Soalan; Assalamualaikum ustaz! Di sini saya ingin bertanya, betul ke, saya
dengar seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan akan terlepas
daripada soal kubur sehingga hari kiamat...pohon penjelasan ustaz.
Jawapan;
Bismillah. Orang yang mendakwanya perlu membawa dalil syarak (al-quran atau
hadis). Setakat ini dalam pencarian saya belum menemui hadis yang menyebutnya. Ada hadis menyebutkan; "Sesiapa yg berpuasa kerana Allah, lalu dia mati
ketika sedang berpuasa, akan masuk syurga" (Musnad Ahmad: 23324, soheh).
Hadis ini menyebutkan kelebihan mati ketika puasa. Jika seorang itu
mati dalam bulan Ramadhan ketika sedang berpuasa dia masuk dalam hadis ini.
Adapun kelebihan mati dalam bulan Ramadhan sahaja (tanpa kaitan dengan puasa),
belum menemui hadis tentangnya. Wallahu a'lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan