Jawapan; menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan.
.
Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu) diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampa nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305).
.
Wallahu a'lam.
Thursday, 21 May 2020
Solat hari raya sesama wanita, bolehkah berkhutbah? .
Label:
IBADAT,
Solat,
solat hari raya
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Solat hari raya di rumah, perlukah berkhutbah?
Jawapan; ya, disunatkan seseorang (lelaki) menyampaikan khutbah setelah solat hari raya jika solat dilakukan berjamaah termasuk yang dilakukan di rumah, rombongan musafir atau sebagainya. Dalam kitab Mughni al-Muhtaj dinyatakan;
"Disunatkan menyampaikan 2 khutbah setelah solat hari raya bagi yang melakukannya berjamaah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW dan Khulafak Rasyidin, tanpa dibezakan bagi maksud berjamaah itu antara orang-orang musafir dan selain mereka. Malah (disunatkan khutbah tersebut) sekalipun jika solat ditunaikan diluar waktunya (qadha)" (Mughni al-Muhtaj, al-Khatib al-Syirbini, 1/423).
.
Dalam mazhab Syafiie, khutbah solat hari raya mesti dengan dua khutbah, tidak cukup satu khutbah. Dijelaskan dalam kitab yang sama; "Jika hanya satu khutbah sahaja, tidak cukup (untuk mendapat pahala sunat berkhutbah tadi)" (1/423).
.
Oleh kerana hukum khutbah sunat sahaja, maka tidaklah menjejaskan solat hari raya jika dilakukan tanpa khutbah. Maka bagi suami atau ketua keluarga yang tidak mampu berkhutbah, memadai dengan mengerjakan solat sahaja bersama keluarga.

Ibadah,
Solat,
solat hari raya
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Tuesday, 17 July 2018
BEBERAPA PERSOALAN TENTANG AQIQAH BAYI
Soalan; as salam ustaz, saya ingin bertanyakan soalan; jika anak saya no 2 sudah berumur 3 tahun perempuan belum buat aqiqah lagi dan anak no 3 saya lelaki berumur 9 bulan juga belum saya buat aqiqah juga, boleh kah saya lakukan aqiqah mereka bersama, manakala yang lelaki boleh kah saya buat kan sebahagian dahulu untuknya. terima kasih ustaz.
Jawapan;
1. Aqiqah menjadi tanggungjawab penjaga (yakni orang yang wajib menanggung nafkah bayi; yakni bapa, ibu, datuk dan sebagainya) selama bayi belum mencapai usia baligh. Apabila bayi telah baligh dan belum diaqiqahkan, tidak dituntut lagi ke atas penjaganya untuk melakukan aqiqah. Menurut mazhab Syafiie; digalakkan ke atas individu yang mengetahui dirinya belum diaqiqahkan ketika kecilnya untuk melakukan sendiri aqiqah bagi dirinya.
Anas RA menceritakan; "Sesungguhnya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya selepas baginda diutuskan menjadi Nabi" (Musnad al-Bazzar; 7281. al-Mu'jam al-Awsat, at-Tabrani; 994).
2. Aqiqah sebaiknya dilakukan ketika bayi berusia 7 hari dari hari lahirnya. 'Aisyah RA menceritakan; "Nabi SAW melakukan aqiqah untuk cucunya Hasan dan Husain pada hari ketujuh. Pada hari itu juga baginda memberi nama mereka dan menyuruh dicukur kepala mereka" (Soheh Ibnu Hibban; 5311. Isnadnya hasan).
Jika terlepas hari ke 7, bolehlah dibuat bila-bila masa selagi anak belum baligh. Oleh kerana anak puan yang ke 2 dan ke 3 itu telah melepasi hari ke 7 masing-masing, maka tidak ada halangan untuk dibuat aqiqah serentak untuk mereka, tetapi dengan syarat untuk setiap anak seekor kambing sekurang-kurangnya
3. Untuk anak lelaki disunatkan dua (2) ekor kambing, namun kalau dibuat seekor sahaja pun memadai. Nabi SAW walaupun baginda mensunatkan dua ekor kambing untuk anak lelaki, namun baginda hanya buat seekor sahaja untuk cucu baginda Hasan dan Husain; seekor untuk Hasan dan seekor untuk Husain. Boleh juga dibuat berperingkat; dibuat seekor dulu, kemudian seekor lagi bila mampu.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Fiqh Menyambut Kelahiran Bayi & Fiqh Aqiqah, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Aqidah
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Monday, 9 July 2018
CARA MENUKAR EMAS LAMA DENGAN EMAS BARU
Soalan; ustaz, jika saya ingin menukar emas lama dengan emas baru, bolehkah saya trade in emas lama saya tu di kedai emas, kemudian ambil emas baru dari kedai tersebut dengan tambahan wang bagi harga emas baru itu?
Jawapan;
Pertukaran emas dan perak, jika dengan sama jenis (iaitu emas dengan emas atau perak dengan perak) perlu mematuhi dua syarat;
1. Mesti sama timbangannya (*walaupun yang satu darinya lebih elok dari yang satu lagi, kerana kelebihan sifat tidak diambil kira oleh Syarak untuk mengharuskan tambahan selagi kedua-duanya masih dari jenis yang sama),
2. Mesti secara tunai (tidak boleh bertangguh)
Jika pertukaran berlainan jenis (seperti emas dengan perak, atau emas dengan wang), perlu memenuhi satu syarat sahaja di atas, iaitu; mesti berlaku secara tunai. Adapun sama timbangan/berat tidak disyaratkan, maka boleh berlaku lebihan/kurangan pada tukaran.
Syarat di atas berdalilkan hadis Nabi SAW; "Pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak hendaklah bersamaan dan tunai. Sesiapa menambah atau minta ditambah (timbangan), maka dia melakukan riba di mana yang mengambil dan yang memberi sama-sama (berdosa)" (Soheh Muslim; 1584). Dalam hadis yang lain; "...jika berbeza jenis, juallah (mengikut timbangan) yang kamu kehendaki asalkan secara tunai" (Soheh Muslim; 1587).
Menurut jumhur ulamak (mazhab-mazhab empat); syarat di atas merangkumi juga pertukaran bagi emas/perak yang dijadikan perhiasan yakni yang telah direka-bentuk menjadi gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya.
Oleh demikian -merujuk kepada soalan-, jika emas lama itu hendak ditukar direct dengan emas baru, mesti dengan berat yang sama. Tidak harus dikenakan sebarang lebihan/tambahan -sama ada berupa emas juga atau berupa wang- kerana tambahan itu dianggap riba oleh Syarak (kerana pertukaran berlaku dengan yang sama jenis). Untuk mengelak riba ini, hendaklah pertukaran dibuat dengan wang terlebih dahulu (kerana jika pertukaran bukan dengan yang sama jenis, tidak disyaratkan sama timbangan sebagaimana yang dijelaskan tadi), iaitu emas lama dijual dulu dengan menerima RM (Ringgit malaysia), kemudian dengan RM yang diperolehi itu dibeli emas baru.
