Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel wudhuk

MENGAMBIL WUDHUK DENGAN MENCELUP TANGAN KE DALAM BEKAS AIR

Soalan; saya melihat ada orang mengambil wudhuk dengan mencelup tangannya ke dalam bekas air yang kecil (timba, cebok, gayung dan sebagainya). Adakah sah wudhuknya? Tidakkah air itu akan menjadi musta’mal? Jawapan; 1. Mengambil wudhuk dengan mencebuk air dengan tapak tangan dari bekas air itulah cara wudhuk Nabi SAW. Cara itulah yang terbaik jika dapat dipraktikkan kerana ia paling menjimatkan air. Para sahabat (antaranya Saidina ‘Usman RA, Abdullah bin Zaid RA, Ibnu ‘Abbas RA dan sebagainya) menceritakan; Nabi SAW semasa mengambil wudhuk, baginda akan bermula dengan menuang air (dari bekas) untuk membasuh tangannya tiga kali, kemudian baginda akan   mencebuk air dari bekas dengan tangan kanannya (atau kedua tangannya) untuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung, membasuh muka, tangan hingga siku, kepala dan kaki, yakni bagi setiap anggota wudhuk cebukan air berasingan (Soheh al-Bukhari; 159, 164. 186. Muslim; 226, 235). 2. Kebanyakan ulamak mazhab Syafiie ...