Ahad, 6 September 2009

MEMASUKKAN JARI KE DALAM PUSAT; ADAKAH BATAL PUASA?

Soalan;

assalamualaikum ustaz, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih

Jawapan;

Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie).

Wallahu a'lam.

6 ulasan:

pecinta_Islam berkata...

menarik blog ustaz ni..senang orng nk bwt rujukan..hehe..sy prnh dngr pendapat dr tuan guru nik abdul aziz suatu ketika dahulu..menurutnyya pusat tidak termasuk dalam rongga dalam yg boleh membatalkan puasa..saya bangga dngn ustaz..teruskan berdakwah demi islam
:)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wrt wbrt

ustaz, saya betul2 berharap ustaz dapat perjelaskan. apakah sebenarnya mengadu domba yg dilarang dalam islam terutama yang sering diperkatakan berkaitan isteri terhadap suami.

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualiakum Ustaz apakah hukumnya pergi bersalin di Hospital? Ini adalah kebanyakkan doktor perbidanan adalah lelaki dan kafir dan isteri kita terpaksa menunjukkan farajnya di hadapan doktor lelaki. Apakah hukumnya? pakah implikasi sosial yang akan berlaku? Bagaimana isteri kita nanti dengan masyarakat sedangngkan ia tak redha perlakuan terasebut? Bagaimana hendak menjaga maruah isteri kita?

Muhammad berkata...

Akhir Wasiat Nabi Muhammad saw kepada Umatnya : http://wp.me/piAx4-16c

Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu : http://wp.me/piAx4-16s

Zikir serta doa qunut bukan satu perbuatan bidaah : http://wp.me/piAx4-16o

Tabung Khas Bantuan Pondok Lubuk Tapah : http://wp.me/piAx4-16e

Majlis Ta'lim pimpinan al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid : http://wp.me/piAx4-15U

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167


Pengajian Kitab 40 Hadits Penawar Hati oleh Syaikh ahmad Fahmi : http://wp.me/piAx4-169

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz,
Mintak bantuan untuk menjawab kemusykilan saya.
Isteri saya ada mengambil inplano untuk mencegah kehamilan.
Sejak memakai inplano ni, haid isteri saya agak tidak menentu.
Waktu suci dan kotornya menjadi kucar kacir.
Sebagai contoh :
isteri saya telah datang haid selama 7 hari kemudian dia suci selama 2 hari.
Melakukan solat seperti biasa tetapi datang kembali haid, sehingga kini sudah
masuk hari ke 7.
Persoalannya :
1) Dari tempoh bilakah waktu haid itu sebenarnya dikira ?
sekiranya waktu suci itu tidak dikira, maka jumlah hari haid ialah 16 ( 7 + 2 + 7)
sekiranya waktu 2 hari antaranya dikira hari suci maka jumlah hari haid terkini 7
2) Adakah 7 hari selepas waktu suci itu tidak dikira haid disebabkan keluarnya darah itu
dipengaruhi inplano yang mengubah horman wanita tersebut ?
Mintak kerjasama ustaz utk jelaskan waktu kotor dan suci ini disebabkan ketidaktentuan
kedatangan haid disebabkan penggunaan ubatan seperti inplano ini.
Wassalamualaikum w.b.t

ramlan arshad berkata...

salam...ust mengatakan jika seseorang itu ingin memberikan projek dan die meminta 20% dari projek itu adalah rasuah tetapi bagaimana jika si pemeberi projek terpaksa melalui proses di dalam pemilihan itu di mana die terpaksa bekerja untuk memeriksa kualiti dan membuat presentation dan pengarah sendiri yang akan menentukan siapa yang dapat projek itu..satu lagi seorg yg buat sales diberi komisyen jika dia mendapat sales adakah ini juga rasuah dan haram sedangkan salesman tadi berusaha untuk meyakinkan pelanggan seperti mana si pemberi projek tadi yang berusaha meyakinkan pengarah kepada siapa perlu beri projek itu..adakah kerja mereka ini tidak perlu di bayar..sedangkan ada hadith nabi yang mengatakan bayarla upah sebelum peluhnya kering..minta ustaz jelaskan..supaya masyrakat tidak keliru antara rasuah dan komisyen...

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...