Segelintir ulamak (antaranya Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim) mengecualikan dua syarat tadi bagi emas/perak yang telah menjadi perhiasan. Menurut mereka; emas yang tertakluk dengan syarat-syarat tadi ialah emas dan perak yang menjadi mata-wang (yakni dinar atau dirham). Adapun emas yang direka-bentuk (menjadi perhiasan), ia bukan lagi mata-wang, akan tetapi telah menjadi barangan, maka tidak terikat lagi dengan syarat tadi.
Pandangan yang ditarjih oleh rata-rata ulamak hari ini ialah pandangan jumhur tadi.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. a-Muamalat al-Maliyah fi al-Fiqh al-Islami (Syeikh Diban bin Muhammad ad-Diban), hlm. 273-322.
2. Fiqh Muamalat Harta (Ahmad Adnan Fadzil), hlm. 119.

Muamalat (Harta),
riba
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Saturday, 7 July 2018
WAKAF WANG TUNAI
Soalan; ustaz, jika kita memberi wang dengan niat wakaf, iaitu wang itu dilaburkan, kemudian keuntungannya disalurkan kepada fakir miskin atau mana-mana pihak yang ditentukan pewakaf, adakah cara itu dibolehkan?
Jawapan;
Mewakafkan wang ada dua maksud;
1. Mewakafkan wang dengan maksud mewakilkan kepada pihak tertentu untuk membeli harta wakaf (tanah, bangunan dan sebagainya) bagi pihak kita. Bagi maksud pertama ini, hukumnya tidak ada khilaf di kalangan ulamak akan keharusannya kerana yang diwakafkan itu bukan wang tetapi aset yang dibeli dengan wang tersebut.
2. Mewakafkan wang dengan maksud ingin menjadikan wang itu sendiri sebagai aset wakaf. Wakaf wang bagi maksud kedua ini hari ini dikenali dengan 'wakaf tunai'. Tentang hukumnya, para fuqahak berbeza pandangan;
a) Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Hanafi dan Maliki) berpandangan; wakaf mata wang (dinar, dirham atau wang kertas) adalah tidak sah, kerana antara syarat sah wakaf ialah; harta wakaf hendaklah dari jenis yang boleh dimanfaatkan tanpa hilang/musnah bendanya apabila digunakan (seperti tanah, bangunan, kenderaan dan seumpamanya). Menurut jumhur ini; mata wang tidak memenuhi syarat tersebut kerana ia akan habis bila dibelanjakan, maka tidak sah untuk dijadikan harta wakaf.
b) Sebahagian ulamak (iaitu sebahagian ulamak mazhab Hanafi dan Maliki) berpandangan; dibolehkan wakaf mata wang, terutamanya jika wang itu dijadikan aset untuk dihutangi atau aset pelaburan. Imam al-Ansari (salah seorang ulamak mazhab Hanafi) bila ditanya; bagaimana caranya menjadikan mata wang sebagai wakaf? Beliau menjelaskan; iaitu mata wang itu diberikan sebagai aset mudarabah (pelaburan), kemudian disedekahkan kepada pihak yang diwakafkan untuknya (Hasyiyah Ibnu 'Abidin, 4/364).
Ulamak semasa hari ini ramai yang cenderung kepada pandangan kedua (iaitu yang membolehkannya). Antaranya, Prof. Dr. Ajil an-Nasymi (Ahli Mahlis Fatwa Kuwait) menegaskan; adalah harus mewakafkan mata wang dengan syarat digunakan dalam rupa seperti mudarabah (pelaburan), contohnya wang (wakaf) itu disimpan dalam bank yang menjalankan mudarabah, kemudian hasil dari keuntungan yang dikeluarkan oleh bank dibelanjakan untuk kebajikan-kebajikan (rujukan; laman rasmi beliau; http://www.dr-nashmi.com/).
Dalam Majallah al-Buhuth al-Islamiyah (yang dikeluarkan oleh Institusi Fatwa Arab Saudi) dinyatakan; (hukum mewakafkan mata wang dinar dan dirham); yang rajih dalam masalah ini ialah pandangan yang mengharuskannya jika ada tujuan tertentu yang diluluskan Syarak, seperti menjadikannya aset untuk dihutangi atau dijadikan aset mudarabah (pelaburan) (rujukan; Majallah al-Buhuth al-Islamiyah, bil. 77, tahun 1426/27H).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Mausu'ah Masail al-Jumhur (Dr. Muhammad Na'im Sa'ie), 2/594.
2. NU Menjawab Problematika Umat (Keputusan Bahtsul Masail PWNU Jawa Timur; 1991-2013), hlm. 120.
3. Laman Prof Dr. an-Nasymi (http://www.dr-nashmi.com/), ruang al-Fatawa, tajuk; (وقف مبلغ من المال).
4. Laman Fatwa Kerajaan Arab Saudi (http://www.alifta.net/); ruangan Majallah al-Buhuth al-Islamiah (bil. 77, tajuk; al-Waqf ala al-Quran).
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Thursday, 5 July 2018
HUKUM MENCIUM MUSHAF
Soalan; ustaz, mencium mushaf al-Quran, adakah bid'ah?
Jawapan;
Biasanya seorang muslim mencium mushaf adalah kerana membesarkannya, maka tujuan tersebut menepati sifat hati orang beriman yang disebut dalam firmanNya;
"Sesiapa mengagungkan syiar-syiar (tanda-tanda agama) Allah, maka ia adalah dari ketakwaan hatinya" (surah al-Hajj, ayat 32).
Ada riwayat menceritakan; Saidina 'Umar RA pernah mencium mushaf, lalu berkata 'Ini adalah perjanjian Tuhanku'. Perbuatan yang sama turut diriwayatkan dari Saidina 'Usman RA.
Diceritakan juga; Ikrimah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata; 'Kitab Tuhanku, Kitab Tuhanku' (at-Tibyan, Imam an-Nawawi).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Fatwa Dar al-Iftak Jordan, mufti; Syeikh Nuh Salman (https://www.aliftaa.jo/), no. fatwa; 2645.
2. at-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran (Imam an-Nawawi), hlm. 191 (Maktabah al-Muayyad).
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
PERLUKAH KITA MENCERCA SIAPA-SIAPA?
Dalam senarai larangan Nabi SAW, ada direkodkan sabda baginda; "Janganlah kamu mencela/mencerca syaitan. Berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya" (Mukhtasar Soheh al-Jami' as-Saghier (Imam as-Suyuti); 5290. Hadis hasan).
Syaitan yang begitu jahat dilarang kita mencelanya, maka apakah ada manusia yang lebih jahat dari syaitan untuk boleh kita mencelanya?
Pertanyaan itu membawa kita kepada satu lagi sabda baginda SAW; "Seorang mukmin tidak suka melaknat dan mencela, malah berkata-kata kesat" (Musnad Ahmad; 3839. Hadis soheh).
Patutlah di dalam al-Quran -dalam berdepan kutukan dan cercaan Musyrikin yang bertubi-tubi-, Allah tetap menyuruh NabiNya memaafkan mereka dan terus mengajak (berdakwah) tanpa menghirau reaksi dari kejahilan mereka.
"Maafkanlah (mereka), suruhlah (mereka) kepada makruf dan jangan dihirau (reaksi dari) orang-orang jahil itu" (surah al-A'raf, ayat 199).
Dari kita membazirkan perkataan-perkataan kita untuk mencerca, lebih baik kita gunakan untuk mengajak, menerang, menjelaskan dan memahamkan. Itu rasanya lebih memberi manfaat untuk kita, agama kita dan umat kita.
Label:
TAUJIHAT
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Wednesday, 4 July 2018
HAK ISTIMEWA
Ada orang menghabiskan masanya untuk memperjuangkan "hak istimewa", bagi bangsanya atau bagi umatnya. Dia menganggap bangsa/umatnya adalah bangsa/umat pilihan, lantas perlu diberi hak istimewa.
Dulu orang Yahudi dan Nasrani menganggap mereka bangsa istimewa, lalu menganggap syurga adalah mutlak untuk mereka walau apa saja perlakuan mereka. Lantas Allah menjawab: "Itu hanyalah angan-angan mereka" (surah al-Baqarah, ayat 112-113).

Al-Quran mengajar kita bahawa tidak ada bangsa istimewa. Semua dilayan sama oleh Allah, diberi sunnah hidup yang sama dan peluang kejayaan yang sama. Itulah keadilan Allah.
Di celah ribuan ayat al-Quran (6000 ayat lebih) terselit banyak rahsia sunnatulllah untuk individu/bangsa/umat berjaya, antaranya;
"Sesiapa berbuat kebaikan -sama ada dia lelaki atau wanita- di samping dia beriman, Kami (Allah) akan beri kehidupan yang baik untuknya, serta Kami balasi mereka dengan pahala terbaik bagi amal mereka" (surah an-Nahl, ayat 97).
"Allah tidak mengubah suatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" (ar-Ra'du, ayat 11).
"Allah sentiasa mengangkat orang-orang beriman dan orang yang diberi ilmu dengan darjat-darjat ketinggian" (surah al-Mujadiah, ayat 11)

"Kesudahan yang baik adalah milik orang-orang bertakwa" (surah al-A'raf, ayat 128).
"Kesudahan buruk adalah milik orang-orang yang berbuat kerosakan" (al-A'raf, ayat 103).
"Sesiapa tunduk kepada Allah dan berbuat kebajikan, maka untuknya ganjaran di sisi Allah, tiada kebimbangan menimpa mereka dan tidak mereka berdukacita" (surah al-Baqarah, ayat 112).
Marilah kita berusaha untuk kejayaan bangsa dan umat kita, bukan menuntutnya sahaja.
Marilah kita berusaha untuk kejayaan bangsa dan umat kita, bukan menuntutnya sahaja.
Label:
TAUJIHAT
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Tuesday, 3 July 2018
PANDUAN PERNIAGAAN ONLINE
Soalan; assalamu alaikum ustaz. Boleh ustaz berikan sedikit panduan kepada saya tentang perniagaan secara online. Saya berhasrat untuk menceburinya. Apa yang patut saya pastikan supaya jualan online saya menepati Syariat?
Jawapan;
Islam membuka ruang seluasnya untuk manusia mencipta kaedah baru atau menceburi kaedah-kaedah baru dalam urusan kehidupan mereka. Kerana itu, para fuqahak hari ini mensepakati satu prinsip dalam Syariat iaitu "Hukum asas bagi segala urusan keduniaan adalah harus (yakni dibolehkan) selama tidak ada padanya sebarang larangan Syarak". Dalam perniagaan, antara unsur yang dilarang Syarak ialah;
1. Menjual barang/produk yang ditegah Syariat atau yang memberi mudarat kepada manusia.
2. Gharar; iaitu ketidakjelasan dalam akad, yakni tidak dipastikan dengan betul status barang/produk yang dijual atau harganya atau kedua-dua sekali. Adanya unsur gharar ini akan memberi kerugian kepada mana-mana pihak yang berakad dan menimbulkan pertikaian nanti.
Dalam hadis, dinyatakan; "Nabi SAW menegah jual-beli secara gharar" (Musnad Ahmad; 2752. Abu Daud; 3376. Hadis soheh).
3. Penipuan; dalam segala bentuknya. Sabda Nabi SAW; "Sesiapa menipu, maka dia bukan dari kalanganku" (Soheh Muslim; 102).
4. Riba; khususnya bagi perniagaan emas, perak dan mata wang. Sabda Nabi SAW; "Allah melaknat pemakan riba dan pemberi makan riba" (Soheh al-Bukhari; 5962).
5. Mungkir janji. Sabda Nabi SAW; "Di antara tanda munafik ialah; bila berjanji, ia mungkiri" (Soheh al-Bukhari; 33).
Maka untuk mengelak bisnes online yang dijalankan terlibat dengan unsur-unsur di atas, hendaklah dipenuhi perkara-perkara berikut;
1. Barang/produk yang saudara tawarkan dalam talian itu hendaklah halal
2. Hendaklah dipastikan pembeli berpeluang mengetahui barang/produk yang ditawarkan dengan jelas (jenis dan ciri-cirinya, serta harganya, bayaran khidmat posnya) melalui keterangan bertulis, lebih baik lagi jika berserta gambar atau video penerangan yang mencukupi. Ini untuk memastikan pembeli tidak tersalah memilih barangan yang diminati.
3. Jangan menambah-nambah ciri yang tidak ada pada produk/barangan, kerana itu adalah penipuan. Pembeli berhak memulang barang/produk yang dibeli dan meminta kembali wangnya apabila menyedari ia ditipu.
4. Hendaklah sentiasa memastikan stok masih ada, untuk mengelak dari pembeli membayar untuk barang yang tidak ada, lalu penjual menyalahi hadis Nabi SAW; "Jangan kamu menjual apa yang tidak ada padamu".
5. Jika produk/barang hanya didapatkan apabila ada tempahan pembeli, hendaklah saudara berakad dengan pembeli secara akad SALAM (akad tempahan), iaitu mereka membayar bukan untuk membeli, akan tetapi untuk menempah dan wajib saudara memenuhi tempahan itu mengikut ciri-ciri barang yang ditempah dan dalam tempoh yang dijanjikan.
6. Di antara perkara penting dalam akad Syarak ialah ijab dan qabul, iaitu bahasa persetujuan dua pihak (penjual dan pembeli) untuk berakad jual-beli. Ijab dan qabul mesti jelas dan mesti sama. Bagi perniagaan secara online ini, ijab dan qabul berlaku secara bertulis. Maka perlu disediakan form (borang) untuk diisi oleh pembeli dan pihak saudara hendaklah memberi respon -secara bertulis juga atau melalui telefon- sebaik maklumat belian sampai kepada saudara dan dengan respon itu, akad dikira muktamad.
7. Hendaklah ditentukan kaedah pembayaran dari pembeli dan kaedah untuk saudara mengesahkan pembayaran benar dibuat atau tidak.
8. Saudara berkomitmen penuh untuk memenuhi janji kepada pelanggan dalam menentukan kualiti barang dan keselamatan barang hingga sampai kepada mereka. Saudara bukan sahaja bertindak sebagai penjual, tetapi juga sebagai wakil bagi pihak pelanggan bagi memastikan barang sampai kepada mereka seperti yang dijanjikan.
9. Pembeli diberi hak khiyar oleh Syarak apabila barang/produk sampai kepada mereka. Hak khiyar bermaksud; pilihan untuk membatalkan akad (dengan memulangkan barang dan menuntut kembali wang) jika mendapati ada kecacatan pada barang atau barang yang sampai berbeza dari yang dibeli/ditempah.
Begitulah beberapa panduan bagi saudara yang ingin menceburi perniagaan secara online. Mudah-mudahan perniagaan saudara dimajukan Allah berkat kepatuhan kepada Syariat.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. at-Tahzib fi Fiqh as-Syafiie (Imam al-Baghawi), 3/282-287.
2. Fatwa dalam laman (www.islamweb.net), fatwa no. 23846.
3. at-Tijarah al-Alatruniyah fi Dhau Ahkam as-Syariah (Dr. Husain Syahatah).
4. al-Masail al-Fiqhiyyah fi at-Ta'amulaat al-Iliktruniyah (Syeikh Hamzah Masyuqah), dalam laman Institusi Fatwa Jordan (https:www.aliftaa.jo), no. 1401.
5. Keputusan Majma' al-Fiqh al-Islami (no. 54/3/6), Sya'ban 1410 / Mac 1990 (di Jeddah).
6. Fiqh Mu'amalat Harta (Ahmad Adnan Fadzil).
Label:
Jual beli,
Muamalat (Harta),
perniagaan
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Saturday, 30 June 2018
ADAKAH HARUS BERPUASA ENAM SEBELUM PUASA QADHA RAMADHAN?
Soalan; ustaz, adakah boleh kita berpuasa enam sebelum mengqadha puasa Ramadhan yang tertinggal?
Jawapan;
Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie (seperti wanita yang kedatangan haid di bulan Ramadhan, berbuka kerana sakit, musafit dan sebagainya), harus baginya untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal, kemudian baru berpuasa qadha Ramadhan (sama ada dalam bulan Syamal atau selepasnya), kerana qadha Ramadhan baginya adalah wajib muwassa' iaitu kewajipan yang diberi tempoh masa yang panjang untuk melaksanakanya iaitu hingga sebelum menjelang Ramadhan tahun hadapan (lebih kurang 11 bulan), sedang puasa enam pula tempoh masanya pendek iaitu hanya dalam bulan Syawal sahaja.
Adapun orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada sebarang uzur Syar'ie (yakni meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran), wajib dia segera mengqadha puasanya sebaik selepas hari raya. Maka tidak harus dia berpuasa enam sebelum menyelesaikan puasa qadha.
Pandangan di atas adalah sebagaimana pandangan jumhur ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Syafiie). Ada juga ulamak (iaitu mazhab Hanbali) berpandangan; diharamkan berpuasa sunat (termasuk puasa enam) melainkan setelah menyelesai puasa qadha Ramadhan.
Walaupun harus (mengikut pandangan jumhur di atas), namun yang terbaik -jika mampu banyak berpuasa dalam bulan Syawal- ialah menyelesaikan dahulu puasa Qadha, baru diikuti dengan puasa enam. Jika tidak mampu, bolehlah berpuasa enam terlebih dahulu dan menganjak puasa qadha ke dalam bulan-bulan yang lain.
Untuk lebih jelas; baca jawapan berkaitan;
NIAT SEKALI; PUASA QADHA DAN PUASA SYAWAL
MENGHIMPUNKAN PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Fatwa Lujnah Fatwa Negara Jordan (http://aliftaa.jo), no. fatwa; 2958.
2. Fatwa Syeikh Khakid bin Abdullah al-Muslih (https://ar.islamway.net/fatwa/33660).
3. Fatwa Syeikh Khalid bin Abdul Mun'im ar-Rifa'ie (https://ar.islamway.net/fatwa/38703).

Puasa
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Friday, 29 June 2018
MENSETUBUHI ISTERI KETIKA HAID; ADAKAH DIKENAKAN DENDA/KAFFARAH?
Soalan; Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya macam mana cara bayar kaffarah bila suami berjimak ketika isteri dah kering haid tapi belum suci hadas besar?
Jawapan;
Sebahagian ulamak (antaranya Imam al-Auza'ie, Ishaq, Hasan Basri dan satu riwayat dari Imam Ahmad; dikenakan denda di samping taubat. Namun mereka berikhtilaf tentang bentuk denda;
- Menurut Imam al-Auza'ie, Ishaq dan Ahmad; membayar 1 atau 1/2 dinar.
- Menurut Imam Hasan Basri; membebaskan hamba atau menyebelih unta atau memberi makan 20 gantang.
- Menurut Said bin Jubair; membebaskan hamba.
Jika darah haid telah kering, namun belum mandi hadas, adakah boleh disetubuhi? Jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki, Syafiie dan Hanbali) berpandangan; haram disetubuhi selagi belum mandi. Ada ulamak berpandangan (antaranya Imam Daud az-Zahiri); halal disetubuhi jika telah menyucikan farajnya sekalipun belum mandi. Menurut Imam Abu Hanifah; jika haidnya kering setelah melepasi tempoh haid terpandang (iaitu 10 hari menurut beliau), halal disetubuhi sekalipun belum lagi mandi hadas.
