Soalan; assalammualaikum ust...berkaitan
petikan ust tentang pelaburan dlm perniagaan....sy mengajak kawan2
untuk melabur dalam perniagaan yg sy akan usahakan...dan sy menjanjikan
dividen tahunan 10% dri nilai pelaburan...namun dividen itu adlah sy
beranggapan hanya sbg hadiah penghargaan kpd mereka dalam perniagaan
runcit sy ni.....adakah situasi ini diizinkan syarak ustaz....mohon
pencerahan ...trima kasih ust...
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.
Pelaburan dengan menjanjikan keuntungan tetap dalam jangka masa tententu, peratus yang dijanjikan dinisbahkan kepada modal pelaburan, bukan kepada perolehan untung pelaburan, pelaburan sebegitu tidak menepati Syariat kerana ia berkonsepkan riba walau apa nama sekalipun diberikan kepada keuntungan tersebut (dividen, bunga, untung, hibah atau sebagainya) kerana ukuran hukum bukan melihat kepada nama/istilah semata-mata, tetapi melihat kepada apa yang realiti di sebalik nama/istilah itu.
Adapun jika seseorang berhutang dari rakannya, kemudian ketika membayarnya ia memberi suatu hadiah/saguhati kepada rakannya itu sebagai perhargaan atau terima kasih, itu dibenarkan (malah digalakkan) kerana ia tidak dijanjikan dan tidak disyaratkan terlebih dahulu.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan