Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Solat

PERLUKAH MAKMUM MENGAMINKAN SELAWAT IMAM DI DALAM QUNUT SUBUH?

Soalan; Perlukah makmum mengaminkan selawat imamnya semasa qunut? Jawapan;  Jawapan bagi soalan di atas bergantung kepada kedudukan selawat; apakah ia doa atau pujian? Kedua-duanya dapat diandaikan. Kerana itu terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam mazhab Syafiie sendiri; a) Ada berkata; ia adalah doa, maka makmum hanya perlu mengaminkan bacaan selawat imam. Pandangan ini disebut Imam al-Tobari. b) Ada berkata; ia adalah pujian, maka makmum perlu membacanya sendiri. Pandangan ini disebut Imam al-Ghazzi.  Pandangan yang muktamad ialah yang pertama. Namun Imam al-Khatib al-Syirbini dan Imam al-Baijuri mengesyorkan; sebaiknya kita menghimpunkan kedua-duanya iaitu; kita mengaminkan selawat imam, kemudian kita turut membacanya. Wallahu a'lam. Rujukan: Mughni al-Muhtaj, 1/371. Hasyiyah al-Baijuri 'ala Syarh al-Ghazzi, 1/316.

SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA?

Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA. Mohon pencerahan mengenai solat jama'/qasr dan status bermukim dan musafir : Jika kita ada dua rumah satu di Perlis satu di Selangor dan kita selang seli berada di kedua tempat,  adakah keduanya dianggap kediaman di mana apabila sampai shj dari pemusafiran dah x boleh jama'/qasr? Dgn kata lain, adakah sebaik tiba dari pemusafiran di kedua rumah berkenaan status kita otomatik menjadi bermukim? Atau adakah rumah yg kita tinggal lebih lama tu sahaja yg dianggap kediaman manakala rumah kita dok balik sekali sekala tu dah x dianggap kediaman? JAWAPAN; Orang yang ada dua rumah, jika dia tinggal menetap di satu rumah dan satu rumah lagi dia hanya bertandang ke situ sekali sekala sahaja, maka rumah pertama yang dikira tempat mastautinnya (yakni kediaman tetapnya). Di situ tidak harus dia menjamakkan dan mengqasarkan solat. Adapun di rumah satu lagi, jika ia bertandang ke situ, harus bagi...

Solat hari raya sesama wanita, bolehkah berkhutbah? .

Jawapan; menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan. . Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu)  diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampa nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305). . Wallahu a'lam.

Solat hari raya di rumah, perlukah berkhutbah?

Jawapan; ya, disunatkan seseorang (lelaki) menyampaikan khutbah setelah solat hari raya jika solat dilakukan berjamaah termasuk yang dilakukan di rumah, rombongan musafir atau sebagainya. Dalam kitab Mughni al-Muhtaj dinyatakan;  "Disunatkan menyampaikan 2 khutbah setelah solat hari raya bagi yang melakukannya berjamaah sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW dan Khulafak Rasyidin, tanpa dibezakan bagi maksud berjamaah  itu antara orang-orang musafir dan selain mereka. Malah (disunatkan khutbah tersebut) sekalipun jika solat ditunaikan diluar waktunya (qadha)" (Mughni al-Muhtaj, al-Khatib al-Syirbini, 1/423). . Dalam mazhab Syafiie, khutbah solat hari raya mesti dengan dua khutbah, tidak cukup satu khutbah. Dijelaskan dalam kitab yang sama; "Jika hanya satu khutbah sahaja, tidak cukup (untuk mendapat pahala sunat berkhutbah tadi)" (1/423). . Oleh kerana hukum khutbah sunat sahaja, maka tidaklah menjejaskan solat hari raya jika dilakukan tanpa khutbah. Maka bagi suami atau...

KEDUDUKAN SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA

Soalan;  Assalamualaikum Ustaz mohon beri sedikit pencerahan berkenaan hukum solat jumaat bila hari raya jatuh hari jumat? Jawapan; Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah tersebut; 1) Menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad (Hanbali); apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, gugur kewajipan jumaat dari keseluruhan lelaki yang telah menghadiri solat hari raya sama ada mereka masyarakat tempatan (yakni yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat) atau dari pedalaman (yakni tinggal di luar kawasan jumaat). Jadi yang wajib ke atas mereka semua ialah melakukan solat zohor menggantikan jumaat. Mereka berdalilkan hadis dari Zaid bin Arqam RA yang menceritakan; "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi SAW -yang kebetulan jatuh pada hari jumaat-, maka baginda memberi kelonggaran kepada solat jumaat, di mana baginda berkata; "Sesiapa ingin melakukan solat jumaat, lakukanlah" (HR Abu Daud (1070) dan Ibnu Majah (1310) dengan sanad yang baik (al-Maj...