Larangan mensetubuhi isteri yang sedang haid adalah hukum qat'ie dari al-Quran, iaitu firman Allah (bermaksud);
1. Mausu'ah Masail al-Jumhur (Dr. Muhammad Na'im Sa'ie), 1/108 dan 109.
2. Tafsir Ibnu Kathir; surah al-Baqarah, ayat 222.
Jawapan;
Diharamkan mensetubuhi isteri ketika dalam haid, sehinggalah kering/tamat haidnya dan ia mandi hadas. Sekelian ulamak menegaskan; perbuatan mensetubuhi isteri dalam haid adalah besar. Pelakukanya wajib bertaubat kepada Allah.
Adakah dikenakan kaffarah/denda tertentu? Menurut jumhur/majoriti ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Maliki, pandangan yang masyhur dalam mazhab Syafiie dan satu riwayat dari Imam Ahmad); tidak dikenakan sebarang kaffarah/denda tertentu. Hanya bertaubat sahaja.
Sebahagian ulamak (antaranya Imam al-Auza'ie, Ishaq, Hasan Basri dan satu riwayat dari Imam Ahmad; dikenakan denda di samping taubat. Namun mereka berikhtilaf tentang bentuk denda;
- Menurut Imam al-Auza'ie, Ishaq dan Ahmad; membayar 1 atau 1/2 dinar.
- Menurut Imam Hasan Basri; membebaskan hamba atau menyebelih unta atau memberi makan 20 gantang.
- Menurut Said bin Jubair; membebaskan hamba.
Jika darah haid telah kering, namun belum mandi hadas, adakah boleh disetubuhi? Jumhur ulamak (iaitu mazhab Maliki, Syafiie dan Hanbali) berpandangan; haram disetubuhi selagi belum mandi. Ada ulamak berpandangan (antaranya Imam Daud az-Zahiri); halal disetubuhi jika telah menyucikan farajnya sekalipun belum mandi. Menurut Imam Abu Hanifah; jika haidnya kering setelah melepasi tempoh haid terpandang (iaitu 10 hari menurut beliau), halal disetubuhi sekalipun belum lagi mandi hadas.
Larangan mensetubuhi isteri yang sedang haid adalah hukum qat'ie dari al-Quran, iaitu firman Allah (bermaksud);
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad SAW) tentang haid. Katakanlah: 'Haid itu adalah kotoran'. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid (yakni jangan mensetubuhi mereka); dan janganlah kamu mendekati (mensetubhi) mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri" (surah al-Baqarah, ayat 222).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Mausu'ah Masail al-Jumhur (Dr. Muhammad Na'im Sa'ie), 1/108 dan 109.
2. Tafsir Ibnu Kathir; surah al-Baqarah, ayat 222.
Label:
Toharah
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
MENDENGAR AZAN KETIKA SEDANG SAHUR, BOLEHKAH TERUS MAKAN?
Soalan; kalau sedang makan sahur, lepas tu bunyi azan, boeh kah kita terus habiskan makanan tu? Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan.
Jawapan;
Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu.
Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud).
Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda;
"Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan)" (HR al-Bukhari dan Muslim).
Rujukan;
1. A - Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya, hlm. 72.
Jawapan;
Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu.
Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud).
Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda;
"Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan)" (HR al-Bukhari dan Muslim).
Rujukan;
1. A - Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya, hlm. 72.
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Sunday, 24 June 2018
MENGAMBIL WUDHUK DENGAN MENCELUP TANGAN KE DALAM BEKAS AIR
Soalan; saya melihat ada orang mengambil wudhuk dengan
mencelup tangannya ke dalam bekas air yang kecil (timba, cebok, gayung dan
sebagainya). Adakah sah wudhuknya? Tidakkah air itu akan menjadi musta’mal?
Jawapan;
1. Mengambil wudhuk dengan
mencebuk air dengan tapak tangan dari bekas air itulah cara wudhuk Nabi SAW.
Cara itulah yang terbaik jika dapat dipraktikkan kerana ia paling menjimatkan
air.
Para sahabat (antaranya
Saidina ‘Usman RA, Abdullah bin Zaid RA, Ibnu ‘Abbas RA dan sebagainya)
menceritakan; Nabi SAW semasa mengambil wudhuk, baginda akan bermula dengan menuang
air (dari bekas) untuk membasuh tangannya tiga kali, kemudian baginda akan mencebuk air dari bekas dengan tangan kanannya
(atau kedua tangannya) untuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung, membasuh
muka, tangan hingga siku, kepala dan kaki, yakni bagi setiap anggota wudhuk
cebukan air berasingan (Soheh al-Bukhari; 159, 164. 186. Muslim; 226, 235).
2. Kebanyakan ulamak
mazhab Syafiie memfatwakan; hendaklah disertakan niat Ightiraf ketika
mencebuk dengan tangan itu untuk mengelak air dalam bekas kecil menjadi musta’mal.
Menurut mazhab Syafiie dan Ahmad; air musta’mal tidak lagi sah digunakan untuk bersuci.
Niat I’tiraf ialah meniatkan tangan sebagai pencebuk atau pemindah air. Cukup niat
itu hadir dalam hati sahaja, tidak perlu dilafazkan (lihat; Nihayah al-Muhtaj
dan Mughni al-Muhtaj).
Namun ada juga ulamak mazhab
Syafiie (antaranya Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Imam Ibnu al-Attar) berpandangan;
tidak perlu niat ightiraf itu,
kerana tidak ada sahabat menceritakan Nabi SAW melakukannya atau menyuruhnya
(lihat; Fathul Bari dan Al-‘Uddah).
3. Bagi jumhur Fuqahak
(antaranya Imam Malik, az-Zuhri, al-Auza’ie, Abu Tsur dan Imam Daud) yang
berpandangan; air musta’mal masih sah digunakan untuk menyucikan hadas, perbahasan
tentang niat ightiraf tadi tidak timbul.
4. Walaupun kita
menyatakan cara Nabi itu adalah terbaik, tidaklah bermakna kita berpandangan; mengambil
wudhuk terus dari pili tidak baik dan dilarang. Tidak dinafikan bahawa
mengambil terus dari pili/paip lebih mudah bagi orang hari ini. Namun hendaklah
elak pembaziran air, iaitu dengan mengecil air yang keluar; sekadar yang
diperlukan sahaja.
Sentiasalah ingat bahawa
Nabi SAW hanya menggunakan satu cupak air sahaja untuk wudhuknya (Soheh
al-Bukhari; 201. Muslim; 325). Iaitu lebih kurang 1 liter air.
Rujukan;
1. Tuhfah al-Muhtaj (Imam Ibnu Hajar
al-Haitami), 1/70.
2. Mughni al-Muhtaj (Imam al-Khatib
as-Syirbini), 1/124.
3. Fathul Bari (Imam Ibnu Hajar
al-Asqalani), 1/269.
