Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zakat

PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH DENGAN SEMPURNA

1. Zakat fitrah hendaklah diberikan kepada fakir/miskin kerana terdapat arahan dari Nabi SAW supaya kita membantu mencukupkan keperluan mereka pada hari raya. Ibnu 'Umar RA menceritakan; Nabi SAW telah mewajibkan zakat fitrah ke atas kami dan baginda berpesan;  أَغْنُوهُمْ فِي هَذَا الْيَوْمِ “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)” (Sunan ad-Daruqutni; 2133. Sunan al-Baihaqi; 3799).  Dalam hadis lain dinyatakan; "Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang berpuasa dan makanan bagi orang miskin" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah, dari Ibnu 'Abbas RA. Nailul Autar; 1623). 2. Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad dari makanan asas (iaitu beras bagi penduduk Malaysia), iaitu kira-kira 2600 gram (2.6 kg). Boleh digantikan dengan wang senilai dengannya (berpegang kepada mazhab Hanafi). 3. Seorang yang telah berkeluarga wajib membayar zakat fitrah bagi dirinya dan semua orang yang berada di bawah tan...

DUIT ROYALTI, PUSAKA & HADIAH; ADAKAH WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT SEGERA?

Soalan; saya baru mendapat bayaran royalti dari buku yang saya tulis. Adakah wajib saya mengeluarkan zakat untuknya sebagai saya menerimanya? Jawapan; Dalam fekah, duit perolehan royalti termasuk dalam kategori mal musafad (iaitu harta perolehan baru). Harta perolehan baru ada dua jenis; 1. Perolehan baru yang dihasil melalui harta/modal sedia ada yang dikenakan zakat seperti keuntungan dari perniagaan, keuntungan pelaburan dan sebagainya. Bagi perolehan baru dari jenis ini, zakatnya mengikuti harta/modal asalnya, yakni dikira nisab dan haulnya bersama harta/modal asalnya. Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Haul pula bermaksud tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki.  2. Perolehan baru bukan dari harta/modal yang sedia ada, seperti wang perolehan dari harta pusaka, upah profesional, gaji, hadiah dan bayaran royalti seperti yang ditanya dalam soalan tadi. Bagi perolehan baru dari jenis ini, jumhur ulamak (termasuk imam-im...

ANAK-ANAK YANG KEMATIAN BAPA; ADAKAH IBU MENANGGUNG ZAKAT FITRAH MEREKA?

Soalan; jika anak-anak telah kematian bapa dan dibela oleh ibu, adakah ibu menanggung zakat fitrah mereka? Jawapan; Zakat fitrah bergantung kepada  nafkah. Siapa menanggung nafkah anak tersebut, dialah yang menanggung zakat fitrahnya. Jaafar bin Muhammad meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Nabi SAW memerintahkan agar dikeluarkan zakat fitrah bagi pihak orang merdeka, hamba, lelaki dan perempuan, iaitu semua orang yang kamu sarai” (Musnad as-Syafiie; 429. As-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 7682. Hadis mursal). [1] Imam Ibnu Qudamah menjelaskan; “Diwajibkan ke atas ibu untuk menafkahi anaknya jika mereka tidak berbapa. Inilah yang menjadi pandangan Imam Abu Hanifah dan as-Syafiie (serta Imam Ahmad)….(Begitu juga) jika bapa susah/miskin, nafkah mereka wajib ditaggung ibu” (al-Mughni, 8/212).. Maka pada ketika nafkah ditanggung oleh ibu, zakat fitrah bagi anak turut ditanggung ibu. Wallahu a’lam. [1] Walaupun mursal, namun disokong oleh hadis-hadis ya...

CARA MENGIRA ZAKAT EMAS PERHIASAN

Soalan; ustaz, adakah barang emas yang saya pakai dikenakan zakat? Bagaimana cara mengira zakatnya? Jawapan; Menurut jumhur ulamak (mazhab Maliki, Syafiie dan Hanbali); emas yang dipakai wanita sebagai perhiasan -walaupun dipakai sekali dalam setahun- tidak dikenakan zakat, kecuali jika berlebihan barulah dikenakan zakat. Maksud berlebihan ialah yang melebihi kadar  yang biasa dipakai oleh wanita-wanita setempat (yakni kadar uruf setempat),  iaitu yang diputuskan oleh fatwa negeri-negeri seperti berikut; 1. Selangor; 800 gram 2. Wilayah Pesekutuan; 150 gram emas 3. Johor; 850 gram emas 4. Pulau Pinang; 165 gram 5. Sabah; 152 gram. 6. Negeri Sembilan; 200 gram 7. Kedah; 85 gram 8. Perak; 500 gram 9. Trengganu; 850 gram 10. Melaka; 180 gram 11. Kelantan; tiada 'uruf 12. Pahang; 500 gram 13. Perlis; tiada penetapan 'uruf (kerana fatwa negeri Perlis memakai pandangan Imam Abu Hanifah yang mewajibkan zakat ke atas semua emas yang dimiliki termasuk perhiasa...