ulamak berpendapat; diberikan kepada cucu yang kematian bapanya itu bahagian bapanya dengan syarat tidak lebih dari 1/3 harta pusaka. Jika bahagian bapanya melebihi dari 1/3 harta peninggalan, hendaklah diberikan setakat 1/3 sahaja. Pemberian itu bukan atas nama perwarisan tetapi atas nama wasiat yang wajib (al-wasiyah al-wajibah). Pandangan kedua ini dipakai dan dilaksanakan oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah di Dunia Arab hari ini antaranya Mesir, Syiria dan sebagainya.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...