4. Syarah Soheh Muslim (Imam
an-Nawawi), 3/125.
5. Al-‘Uddah syarh ‘Umdatil Ahkam
(Imam Ibnu al-Attar), 1/93 dan 99.
6. Mausu’ah Masail al-Jumhur (Dr.
Muhammad Na’im Sa’ie), 1/40.
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Friday, 22 June 2018
KENDURI NIKAH, KENDURI KHATAN, KENDURI KESYUKURAN, KENDURI AKIKAH, KENDURI KESYUKURAN, JAMUAN HARI RAYA; adakah semua disyariatkan?
Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam?
Jawapan;
1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin);
"Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492).
Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu.
Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri (nikah), maka ia engkar kepada Allah dan RasulNya" (Soheh al-Bukhari; 5177. Muslim; 3521). Namun sebahagian ulamak berpandangan; tidaklah wajib, hanya sunat sahaja memenuhinya.
2. Adapun kenduri-kenduri yang lain (kenduri aqiqah, kenduri khatan, kenduri kesyukuran, jamuan hari raya dan sebagainya) tidaklah disuruh agama, namun jika dilakukan tidak pula dilarang agama, bahkan mendapat pahala jika dengan niat yang baik, kerana memberi makan orang lain secara umumnya amat digalakkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Sabda Nabi SAW; "Tiga perkara dapat mengangkat darjat; memberi salam, menjamu makan (orang lain) dan bangun solat malam" (Sunan at-Tirmizi; 3233. Hadis soheh).
"Sembahlah Tuhan ar-Rahman, jamulah makan dan berilah salam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera" (Sunan at-Tirmizi; 1855).
Menurut pengarang Tuhfah al-Ahwazi; 'menjamu makan' sama ada atas nama sedekah (iaitu menjamu orang miskin) atau hadiah (iaitu menjamu untuk mengeratkan kasih sayang) atau dhiyafah (menjamu tetamu), semuanya masuk dalam pengertian hadis tersebut (5/269, syarah hadis no. 1854).
Paling digalakkan ialah memberi makan orang yang memerlukan (orang miskin, penuntut-penuntut ilmu, gelandangan, tetamu dari luar, musafir/pengembara dan sebagainya). Allah berfirman;
"Namun manusia enggan menempuh jalan kesulitan (yang mengangkat darjatnya di akhirat)....iaitu memerdekan hamba, atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim yang karib, atau orang miskin yang terdampar..." (surah al-Balad, ayat 11-16).
3. Menurut mazhab Syafiie; kenduri-kenduri lain -selain kenduri nikah- hukum melakukannya adalah mustahabbah (digalakkan), namun tidaklah sekuat galakan kepada kenduri nikah. Memenuhi jemputan kenduri selain kenduri nikah itu juga mustahabbah (digalakkan menghadirinya), kerana Nabi SAW bersabda;
"Jika aku dijemput kepada suatu kenduri, pasti aku akan menghadirinya sekalipun yang dihidangkan hanya kaki kambing" (Soheh al-Bukhari; 2568).
Sedia diketahui, Islam amat membenci sifat berlebihan, membazir dan menunjuk-nunjuk. Maka dalam berkenduri, hendaklah dijauhi unsur-unsur yang dibenci Allah itu.
"Makanlah, serta minumlah, dan juga pula kamu melampau, kerana sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau" (surah al-A'raf, ayat 21).
Rujukan;
1. Kifayatul Akhyar (Imam Taqiyyuddin al-Husni), hlm. 373.
2. ad-Darari al-Mudhiyyah (Imam Muhammad bin 'Ali as-Syaukani), hlm. 580.
3. Tuhfah al-Ahwazi (Imam Muhammad bin Abdurrahman al-Mubarakfuri), 5/269.

kenduri,
makanan,
Muamalat (Harta),
sedekah
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Wednesday, 20 June 2018
KEPULANGAN
Setiap kali hari raya, kita akan pulang. Pulang ke daerah asal kita atau pulang ke pangkuan keluarga yang melahirkan kita. Namun jangan kita lupa kepulangan terakhir kita, iaitu pulang bertemu Pencipta kita (Allah).
Benarkah kita akan pulang bertemu Allah? Dalam hati seorang muslim, soalan ini tidak timbul lagi, kerana al-Quran yang diyakininya berulang kali menyebutkan bahawa manusia setelah mati nanti akan dihidupkan kembali dan akan di bawa mengadap Allah;
"Bagaimana kamu tergamak untuk engkar kepada Allah, sedangkan kamu dulunya mati (tiada), lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kembali kamu, akhirnya kepadaNya kamu dikembalikan" (surah al-Baqarah, ayat 28).
Al-Quran menjelaskan juga; saat manusia menghadap Allah nanti, hanya orang-orang yang pulang dengan hati yang bersih sahaja akan disambut kepulangannya oleh Allah;
"Hari kebangkitan nanti tidak berguna segala harta benda dan anak pihak, melainkan orang yang pulang ke hadirat Allah dengan hati yang bersih" (surah as-Syu'ara, ayat 88-89).
Maka, cabaran kita untuk bertemu Allah bukanlah tubuh dan harta, akan tetapi hati. Untuk kesejahteraan dunia kita, jagalah tubuh dan carilah harta (kerana tanpa tubuh yang sihat dan harta/wang yang cukup, sukar untuk kita bahagia di dunia). Namun untuk akhirat kita, jagalah hati.
Alangkah bahagianya kita di akhirat tatkala Allah berkata kepada kita;
"Wahai jiwa yang tenang (suci), pulanglah kamu kepada TuhanMu redha dan diredhai. Maka masuklah kamu ke dalam kalangan hamba-hambaKu dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu" (surah al-Fajt, ayat 27-30).
Benarkah kita akan pulang bertemu Allah? Dalam hati seorang muslim, soalan ini tidak timbul lagi, kerana al-Quran yang diyakininya berulang kali menyebutkan bahawa manusia setelah mati nanti akan dihidupkan kembali dan akan di bawa mengadap Allah;
"Bagaimana kamu tergamak untuk engkar kepada Allah, sedangkan kamu dulunya mati (tiada), lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kembali kamu, akhirnya kepadaNya kamu dikembalikan" (surah al-Baqarah, ayat 28).
Al-Quran menjelaskan juga; saat manusia menghadap Allah nanti, hanya orang-orang yang pulang dengan hati yang bersih sahaja akan disambut kepulangannya oleh Allah;
"Hari kebangkitan nanti tidak berguna segala harta benda dan anak pihak, melainkan orang yang pulang ke hadirat Allah dengan hati yang bersih" (surah as-Syu'ara, ayat 88-89).
