Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TAUJIHAT

PERLUKAH KITA MENCERCA SIAPA-SIAPA?

Dalam senarai larangan Nabi SAW, ada direkodkan sabda baginda; "Janganlah kamu mencela/mencerca syaitan. Berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya" (Mukhtasar Soheh al-Jami' as-Saghier (Imam as-Suyuti); 5290. Hadis hasan). Syaitan yang begitu jahat dilarang kita mencelanya, maka apakah ada manusia yang lebih jahat dari syaitan untuk boleh kita mencelanya? Pertanyaan itu membawa kita kepada satu lagi sabda baginda SAW; "Seorang mukmin tidak suka melaknat dan mencela, malah berkata-kata kesat" (Musnad Ahmad; 3839. Hadis soheh). Patutlah di dalam al-Quran -dalam berdepan kutukan dan cercaan Musyrikin yang bertubi-tubi-, Allah tetap menyuruh NabiNya memaafkan mereka dan terus mengajak (berdakwah) tanpa menghirau reaksi dari kejahilan mereka. "Maafkanlah (mereka), suruhlah (mereka) kepada makruf dan jangan dihirau (reaksi dari) orang-orang jahil itu" (surah al-A'raf, ayat 199). Dari kita membazirkan perkataan-perkataan kita unt...

HAK ISTIMEWA

Ada orang menghabiskan masanya untuk memperjuangkan "hak istimewa", bagi bangsanya atau bagi umatnya. Dia menganggap bangsa/umatnya adalah bangsa/umat pilihan, lantas perlu diberi hak istimewa. Dulu orang Yahudi dan Nasrani menganggap mereka bangsa istimewa, lalu menganggap syurga adalah mutlak untuk mereka walau apa saja perlakuan mereka. Lantas Allah menjawab: "Itu hanyalah angan-angan mereka" (surah al-Baqarah, ayat 112-113). Al-Quran mengajar kita bahawa tidak ada bangsa istimewa. Semua dilayan sama oleh Allah, diberi sunnah hidup yang sama dan peluang kejayaan yang sama. Itulah keadilan Allah. Di celah ribuan ayat al-Quran (6000 ayat lebih) terselit banyak rahsia sunnatulllah untuk individu/bangsa/umat berjaya, antaranya; "Sesiapa  berbuat kebaikan  -sama ada dia lelaki atau wanita- di samping dia  beriman , Kami (Allah) akan beri  kehidupan yang baik  untuknya, serta Kami balasi mereka dengan  pahala terbai k bagi amal mereka" (surah an...

KEPULANGAN

Setiap kali hari raya, kita akan pulang. Pulang ke daerah asal kita atau pulang ke pangkuan keluarga yang melahirkan kita. Namun jangan kita lupa kepulangan terakhir kita, iaitu pulang bertemu Pencipta kita (Allah). Benarkah kita akan pulang bertemu Allah? Dalam hati seorang muslim, soalan ini tidak timbul lagi, kerana al-Quran yang diyakininya berulang kali menyebutkan bahawa manusia setelah mati nanti akan dihidupkan kembali dan akan di bawa mengadap Allah; " Bagaimana kamu tergamak untuk engkar kepada Allah, sedangkan kamu dulunya mati (tiada), lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kembali kamu, akhirnya kepadaNya kamu dikembalikan " (surah al-Baqarah, ayat 28). Al-Quran menjelaskan juga; saat manusia menghadap Allah nanti, hanya orang-orang yang pulang dengan hati yang bersih sahaja akan disambut kepulangannya oleh Allah; " Hari kebangkitan nanti tidak berguna segala harta benda dan anak pihak, melainkan orang y...

SALING MENGHORMATI

"Orang beradab harus pandai menghormati kepercayaan orang lain, walaupun kepercayaan itu tidak sesuai dengan kepercayaannya" (HAMKA)

WALAK KOSONG & WALAK BERISI

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ "Orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sesama mereka adalah wali (penolong) antara satu sama lain. Mereka menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munkar, mereka mendirikan solat, mereka menunaikan zakat, serta mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan dirahmati oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana" (Surah at-Taubah, ayat 71-72). Ayat di atas menyebutkan tentang walak (kata akar bagi perkataan 'wali' atau 'auliya' dalam ayat itu). Walaupun dari terjemahan tersebut, walak seolah memberi makna 'saling tolong-menolong', namun sebenarnya perkataan walak boleh diterjemahkan lebih luas dari itu. Mungkin terjemahan paling menyeluruh ialah 'keset...

4 FAEDAH MENTADABBUR AL-QURAN

Allah berfirman;  "Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal agama) yang mereka berselisihan padanya.  Dan sesungguhnya al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.  Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya dan Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui"  (surah an-Naml, ayat 76-78). Merenung ayat-ayat ini kita mendapati ada tiga faedah yang bakal diperolehi oleh orang yang mentadabbur al-Quran; 1. Dapat mengetahui apa yang benar dari perkara yang diperselisihkan manusia hari ini, 2. Mendapat hidayah/petunjuk dari Allah 3. Memperolehi rahmat (kasih sayang) Allah 4. Mendapat keselamatan di akhirat ketika manusia diadili Allah.

JATUH-BANGUN KEHIDUPAN, ANTARA HARI INI DAN ESOK

 Hari ini kita melihat ada yang menang dan ada yang tewas, ada yang naik dan ada yang jatuh, ada yang bernasib baik dan ada yang kurang bernasib baik. Yang menang dan bernasib baik, bersorak gembira kerana merasa diri beruntung. Yang jatuh dan kurang bernasib baik pula bermuram durja kerana menganggap diri ditimpa malang. Namun al-Quran memperingatkan kita bahawa apa yang berlaku hari ini semuanya adalah ujian Allah belaka, terutamannya bagi orang yang menerima habuan. Hari ini bukanlah penentuan. Penentuan adalah hari esok. Sedang menunggu kita; sama ada SIKSAAN TUHAN atau KEAMPUNANNYA . "Dan Dialah (Allah) yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " (surah al-An'am, ayat 165). Siapa kalangan yang bakal disiksa? Siapa pula yan...

RAHSIA PUASA BERKUALITI

1. Puasa berkualiti apabila kita berjaya mencapai tujuan puasa yang dinyatakan Allah dalam al-Quran iaitu takwa. "Wahai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya (dengan puasa itu) kamu dapat bertakwa kepada Allah " (surah al-Baqarah, 183).  Darjat takwa amat tinggi di sisi Allah. Allah berfirman; "Sesungguhnya orang termulia di kalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa" (surah al-Hujuraat, ayat 13). Kerana itu, syurga tidak diciptakan melainkan untuk orang bertakwa. "Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang bertakwa" (surah Ali Imran, ayat 133). 2. Puasa berkualiti apabila kita menghadapi puasa dengan persediaan jiwa dan jasmani. Kerana itu kita disurah oleh Nabi SAW untuk berniat puasa pada malamnya (sebagai persediaan jiwa) dan bersahur (sebagai persediaan jasmani). Sabda Nabi SAW;  "Sesiapa tidak bern...