Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel IBADAT

BERZIKIR TANPA SUARA; APAKAH DIKIRA?

Soalan; Bolehkah berrzikir degan menggerakan bibir dan lidah tetapi ada kala nya tidak terkekuar suara. Mohon pencerahan. Terima.kasih..... JAWAPAN; Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar; “Berzikir boleh dengan hati dan boleh dengan lidah. Zikir terbaik ialah yang menggabungkan hati dan lidah secara bersama. Jika ingin berzikir dengan salah satu darinya sahaja, maka zikir dengan hati lebih afdhal" (al-Azkar, hlm. 9). "Adapun zikir-zikir yang disyariatkan di dalam solat dan ibadah-ibadah lainnya -sama ada yang wajib atau yang disunatkan- tidak terhitung sebagai zikir melainkan dengan dilafazkan sekira-kira dapat didengar oleh diri sendiri sekiranya tiada masalah pada pendengarannya” (al-Azkar, hlm. 12). Merujuk kepada soalan; lafaz-lafaz zikir yang disyariatkan membacanya -dalam solat, selepas solat, zikir pagi dan petang, sebelum tidur dan sebagainya- mesti dengan sebutan lidah dan mengeluarkan suara sekurang-kurangnya yang dapat didengari diri sendiri. Dikecualikan b...

Solat hari raya sesama wanita, bolehkah berkhutbah? .

Jawapan; menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan. . Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu)  diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampa nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305). . Wallahu a'lam.

WAKAF WANG TUNAI

Soalan; ustaz, jika kita memberi wang dengan niat wakaf, iaitu wang itu dilaburkan, kemudian keuntungannya disalurkan kepada fakir miskin atau mana-mana pihak yang ditentukan pewakaf, adakah cara itu dibolehkan? Jawapan; Mewakafkan wang ada dua maksud; 1. Mewakafkan wang dengan maksud mewakilkan kepada pihak tertentu untuk membeli harta wakaf (tanah, bangunan dan sebagainya) bagi pihak kita. Bagi maksud pertama ini, hukumnya tidak ada khilaf di kalangan ulamak akan keharusannya kerana yang diwakafkan itu bukan wang tetapi aset yang dibeli dengan wang tersebut. 2. Mewakafkan wang dengan maksud ingin menjadikan wang itu sendiri sebagai aset wakaf. Wakaf wang bagi maksud kedua ini hari ini dikenali dengan 'wakaf tunai'. Tentang hukumnya, para fuqahak berbeza pandangan; a) Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Hanafi dan Maliki) berpandangan; wakaf mata wang (dinar, dirham atau wang kertas) adalah tidak sah, kerana antar...

HUKUM MENCIUM MUSHAF

Soalan; ustaz, mencium mushaf al-Quran, adakah bid'ah? Jawapan; Biasanya seorang muslim mencium mushaf adalah kerana membesarkannya, maka tujuan tersebut menepati sifat hati orang beriman yang disebut dalam firmanNya; "Sesiapa mengagungkan syiar-syiar (tanda-tanda agama) Allah, maka ia adalah dari ketakwaan hatinya" (surah al-Hajj, ayat 32). Ada riwayat menceritakan; Saidina 'Umar RA pernah mencium mushaf, lalu berkata 'Ini adalah perjanjian Tuhanku'. Perbuatan yang sama turut diriwayatkan dari Saidina 'Usman RA. Diceritakan juga; Ikrimah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata; 'Kitab Tuhanku, Kitab Tuhanku' (at-Tibyan, Imam an-Nawawi). Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fatwa Dar al-Iftak Jordan, mufti; Syeikh Nuh Salman (https://www.aliftaa.jo/), no. fatwa; 2645. 2. at-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran (Imam an-Nawawi), hlm. 191 (Maktabah al-Muayyad).

MENDENGAR AZAN KETIKA SEDANG SAHUR, BOLEHKAH TERUS MAKAN?

Soalan;  kalau sedang makan sahur, lepas tu bunyi azan, boeh kah kita terus habiskan makanan tu? Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan. Jawapan; Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu. Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud). Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda; "Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan...

KENDURI NIKAH, KENDURI KHATAN, KENDURI KESYUKURAN, KENDURI AKIKAH, KENDURI KESYUKURAN, JAMUAN HARI RAYA; adakah semua disyariatkan?

Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam? Jawapan; 1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin); "Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492). Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu.  Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri ...

KEDUDUKAN SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA

Soalan;  Assalamualaikum Ustaz mohon beri sedikit pencerahan berkenaan hukum solat jumaat bila hari raya jatuh hari jumat? Jawapan; Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah tersebut; 1) Menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad (Hanbali); apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, gugur kewajipan jumaat dari keseluruhan lelaki yang telah menghadiri solat hari raya sama ada mereka masyarakat tempatan (yakni yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat) atau dari pedalaman (yakni tinggal di luar kawasan jumaat). Jadi yang wajib ke atas mereka semua ialah melakukan solat zohor menggantikan jumaat. Mereka berdalilkan hadis dari Zaid bin Arqam RA yang menceritakan; "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi SAW -yang kebetulan jatuh pada hari jumaat-, maka baginda memberi kelonggaran kepada solat jumaat, di mana baginda berkata; "Sesiapa ingin melakukan solat jumaat, lakukanlah" (HR Abu Daud (1070) dan Ibnu Majah (1310) dengan sanad yang baik (al-Maj...

PANDUAN MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH DENGAN SEMPURNA

1. Zakat fitrah hendaklah diberikan kepada fakir/miskin kerana terdapat arahan dari Nabi SAW supaya kita membantu mencukupkan keperluan mereka pada hari raya. Ibnu 'Umar RA menceritakan; Nabi SAW telah mewajibkan zakat fitrah ke atas kami dan baginda berpesan;  أَغْنُوهُمْ فِي هَذَا الْيَوْمِ “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)” (Sunan ad-Daruqutni; 2133. Sunan al-Baihaqi; 3799).  Dalam hadis lain dinyatakan; "Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang berpuasa dan makanan bagi orang miskin" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah, dari Ibnu 'Abbas RA. Nailul Autar; 1623). 2. Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad dari makanan asas (iaitu beras bagi penduduk Malaysia), iaitu kira-kira 2600 gram (2.6 kg). Boleh digantikan dengan wang senilai dengannya (berpegang kepada mazhab Hanafi). 3. Seorang yang telah berkeluarga wajib membayar zakat fitrah bagi dirinya dan semua orang yang berada di bawah tan...

DUIT ROYALTI, PUSAKA & HADIAH; ADAKAH WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT SEGERA?

Soalan; saya baru mendapat bayaran royalti dari buku yang saya tulis. Adakah wajib saya mengeluarkan zakat untuknya sebagai saya menerimanya? Jawapan; Dalam fekah, duit perolehan royalti termasuk dalam kategori mal musafad (iaitu harta perolehan baru). Harta perolehan baru ada dua jenis; 1. Perolehan baru yang dihasil melalui harta/modal sedia ada yang dikenakan zakat seperti keuntungan dari perniagaan, keuntungan pelaburan dan sebagainya. Bagi perolehan baru dari jenis ini, zakatnya mengikuti harta/modal asalnya, yakni dikira nisab dan haulnya bersama harta/modal asalnya. Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Haul pula bermaksud tempoh setahun (12 bulan) harta dimiliki.  2. Perolehan baru bukan dari harta/modal yang sedia ada, seperti wang perolehan dari harta pusaka, upah profesional, gaji, hadiah dan bayaran royalti seperti yang ditanya dalam soalan tadi. Bagi perolehan baru dari jenis ini, jumhur ulamak (termasuk imam-im...

MEMBERI UCAPAN TAKZIYAH KEPADA ORANG KAFIR

Soalan; as salam ustaz, soalan saya; adakah salah bila kita ucap takziah kepada bukan Islam dengan cara semoga roh nya rest in peace...tkasih Jawapan Ucapan takziyah bertujuan memberi semangat kepada orang yang ditimpa suatu musibah (kematian, kerugian, malapetaka dan sebagainya), agar mereka bersabar menerima ketentuan Ilahi dan tidak putus harap. Bagi kematian, takziyah diucapkan kepada keluarga si mati atau orang yang dekat dengannya. Ia boleh diucapkan termasuk kepada orang kafir. Adapun doa untuk si mati, hanya dibolehkan jika si mati seorang muslim. Allah berfirman; "Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka (yakni mati dalam kekufuran)" (surah at-Taubah, ayat 113. Lihat; tafsir al-Jalalain). "rest in peace" adalah doa, maka tak boleh diucapkan kepada jenazah bukan Islam. Cu...

