This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, 29 October 2015

BEZA ANTARA ZAT DAN SIFAT ALLAH

Soalan; ustaz ape beza antara zat dan sifat Allah?

Jawapan;

Bismillah. Zat bermaksud hakikat sesuatu yang membezakannya dari yang lain. Ada ulamak memberi makna zat dengan nafs (diri), zat sesuatu = diri sesuatu. Sifat pula ialah nama/sebutan yang menunjuk kepada keadaan-keadaan zat atau tanda yang bersifat lazim pada zat yang dengannya ia dikenali. Allah tidak serupa dengan makhluk, maka zatNya dan juga sifatNya berbeza dari mana-mana makhlukNya.

Wallahu a'lam. 

Rujukan;
1. at-Ta'rifaat, 'Ali bin Muhammad al-Jurjani.

SUKA BERANGAN; ADAKAH ADA KAITAN DENGAN SYAITAN

Soalan; Assalam ustaz...ape pandangan ustaz terhadap org yg suka berangan...ade kene mngena ke dengan syaitan?

Jawapan;


Bismillah. Berangan tentang perkara-perkara yang baik seperti berangan untuk masuk syurga, berangan untuk berjaya dalam hidup (dalam perniagaan, pelajaran dan sebagainya), berangan berkahwin dengan lelaki/wanita yang soleh/solehah, berangan untuk jadi orang kaya beriman dan sebagainya semua itu adalah angan-angan yang baik dan diredhai Syariat. Tidak ada kejayaan melainkan bermula dari angan-angan.

Adapun berangan tentang perkara-perkara yang jahat atau maksiat seperti berangan untuk hidup bebas tanpa terikat dengan batasan Syarak, untuk berzina, minum arak, angan-angan berupa hasad dan sebagainya dari amalan-amalan yang ditegah Syariat, maka berangan seperti itu adalah bisikan dari Syaitan dan jika tidak ditahan akan menjerumuskan diri ke dalam maksiat. Kerana itu Allah berfirman (yang bermaksud);  

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (surah Fussilat, ayat 36).

Wallahu a'lam.

Saturday, 24 October 2015

WAKAF DARI ORANG BUKAN ISLAM

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya ada satu soalan..kawan baik sya non muslim (david) ada sorang kawan muslim yg baru meninggal..sya ada bercerita pada David berkenaan amalan2 yg pahalanya berterusan meskipun telah meninggal dunia seperti amalan waqaf.

Soalan sya..apa hukum david mengeluarkan duit utk mewaqafkan sesuatu benda (seperti pokok kurma) bg pihak kawan muslim yg sudah meninggal.adakah amalan itu sah (sebab dilakukan oleh non muslim) dan adakah pahala itu smpi kpd simati?

Mohon pencerahan drpd ustaz. terima kasih banyak ustaz.
 
Jawapan;
 
Bismillah. Masalah tersebut masuk dalam perbahasan ulamak berkenaan wakaf orang kafir untuk kaum muslimin (seperti dia memberi wakaf untuk masjid dsbnya). Menurut para fuqahak (termasuk mazhab Syafiie): pada dasarnya wakaf dari orang kafir zimmi adalah sah. Namun pahala dari pemberiannya itu akan diganti Allah dengan habuan di dunia, adapun di akhirat tiada sebarang pahala untuknya. Terdapat hadis dari Nabi SAW dalam Soheh Muslim menyebutkan; "Adapun orang kafir, kebaikan-kebaikannya untuk Allah akan (dibalas) dengan  dikurniakan makanan untuknya di dunia, namun apabila dia tiba di akhirat tiada lagi sebarang kebaikan untuknya yang akan dibalas" (Soheh Muslim; kitab Sifat al-Qiyamah, 56/2808).
 
Bila dia meniatkan pahala itu untuk saudaranya yang telah mati, insya Allah pahala dari kebaikan wakaf itu akan sampai kepada si mati di barzakh. 
 
Wallahu a'lam.
 
Rujukan;
 
1. al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 44/129. 
2. Ahkam Ghair al-Muslimin Fi  Nidzam al-Waqf al-Islami, Dr. Adam Nuh.

ANTARA MENJAGA 'AIB DAN MENCEGAH KEMUNGKAAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Minta pendapat. Sebagai orang yang mengetahui adanya sebuah hubungan terlarang (isteri orang dengan lelaki bujang), apa yang perlu saya buat? Antara ingin menjaga aib orang dan ingin menghalang kemungkaran dari terus berleluasa.

