Khamis, 3 Februari 2011

TALAK; PERLUKAH DILAFAZ DI HADAPAN ISTERI?

Soalan; Sy ada 1 soalan, adakah jatuh talak apabila sy melafaskan pada ibu saya di dalam telefon tanpa didengari oleh isteri saya.yg berbunyi "mak, kalau dia tak balik pada hari sekian, aku ceraikan dia...". Tetapi apabila dia telah mengetahui hal ini, dia masih berkeras utk tidak balik. sekian terima kasih.

Jawapan;

Jatuhnya talak tidak disyaratkan ucapan talak dibuat di hadapan isteri. Yang diambil kira ialah apabila suami melafazkannya sama ada di hadapan isteri atau di belakangnya. Contoh talak yang dilafazkan di belakang isteri ialah seorang berkata kepada kawannya; “Isteriku telahku ceraikan”. Dengan kata-kata itu jatuhlah talak ke atas isterinya. Dalam kes talak secara taklik (yakni cerai yang dikait dengan sesuatu), apabila berlaku perkara yang dikaitkan, jatuhlah talak walaupun isteri tidak mengetahuinya.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (islamqa.com), no. 103933.

Tiada ulasan:

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...