FIQH HADIS; GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT Sabda Nabi SAW; مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ “Sesiapa berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). Abu Zar RA menceritakan; Nabi SAW bangun beribadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke 25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; ‘Wahai Rasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam ini alangkan baiknya’. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); “Orang yang berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806). Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagi kelebihan solat terawih berjamaah, dan galakka...

ADAKAH PUASA ORANG TAK SOLAT DITERIMA ALLAH?

Soalan;  Orang yang tidak mengerjakan solat lima waktu, bagaimana dengan puasanya? adakah sah? dan adakah diterima Allah? Jawapan; Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun, ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan factor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala). Sebagai contohnya, Nabi SAW bersabda; مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً “Sesiapa bertemu tukang tilik, lalu bertanyakan sesuatu (dari tilikan), tidak akan diterima solatnya selama 40 malam” (Soheh Muslim; 2230/125. Dari beberapa isteri Nabi RA ). Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darin...

5 TIP MENCAPAI PUASA YANG SEMPURNA

Soalan; apa kayu ukur bagi puasa saya, adakah ia sempurna atau tidak? diterima Allah atau tidak diterima? Jawapan; Berdasarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis, kita dapat menyimpulkan tip-tip (petua) untuk mencapai puasa yang sempurna seperti berikut;   1.       Berpuasalah untuk memenuhi tuntutan iman, bukan hanya kerana adat atau kebiasaan berpuasa. Di dalam al-Quran, sebelum Allah menyuruh kita berpuasa, Dia memanggil kita terlebih dahulu dengan panggilan iman iaitu ‘Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa…” (lihat surah al-Baqarah, ayat 183). Nabi SAW juga bersabda; “Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan ganjaran (di sisi Allah), akan diampunkan segala dosanya yang lalu” (Soheh al-Bukhari; 38. Dari Abu Hurairah RA). 2.       Berpuasalah dengan mengharap dan menghitung-hitung pahala di sisi Allah. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi; “Sesiapa berpuasa Ramadhan keran...

11 PERSOALAN TENTANG SOLAT QASAR (AUDIO)

1.   Apa   maksud   Qasar? 2.   Solat   apa   yang   boleh   diqasarkan? 3.   Apa   hukum   mengqasarkan   solat   ketika   musafir? 4.   Mana   baik   antara   qasar   dan   tamam? 5.   Apa   jenis   musafir   yang   mengharuskan   qasar? 6.   Berapa   jarak   musafir   yang   mengharuskan   qasar? 7. Di   mana   kita   boleh   mula   mengqasarkan   solat?   Adakah   boleh   mengqasarkan   solat   siap-siap   di   rumah   sebelum   keluar   bermusafir? 8.   Bolehlah   solat   qadha   diqasarkan? 9.   Berapa   tempoh/hari   dibolehkan   mengqasarkan   solat? 10.   Bila   masa   hendak   berniat   qasar? 11.   Adakah   dibolehkan   melakukan   solat...

LAFAZ SALAM DALAM SOLAT

Soalan;   sedikit sambungan soalan ustaz, mengenai rukun qauli semasa salam pertama, adakah wajib qauli setakat assalamualaikum atapun sampai habis assalamualaikum warahmatullah. Jawapan; Sekurang-kurang memberi salam ialah; Assalamu alaikum . Paling sempurna; Assalamu alaikum warahmatullah . Hadis dari Ibnu Mas'ud RA menceritakan; Nabi SAW memberi salam ke kanan dan ke kiri, dengan melafazkan; السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ (Sunan at-Tirmizi; 295. Sunan Abu Daud; 996. Hadis hasan soheh). Menurut mazhab Syafiie, tidak disunatkan menambah; wabarakaatuh . Sebahagian ulamak (mazhab Hanbali) membolehkan tambahan; wabarakaatuh , berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin RA yang menceritakan; صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ»، وَعَنْ شِمَالِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ» "Aku solat bersama Nabi SAW, maka baginda memberi s...