Jawapan; 
  Bismillah. Nasihatkan orang terbabit secara direct jika mampu, atau sampaikan kepada pihak yang dapat mencegah mereka. Jangan sekali-kali menceritakannya kepada orang yang tiada kaitan untuk pencegahan. 

Wallahu a'lam.

MENGGUNA WANG PETTY CASH COMPANY UNTUK DIRI SENDIRI

Soalan; Assalamualaikum. Apakah hukum menggunakan wang 'petty cash' company untuk tujuan peribadi (dalam keadaan terdesak) dan kemudian membayar semula.

Jawapan;

Bismillah. Menggunakan wang/harta milik orang lain tanpa izinnya dianggap oleh Syarak sebagai ghasab (merampas). Hukumnya berdosa, wajib memohon ampun dan memulangkan kembali harta yang diambil. Sabda Nabi SAW; "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (Musnad Ahmad; 20695).

Wallahu a'lam.

Friday, 23 October 2015

BILA NAFKAH IBU/BAPA MENJADI WAJIB KE ATAS ANAK?

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank..
Soalan sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun sedikit?..
Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.
 
Jawapan; 
 
Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat;
1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
2. Anak mampu/berada.

Jika ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain), tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Begitu juga, jika anak miskin tidaklah dia diwajibkan menafkahi mereka kerana seseorang tidak dibebani oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.

Sekalipun tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan digalakkan oleh Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan hadis.

Bagi ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni kadar yang menciukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi, lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang diperlukan. 
 
Wallahu a'lam.
 
Rujukan;
1. al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin 'Abdillah at-Tidi, 211-212.
2. Hasyiyah al-Baijuri, 2/191.
 

Thursday, 22 October 2015

HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PASANGAN (SUAMI @ ISTERI) SETELAH KEMATIANNYA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Mohon bantuan pencerahan berkenaan perkara ini :
BAGAIMANA SEHARUSNYA HUBUNGAN SUAMI/ISTERI DENGAN BEKAS KELUARGA MERTUA(kes isteri/suami telah meninggal dunia)

YANG MANA BAPA DAN IBU MERTUA BEKAS ISTERI/SUAMI TELAH TIADA.
YANG TINGGAL HANYA ADIK BERADIK NYA SAHAJA.
DAN MEREKA TELAH BERKAHWIN LAIN.
PERLU TERUSKAN SEPERTI BIASA HUBUNGAN DENGAN MEREKA OR PERLU JARAKKAN DEMI KERUKUNAN RUMAHTANGGA YANG BARU. MAAF KATA, BIASALAH KALAU DAH BERKAHWIN BARU, SIKIT SEBANYAK PERLU MENJAGA BATASAN DAN HATI PASANGAN BARU.

ADA BATAS2 DALAM PERGAULAN/HUBUNGAN TAK?
KE KENA REMAIN SAMA MCM WIFE/HUSBAND KETIKA MASIH ADA?
OR MCMMANA.  JAZAKALLAHU KHAIRAN.

Jawapan;
 
Bismillah. Dari segi hukum, adik-beradik kepada suami atau isteri tidaklah mahram. Kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh membuka aurat, tidak boleh bersentuhan (bersalaman), berduaan dan sebagainya. Namun oleh kerana mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan suami/isteri, maka perlulah dijaga hubungan dengan mereka kerana ia termasuk dalam pengertian berbuat baik kepada pasangan. Apabila pasangan telah meninggal, sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak sebesar ketika dia masih hidup, namun digalakkan hubungan baik itu terus dipelihara terutama dengan individu yang dikasihi oleh pasangan ketika hidupnya.Sikap tersebut menjadi amalan Nabi SAW di mana setelah kematian isterinya Khadijah RA, baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang yang yang dikasihi Khadijah semasa hayatnya. 'Aisyah RA menceritakan; "Rasulullah SAW menyembelih kambing dan menghadiahkan sebahagian dari dagingnya kepada orang-orang yang dikasihi Khadijah (yakni dari kalangan rakan-rakan atau ahli keluarganya)" (Soheh al-Bukhari, hadis no. 6004). Wallahu a'lam.

ADAKAH SYURGA KEMBALI KE BAWAH TAPAK KAKI IBU SETELAH KEMATIAN SUAMI?

Soalan;  ustaz, se pertimana yang saya tahu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Tapi ustaz, macam mana pula jikalau suami...