Tuesday, May 17, 2011

NAJIS SERIGALA; ADAKAH SAMA SEPERTI NAJIS ANJING?

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu najis serigala tergolong dalam kategori apa? sama dengan najis anjing ke? kalau boleh, saya nak keterangan yang jelas dalam masalah ini.

Jawapan;

Serigala dalam bahasa Arab disebut al-Zi’bu (الذئب). Ia adalah binatang yang wujud pada zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan baginda pernah menyebut tentangnya di dalam beberapa hadis yang diriwayatkan darinya, namun tidak ada hadis yang menyamakannya dengan anjing dari segi cara menyucikan bekas yang dijilatnya atau najisnya. Oleh demikian, najis serigala tidaklah sama seperti najis anjing. Ia termasuk dalam kategori najis-najis haiwan buas yang lain di mana memadai dengan membasuhnya hingga hilang kesan-kesannya, tidak wajib dibasuh hingga tujuh kali (dengan basuhan pertama dengan air bercampur tanah) kerana ia tidak dianggap anjing.

Kenyataan di atas disokong oleh pandangan Imam al-Jahiz dalam kitabnya al-Hayawan iaitu kitab yang ditulis oleh ulamak silam membicarakan tentang binatang-binatang, tabiatnya dan aspek-aspek lain berkaitan binatang. Menurut beliau; Serigala bukanlah anjing walaupun ada satu dua sifatnya sama. Malah beliau menyebutkan; orang yang menganggap singa, serigala, dubuk dan musang adalah anjing sama seperti orang yang menganggap kerbau adalah kambing biri-biri atau lembu adalah kambing biri-biri. (Kitab al-Hayawan, 2/348).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.Kitab Al-Hayawan, Imam al-Jahiz (Amru bin Bahr al-Kannani, wafat tahun 255 Hijrah), 2/348.
2.Fatawa as-Syabakah al-Islamiyah, no. 74794.

4 comments:

Silentwolf87 said...

ouh-?
betul begini ke ustaz-?
selama nih saye btul2 igtkn ianya adelah dr keturunan anjing-


so-
katekan kite terserempak serigala/anjing di hutan-
n anggap kn saye nih mcm tatawu nk beza kn serigala n anjing-
n somehow ia terlanggar saye-
atau saye terpijak najis nye-
bagaimanakah saya patut mngendalikannya-?
adakah lebih baek saye anggap ia adalah anjing-?

mintak maaf sbb saye tumpang bertanya-

Jae.jae said...

apakah hukum bagi org membela anjing utk menjaga kediaman rumah & ternakan???

fidy said...

assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.
saya mau bertanya, apakah anjing keturunan serigala itu najis juga?
terima kasih.

master said...

kpd Silentwolf87. pandangan dan pengetahuan saya, jika was-was pada sesuatu perkara, maka ia akan jatuh pada hukum yang menghalang kita mengambil ringan perkara tersebut.
Maka jika kita terpijak najis yg tidak pasti dari anjing/serigala, maka sebaiknya kita menyucikan dengan mengambilkira kategori najis yang lebih berat agar terhindar diri dari was-was pada perkara ini.

-kebetulan membaca blog ini.