Soalan; uztaz, saya perhatikan ramai yang hadir Jumaat di hujung-hujung khutbah, jadi mereka tidak sempat mendengar khutbah, kalau dengar pun sedikit sahaja. Apa jadi pada solat jumaat mereka? Jawapan; Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan orang beriman (khususkan kaum lelaki) agar segera menuju ke masjid untuk mendengar khutbah apabila sahaja mendengar seruan azan untuk solat jumaat. Mereka dikehendaki meninggalkan segala urusan mereka (jual-beli dan sebagainya). Setelah selesai solat jumaat, mereka boleh kembali kepada urusan mereka. Firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ "Wahai orang-orang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, hendaklah kamu segera untuk mengingati Allah dan tinggalkanllah jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Kemudian apabila selesai sola...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.