Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Doa

CARA SEBENAR TAWASSUL?

Soalan: apakah cara sebenar bertawassul? JAWAPAN; Tawassul bermaksud mengambil/melalui wasilah (jalan untuk mendekatkan diri) kepada Allah. Makna ini merujuk kepada firman Allah; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُواْ فِي سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan yang mendekatkan diri) kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan” (surah al-Maidah, ayat 35). Menurut Imam al-Suyuti; wasilah itu ialah ketaatan kepada Allah (Tafsir al-Jalalain). Menurut Imam al-Raghib al-Asbahani; hakikat wasilah ialah jalan yang mendekatkan kita kepada Allah melalui ilmu, ibadah dan menjaga akhlak mulia (al-Mufradaat, hlm. 871). Selain itu, tawassul juga dimaksudkan mencari suatu wasilah (jalan) agar doa segera dimustajabkan Allah. Bertawassul dalam pengertian ini merangkumi; a) Bertawassul dengan nama-nama Allah b) Bertawassul dengan a...

MENGANGKAT TANGAN KETIKA KHATIB BERDOA DALAM KHUTBAH JUMAAT

Soalan; saya ada mendengar seorang ustaz berkata; mengangkat tangan ketika khatib berdoa dalam khutbah adalah bid'ah dan dicela oleh sahabat Nabi RA. Betulkah, ustaz? Jawapan; Ustaz tersebut mungkin merujuk kepada hadis dari Hushain bin Abdirrahman yang menceritakan; Aku berada di sebelah Umarah bin Ruaibah RA (seorang sahabat Nabi SAW) ketika Bisyr bin Marwan sedang berkhutbah. Ketika berdoa, Bisyr mengangkat dua tangannya. Lantas 'Umarah RA berkata; 'Semoga Allah mencela dua tangannya itu. Sesungguhnya aku telah menyaksikan Rasulullah SAW (berkhutbah) di mana baginda tidak pernah melebihi dari sekadar mengisyaratkan dengan tangannya seperti ini', sambil dia menunjukkan dengan jari telunjukkannya (Musnad Ahmad; 17224. Soheh Muslim; 874/53). Namun jika kita perhatikan, yang dicela oleh 'Umarah RA adalah khatib yang berkhutbah. Kerana itu berdalilkan hadis tersebut, para ulamak -antaranya Imam an-Nawawi- menegaskan; Yang menjadi sunnah bagi khatib ialah t...