Maka, cabaran kita untuk bertemu Allah bukanlah tubuh dan harta, akan tetapi hati. Untuk kesejahteraan dunia kita, jagalah tubuh dan carilah harta (kerana tanpa tubuh yang sihat dan harta/wang yang cukup, sukar untuk kita bahagia di dunia). Namun untuk akhirat kita, jagalah hati.
Alangkah bahagianya kita di akhirat tatkala Allah berkata kepada kita;
"Wahai jiwa yang tenang (suci), pulanglah kamu kepada TuhanMu redha dan diredhai. Maka masuklah kamu ke dalam kalangan hamba-hambaKu dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu" (surah al-Fajt, ayat 27-30).
Label:
TAUJIHAT
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Tuesday, 12 June 2018
KEDUDUKAN SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA
Soalan; Assalamualaikum Ustaz mohon beri sedikit pencerahan berkenaan hukum solat jumaat bila hari raya jatuh hari jumat?
Jawapan;
Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah tersebut;
1) Menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad (Hanbali); apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, gugur kewajipan jumaat dari keseluruhan lelaki yang telah menghadiri solat hari raya sama ada mereka masyarakat tempatan (yakni yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat) atau dari pedalaman (yakni tinggal di luar kawasan jumaat). Jadi yang wajib ke atas mereka semua ialah melakukan solat zohor menggantikan jumaat.
Mereka berdalilkan hadis dari Zaid bin Arqam RA yang menceritakan; "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi SAW -yang kebetulan jatuh pada hari jumaat-, maka baginda memberi kelonggaran kepada solat jumaat, di mana baginda berkata; "Sesiapa ingin melakukan solat jumaat, lakukanlah" (HR Abu Daud (1070) dan Ibnu Majah (1310) dengan sanad yang baik (al-Majmu'; 5/559).
Dalam hadis lain, baginda bersabda; "Telah berhimpun pada hari ini dua raya (yakni raya 'ied dan raya jumaat), maka sesiapa ingin (untuk tidak menghadiri jumaat), maka solat hari rayanya mencukupi sebagai ganti jumaatnya. Adapun kami, maka kami tetap akan melakukannya" (Sunan Abu Daud; 1073, . Sunan Ibnu Majah; 1311, 1312. Hadis jayyid biyawahidihi).
2) Menurut mazhab Hanafi; tidak gugur jumaat dari keseluruhan mereka (yakni masyarakat tempatan dan yang dari pedalaman), yakni walaupun mereka telah menghadiri solat hari raya pada paginya, wajib pula menghadiri solat jumaat pada tengaharinya kerana solat jumaat adalah ibadat yang berbeza dari solat hari raya di mana ia adalah wajib, sedang solat hari raya sunat sahaja.
3) Menurut mazhab Syafiie; kewajipan solat jumaat yang jatuh pada hari raya hanya gugur dari orang pedalaman sahaja, yakni apabila mereka telah menghadiri solat hari raya pada paginya, tidak wajib lagi mereka menghadiri solat jumaat pada tengaharinya, kerana (pada zaman dahulu) menimbulkan kesukaran untuk berulang alik dua kali dari pedalaman ke kota. Adapun bagi masyarakat tempatan (yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat), kewajipan solat jumaat tidak gugur dari mereka, yakni wajib mereka menghadiri solat jumaat sekalipun pada paginya mereka telah menghadiri solat hari raya serta khutbahnya.
Mazhab Syafiie berdalilkan hadis dalam Soheh al-Bukhari yang menceritakan; pada zaman Saidina Usman RA pernah hari raya jatuh pada hari jumaat, maka beliau berkata dalam khutbahnya; "Wahai hadirin sekelian, telah berhimpun dua raya pada hari kamu ini (yakni raya 'ied dan raya jumaat), maka sesiapa dari kamu yang datang dari kampung/pedalaman yang ingin menunggu solat jumaat, silakanlah. Sesiapa yang ingin pulang, silakanlah. Aku mengizinkannya untuk kamu" (Soheh al-Bukhari; 5572).
Kesimpulannya, melihat kepada realiti hari ini, hanya ada dua pandangan bagi masalah tersebut;
1) Pandangan pertama (mazhab Hanbali); gugur solat jumaat bagi orang yang telah menghadiri solat hari raya.
2) Pandangan kedua (jumhur ulamak; antaranya mazhab Hanafi dan Syafiie); kewajipan solat jumaat tidak gugur sekalipun solat hari raya dihadiri. Adapun pembahagian penduduk tempatan dan dari pedalaman (yang disebut mazhab Syafiie), pembahagian itu tidak wujud lagi hari ini, kerana ketika ini masjid jumaat wujud dalam setiap qariah (meliputi bandar, pekan dan kampung/pedalaman).
Rujukan;
1. al-Majmuk (Imam an-Nawawi); 5/557-560.
2. Mausu'ah Masail al-Jumhur (Dr. Muhammad Na'im Sa'ie), 1/222.
3. Fahul Bari (Imam Ibnu Hajar al-Asqalani), 11/114.
4. 'Aunul Ma'bud (al-Allamah Muhammad Syamsul Haqq al-Azim Abadi), 2/429.
5. as-Syarh al-Kabir (Imam Ibnu Qudamah), 2/194.
6. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami (Dr. Wahbah az-Zuhaili), 1/256.
7. Rahmatul Ummah (Syeikh Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi), hlm. 54.
Label:
IBADAT,
Solat,
Solat Jumaat
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Monday, 11 June 2018
PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH DENGAN SEMPURNA
1. Zakat fitrah hendaklah diberikan kepada fakir/miskin kerana terdapat arahan dari Nabi SAW supaya kita membantu mencukupkan keperluan mereka pada hari
raya. Ibnu 'Umar RA menceritakan; Nabi SAW telah
mewajibkan zakat fitrah ke atas kami dan baginda berpesan;
أَغْنُوهُمْ فِي هَذَا الْيَوْمِ
“Cukupkanlah mereka (yakni
orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)” (Sunan ad-Daruqutni; 2133. Sunan al-Baihaqi; 3799).
Dalam hadis lain dinyatakan; "Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang berpuasa dan makanan bagi orang miskin" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah, dari Ibnu 'Abbas RA. Nailul Autar; 1623).
2. Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad dari makanan asas (iaitu beras bagi penduduk Malaysia), iaitu kira-kira 2600 gram (2.6 kg). Boleh digantikan dengan wang senilai dengannya (berpegang kepada mazhab Hanafi).
3. Seorang yang telah berkeluarga wajib membayar zakat fitrah bagi dirinya dan semua orang yang berada di bawah tanggungannya. Jika tidak cukup kemampuan, hendaklah membayar sekadar kemampuan dengan mendahulukan zakat bagi diri sendiri, diikuti bagi isteri dan berikutnya bagi anak yang masih kecil, seterusnya bapa, ibu dan anak dewasa.
