Soalan; Assalammuailakum Ustaz, saya ingin membuat pertanyaan, apakah hukum
seseorang muslim itu jika dia menyertai gameshow di TV seperti ¨money
drop" dsn "who wants to be a millionaire"?
Jawapan;
1. Kuiz ilmiah yang menjanjikan hadiah perlu dilihat pada beberapa segi;
a)
Dari mana sumber hadiah? Jika diambil dari para peserta yang memohon
masuk -walau sebahagian dari hadiah yang ditawarkan- (seperti dikenakan
ke atas permohonan masuk suatu bayaran tertentu dan bayaran itu
dikumpulkan menjadi hadiah untuk peserta yang berjaya masuk dan berjaya
menjawab soalan yang dikemukakan), maka itu tergolong dalam perjudian
yang diharamkan Syariat. Jika hadiah datang dari pihak lain yang tiada
kaitan dengan peserta (seperti dari penaja atau sebagainya), ia tidak
menjadi perjudian dan halal bagi peserta yang berjaya dengan syarat
syarikat penaja itu menjalankan aktiviti perniagaan yang halal. Jika
hadiah ditawarkan oleh syarikat arak, perjudian atau seumpamanya, haram
seorang muslim menyertainya kerana akan membawanya menerima wang dari
sumber yang haram secara nyata di samping terlibat mempromosi perkara
haram di sisi Syariat.
c) Soalan-soalan yang ditanya? Hendaklah
soalan-soalan yang ditanya adalah soalan-soalan yang bermanfaat dan
tidak mempromosi dosa/maksiat/munkar. Dalam akad Ju'alah (iaitu tawaran
hadiah/saguhati yang diikat dengan suatu kerja/peranan) disyaratkan
kerja/peranan yang menjadi tukaran kepada hadiah itu hendaklah halal
mengikut pandangan Syariat. Oleh kerana hadiah yang ditawarkan merupakan
imbalan kepada jawapan bagi soalan yang ditanya, jika jawapan adalah
berupa dosa/maksiat, hadiah itu akan menjadi imbalan kepada perkara
maksiat, maka tidak harus hadiah tersebut kerana ia menjadi imbalan
kepada perkara haram di sisi Syariat.
d) Suasana program itu
sendiri hendaklah menepati Syariat Islam; tiada percampuran lelaki dan
wanita, tidak bercampur perkara masksiat dan munkar dan tidak bertujuan
mempromosi perkara yang haram di sisi Syariat, kerana seorang muslim
tidak harus berada dalam majlis yang dimurkai Allah.
2.
Khusus bagi program "Who wants to be a milionaire" telah terbit fatwa
dan pandangan dari beberapa ulamak mengharamkannya, antaranya;
a) Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Mufti Mesir)
b) Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
c) Syeikh Abdul Aziz bin Baz (Mufti Arab Saudi) (Lihat; www.islamqa.com, fatwa no. 21078).
d) Syeikh Dr. 'Alauddin Za'tari (dalam bukunya Fiqh al-Muamalat al-Maliyah al-Muqaran, hlm. 345).
d)
Syeikh Abdus-Somad Balhaji (dalam bukunya Ahkam al-Musabaqaat, hlm.
225; tesis MA bawah seliaan Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal)
e) Majlis Fatwa Ulamak-Ulamak Halab, Syria (lihat laman resminya; http://www.eftaa-aleppo.com/, fatwa no. 495).
Sebab pengharaman secara amnya adalah kerana terdapat unsur perjudian di dalamnya.
Walallahu a'lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan