Isnin, 14 Februari 2011

ANAK SAUDARA ISTERI; ADAKAH HARUS BERSALAMAN DENGANNYA?

Soalan; Salam,  seorang lelaki telah berkahwin dgn seorang wanita...apakah hukum bersalaman dengan anak sedara isterinya yang sudah baligh (perempuan) adakah dibolehkan n kenapa? begitulah 
sebaliknya bg pihak perempuan pula (isteri).sukran

Jawapan;

Anak saudara isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir. 

Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab;
1. Kekeluargaan
2. Perkahwinan
3. Penyusuan

Bagi ikatan mahram dengan sebab perkahwinan, hanya empat orang sahaja yang terbabit;
1. Ibu mertua
2. Anak menantu (yakni isteri kepada anak lelaki).
3. Anak tiri
4. Ibu tiri (yakni isteri bapa)

Oleh kerana anak saudara isteri tidak tersenarai dalam senarai mahram kerana perkahwinan di atas, ia kekal sebagai wanita ajnabi dan tertakluk dengan hukum-hakam wanita ajnabi tadi. Di antara mereka berdua (yakni antara suami dan anak saudara isteri) halal perkahwinan jika berlaku perpisahan antara suami dan isteri terbabit itu sama ada kerana kematian atau berlaku penceraian putus (yakni penceraian yang tidak boleh dirujuk tanpa akad baru).

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami bersalaman dengan anak saudara isterinya (perempuan) yang telah baligh kerana di antara mereka berdua tidak ada ikatan mahram muabbad. 

Wallahu a'lam.

1 ulasan:

rina + faeez berkata...

Assalamualaikum ust. Mohon penjelasan hukum bersalam dgn saudara tiri, ibu tiri, ibu saudara tiri, adik tiri, nenek tiri dan keatas.tq ust

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...