tag:blogger.com,1999:blog-5880846440950143019.post4133689247933054694..comments2023-11-19T12:44:49.725+08:00Comments on LAMAN INFO AGAMA: ZAKAT FITRAH DENGAN WANG DAN NILAI SEMASANYAAHMAD ADNAN FADZILhttp://www.blogger.com/profile/09085724111362440598noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-5880846440950143019.post-76883194742429133102011-08-29T17:57:12.822+08:002011-08-29T17:57:12.822+08:00minta izin untuk copy...jazakallahu khairaminta izin untuk copy...jazakallahu khairaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5880846440950143019.post-32176594443002332452008-09-12T07:30:00.000+08:002008-09-12T07:30:00.000+08:00Terdapat perbezaan yang ketara dalam kadar zakat f...Terdapat perbezaan yang ketara dalam kadar zakat fitrah yang dikenakan bagi tahun 1429 Hijrah ini. Selangor dan Wilayah Persekutuan (K.L., Labuan dan Putra Jaya) mempunyai kadar terendah RM5.2 dan Perlis dan Terengganu mempunyai kadar tertinggi RM8.00. Mungkin ramai orang tidak begitu kisah dengan kadar zakat fitrah yang dikenakan oleh kerana kadarnya rendah, yang semestinya demikian kerana zakat fitrah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada setiap orang Muslim sekali setahun. Banyak hadith telah menjelaskan kadar zakat, walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat berhubung dengan masalah besarnya kadar yang harus dikenakan, negeri-negeri di Malaysia telah menetapkan kadar zakat fitrah pada satu gantang beras (yang merupakan makanan ruji orang Islam di negeri-negeri tersebut). <BR/>Pengiraan kadar zakat diasaskan kepada takaran bukan timbangan beras. Hadith menyebut segantang makanan (gandum, kurma dan sebagainya) yang menyamai empat cupak (secupak menyamai dengan ukuran kuantiti yang dapat diambil oleh dua tangan orang yang bersaiz sederhana). Timbangan dalam kilogram secupak gandum, kurma atau beras adalah tidak sama. Kita harus memutuskan berapakah berat dalam kilogram kuantiti secupak beras (setelah diputuskan masalah gred beras) kemudian didharab dengan empat untuk mendapatkan nilai wang segantang beras. Rasanya tidaklah begitu payah. MAIN Selangor, misalnya, bagi tahun 1429 hijrah menetapkan kadar zakat fitrah RM5.20 berdasarkan harga secupak beras RM1.30.<BR/>Jika kita menerima segantang beras bersamaan dengan berat 2.60 kilogram dan menggunakan harga kawalan gred beras ST15, SST10 dan SST5 sebagai asas pengiraan, kadar zakat fitrah masing-masing ialah RM4.29, RM7.02 dan RM7.28. Kadar zakat selain daripada ini menandakan bahawa pengiraan kadar zakat adalah dari gabungan harga gred-gred beras yang terdapat di pasaran, termasuk gred beras import. Pengiraan yang tepat ialah dengan mengambil kira corak pembelian beras oleh isirumah Muslim, yang menggambarkan peratusan pelbagai jenis beras dalam pembelian mereka, yang digunakan sebagai wajaran dalam pengiraan kadar zakat fitrah. Melainkan kita melakukan kajian corak pembelian beras di kalangan isirumah Muslim, maklumat sedemikian tidak akan boleh diperolehi. Jika kita mengambil kenyataan BERNAS bahawa gred ST15 adalah yang paling banyak dibeli, kadar zakat fitrah akan lebih condong kepada pengaruh harga beras gred ini. <BR/> Ada orang yang berpendapat bahawa adalah lebih baik membayar zakat dengan kadar yang lebih daripada yang sepatutnya bagi mencerminkan sifat berhati-hati dalam ibadah, justru menetapkan kadar zakat fitrah yang lebih tinggi adalah wajar. Saranan sedemikian wajar diamalkan oleh orang perseorangan tetapi bagi penguasa agama, Majlis Agama Islam Negeri, ia mesti menetapkan kadar yang tepat untuk orang ramai merasa lebih pasti untuk beribadat. Sekiranya ini dilakukan dalam menetapkan kadar zakar fitrah, rasanya perbezaan kadar zakat fitrah antara negeri-negeri tidak akan begitu ketara. Jika kadar yang ditetapkan adalah lebih tinggi daripada kadar yang sebenar, beberapa orang yang sepatutnya membayar zakat akan terkeluar sebagai pembayar zakat.Anonymousnoreply@blogger.com