Selasa, 20 Julai 2010

WARNA KUNING; ADAKAH HAID?

Soalan; Saya telah melahirkan anak yg pertama. Haid yg ptama lps bsalin shingga kini ianya mgambil masa kitaran selama 15 hari. Hal ini kerana saya merasa was2 disebabkan warna darah tsebut. Pada hari ke 7 misalnya darah tersebut sudah kering dan berwarna jernih tp ianya akan myusul kembali pd ari berikutnya dgn wrna kekuningan. Jadi sy mgambil keputusan tidak solat krn mgikut kefahaman sy wrna kuning itu msih lagi dianggap darah haid. Saya ada menghidapi pnyakit darah beku dan mengambil ubat mencairkan darah. Adakah ini punca haid sy lmbt abis disebabkan kesan ubat tersebut atau ianya mmg pkara biasa yg dihadapi oleh kaum hawa yg lain. Jadi saya menetapkan setiap bln haid syg akan mgambil masa 15 ari kerana wrnanya blarutan shingga 15 ari dan slps itu barulah sy mndi wajib. Persoalan di sini adakah wajar tindakan sy ini sbb sy rasa was2 klu mndi wajib kerana ada cairan kuning yg keluar. Adakah ini merupakan warna keputihan kerana cairan itu bcampur warna kuning dan putih. Mohon penjelasan..

Jawapan;

Warna kuning atau keruh jika muncul pada hari-hari haid, ia dikira haid dengan syarat tempohnya tidak lebih 15 hari (iaitu tempoh haid paling lama). Jika lebih 15 hari, maka warna kuning atau keruh selepas hari ke 15 itu dikira istihadhah (darah penyakit), bukan haid. Oleh itu, puan hendaklah menunggu hingga habis warna kuning itu barulah mandi dan solat. Kecualilah jika tempoh haid puan berlanjutan hingga lebih 15 hari, maka masuk hari ke 16 puan wajiblah mandi dan mengerjakan solat walaupun warna kuning itu masih nampak (atau sebarang warna yang lain) kerana ia bukan lagi haid, tetapi istihadhah.

Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila baca jawapan-jawapan saya sebelum ini bagi persoalan yang sama. Sila ke bahagian “Search” dan taip “kuning”.

Wallahu a'lam.

2 ulasan:

Orga Haura berkata...

Salam.Ustaz saya nak bertanya tentang warna kuning haid. Saya masih dalam tempoh haid, masuk hari ke 8, dan cairan kuning masih ada sehingga sekarang. Tetapi cairan kuning itu seperti kuning yang biasa saya alami ketika hari-hari biasa sperti keputihan dan tidak keruh serta tidak bercampur dengan warna lain. Adakah saya dah boleh mandi junub? atau saya perlu menunggu sehingga warna kuning cair tersebut habis terlebih dahulu. Mohon penjelasan anda.

Orga Haura berkata...

Salam ustaz. Saya nak tanya ttg warna kuning haid. Saya sekarang berada dalam temph haid, masuk hari ke 8. Darah dah berhenti tapi saya mengalami kekuningan iaitu warna kuning cair yang biasa saya alamiketika hari-hari biasa dan di luar tempoh haid. Warna kuning tersebut tidak bercampur dengan warna coklat, merah dan apa-apa sahaja yang menyerupai darah. Hanya kuning keputihan. Adakah saya sudah suci dari haid? dan bolehkah saya mandi junub. Mohon penjelasan.

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...