4. Dibolehkan membayar sendiri zakat kepada orang-orang yang berhak (fakir/miskin) atau melalui wakil yang dipercayai (Baitul Mail dan sebagainya) yang menyampaikannya kepada mereka.
5. Memberi zakat fitrah kepada kaum kerabat adalah lebih utama (dari memberi kepada orang
lain) dengan syarat mereka fakir/miskin.
Maksud kaum kerabat di sini
ialah saudara-mara yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka iaitu
saudara-saudara (adik, abang atau kakak), anak-anak saudara, bapa-bapa saudara,
ibu-ibu saudara, sepupu dan sebagainya. Adapun kaum kerabat (atau ahli
keluarga) yang wajib kita menanggung nafkah mereka (iaitu isteri, anak/cucu (yang masih kecil),
bapa/ibu/datuk (yang tak mampu) tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka.
6. Dibolehkan memberi kepada seorang fakir
sahaja (sekalipun zakat lebih dari satu) dan boleh juga kepada ramai fakir jika zakat kita banyak dan boleh
menampung lebih dari seorang fakir.
7. Zakat fitrah adalah ibadah, maka wajib berniat. Sabda Nabi SAW; "Segala amalan (hanya sah dan dikira) berdasarkan niat" (HR al-Bukhari dan Muslim). Memadai berniat dalam hati bahawa apa yang diberikan kepada fakir/miskin itu adalah zakat. Tidak wajib melafazkan niat (hanya sunat sahaja menurut mazhab Syafiie).
8. Zakat fitrah hendaklah ditunaikan sebelum solat hari raya. Sabda Nabi SAW; "Sesiapa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya, maka zakatnya diterima. Sesiapa menunaikannnya selepas solat hari raya, ia hanya menjadi sedekah biasa" (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim. Bulughul Maram; 586).
Rujukan;
1. al-Mufassal (Dr. Abdul Karim Zaidan).
2. al-Fiqh al-Islami (Dr. Wahbah az-Zuhaili).
3. Fiqh az-Zakah (Dr. Yusuf al-Qaradhawi)
4. A-Z Solal Jawab Puasa, Solat Terawih, Zakat Fitrah (Ustaz Ahmad Adnan Fadzil).
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
SALING MENGHORMATI

Wednesday, 6 June 2018
WALAK KOSONG & WALAK BERISI
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
"Orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sesama mereka adalah wali (penolong)antara satu sama lain. Mereka menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munkar, mereka mendirikan solat, mereka menunaikan zakat, serta mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan dirahmati oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana" (Surah at-Taubah, ayat 71-72).
Ayat di atas menyebutkan tentang walak (kata akar bagi perkataan 'wali' atau 'auliya' dalam ayat itu). Walaupun dari terjemahan tersebut, walak seolah memberi makna 'saling tolong-menolong', namun sebenarnya perkataan walak boleh diterjemahkan lebih luas dari itu. Mungkin terjemahan paling menyeluruh ialah 'kesetiaan', yakni sesama orang beriman hendaklah mempunyai kesetiaan di antara satu sama lain, iaitu satu ikatan janji setia yang mengikat antara mereka satu sama lain.
Namun kesetiaan itu bukanlah kesetiaan kosong, sebaliknya perlu diisi dengan tanggungjawab yang mesti dipikul secara bersama antara satu sama lain dengan penuh kesungguhan;
1. Tanggungjawab menyeru manusia kepada makruf (yakni segala kebaikan dan kelurusan yang perlu disemai dalam masyarakat)
2. Tanggungjawab mencegah munkar (yakni menentang segala bentuk kejahatan dan penyelewengan dalam masyarakat)
3. Setia mendirikan solat; sebagai tanda hubungan kerohanian yang erat dengan Tuhan Pencipta
4. Setia menunaikan zakat; sebagai tanda kepedulian kepada golongan marhean (yakni memberi sumbangan walau kadar minima untuk membela nasib golongan lemah yang perlu dibela)
5. Setia mentaati Allah dan Rasul; tanda komitmen kepada suruhan al-Quran dan as-Sunnah
Walak (kesetiaan) tanpa fungsi-fungsi di atas, itulah yang dinamakan walak kosong. Walak kosong tidak akan berjaya meraih janji Allah di hujung ayat tersebut iaitu "rahmat Allah" (kasih sayang dari Allah), kerana janji Allah tersebut diikat dengan fungsi-fungsi sebelumnya.
Lebih buruk lagi jika kesetiaan terbina di atas dasar al-dzulm (kezaliman), iaitu berjanji setia untuk membolot hak untuk diri sendiri dengan menafikan hak orang lain yang berhak atau menindas mereka. Janji setia sebegitu tidak ada di dalam Islam sekalipun bersama dalam keimanan. Ia seumpama walak (kesetiaan) bangsa Yahudi untuk menindas bangsa-bangsa yang lain atas dasar mereka adalah bangsa pilihan Allah. Walak sedemikian dipanggil oleh Nabi SAW dengan 'asobiyah dan baginda menafikannya dari ajaran baginda;
"Bukan dari kami orang yang yang menyeru kepada 'asobiyah. Bukan dari kami orang yang memperjuangkan asobiyah dan bukan dari kami orang yang mati atas asobiyah". Bila ditanya kepada baginda; apa itu asobiyah? baginda menjawab; "Kamu membantu kaummu di atas kezaliman" (Sunan Abu Daud; 5121, 5119).
Label:
TAUJIHAT
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Tuesday, 5 June 2018
4 FAEDAH MENTADABBUR AL-QURAN
Allah berfirman; "Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan padanya. Dan sesungguhnya al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya dan Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui" (surah an-Naml, ayat 76-78).
Merenung ayat-ayat ini kita mendapati ada tiga faedah yang bakal diperolehi oleh orang yang mentadabbur al-Quran;
1. Dapat mengetahui apa yang benar dari perkara yang diperselisihkan manusia hari ini,
2. Mendapat hidayah/petunjuk dari Allah
3. Memperolehi rahmat (kasih sayang) Allah
4. Mendapat keselamatan di akhirat ketika manusia diadili Allah.
Label:
TAUJIHAT
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997).
Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004).
Bergiat sepenuh masa dalam penulisan buku2 agama. Kini salah seorang penulis Telaga Biru Sdn Bhd. Telah menghasilkan lebih 30 buah buku yang diterbitkan.
Imam dan Mu'allim di Musholla al-'Abidin, Tambun Tulang, Perlis.
Penceramah di masjid2, surau dan markas2 di Negeri Perlis.
Pengendali laman soal-jawab agama; www.ilmudanulamak.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)