FIQH HADIS; SOLAT SUNAT ISYRAQ

SOLAT SUNAT ISYRAQ Sabda Nabi SAW; مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib). Menurut ulamak; solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik terbit matahari itu ialah solat sunat isyraq. [1] Namun para ulamak berbeza pandangan dalam menentukan; adakah solat isyraq itu solat tersendiri atau tergolong dalam solat dhuha? 1. Pandangan pertama; ia adalah solat tersendiri, bukan solat dhuha. Dilakukan sebanyak dua rakaat, dengan niat solat sunat isyraq, bermula waktunya sebaik sesudah...

FIQH HADIS; GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT Sabda Nabi SAW; مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ “Sesiapa berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). Abu Zar RA menceritakan; Nabi SAW bangun beribadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke 25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; ‘Wahai Rasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam ini alangkan baiknya’. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); “Orang yang berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam” (Sunan at-Tirmizi; 806). Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagi kelebihan solat terawih berjamaah, dan galakka...

ORANG KOMA & PENGSAN; ADAKAH WAJIB MENGGANTIKAN SOLAT DAN PUASANYA?

Soalan; orang yang pengsan atau koma berhari-hari, adakah dia wajib mengqadha solat dan puasa yang dia tinggalkan semasa sedang koma/pengsan itu? Jawapan; 1. Orang yang sedang dalam koma/pengsan gugur kewajipan ibadat darinya (termasuk solat dan puasa). Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekelian ulamak bahawa koma/pengsan tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana koma/pengsan dia wajib mengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya).  Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA). 2. Adap...

LAFAZ SALAM DALAM SOLAT

Soalan;   sedikit sambungan soalan ustaz, mengenai rukun qauli semasa salam pertama, adakah wajib qauli setakat assalamualaikum atapun sampai habis assalamualaikum warahmatullah. Jawapan; Sekurang-kurang memberi salam ialah; Assalamu alaikum . Paling sempurna; Assalamu alaikum warahmatullah . Hadis dari Ibnu Mas'ud RA menceritakan; Nabi SAW memberi salam ke kanan dan ke kiri, dengan melafazkan; السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ (Sunan at-Tirmizi; 295. Sunan Abu Daud; 996. Hadis hasan soheh). Menurut mazhab Syafiie, tidak disunatkan menambah; wabarakaatuh . Sebahagian ulamak (mazhab Hanbali) membolehkan tambahan; wabarakaatuh , berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin RA yang menceritakan; صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ»، وَعَنْ شِمَالِهِ: «السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ» "Aku solat bersama Nabi SAW, maka baginda memberi s...

MEMBERI SALAM TANPA MENOLEH KE KANAN ATAU KE KIRI

Soalan; Salam ustaz. Mohon bertanya ustaz. Mengenai menoleh ketika memberi salam dalam solat. http://fiqh-am.blogspot.my/2009/06/solat-memberi-salam.html?m=1 .  Saya musykil apakah dalil boleh untuk tidak menoleh dan memadai jika hanya memandang ke hadapan. Saya pernah terbaca riwayat dari perlakuan isteri Nabi S.A.W tapi adakah dalil lain mengenai hal ini ustaz? Terima kasih ustaz Jawapan; Terdapat hadis dari 'Aisyah RA yang menceritakan; "Nabi SAW memberi salam dengan sekali salam sahaja ke arah hadapannya" (Sunan at-Tirmizi; 296. Sunan Ibnu Majah; 919). Berdalilkan hadis ini, dibolehkan memberi salam dalam solat sekali sahaja tanpa menolah ke kanan dan ke kiri. Namun yang sempurna ialah memberi salam dua kali; kali pertama dengan berpaling ke kanan dan kali kedua dengan berpaling ke kiri, berdalilkan hadis dari Ibnu Mas'ud RA yang menceritakan; "Rasulullah SAW memberi salam (dengan menoleh) ke kanan dan ke kirinya hingga pipi baginda yang putih dapat...

ANTARA MENJAWAB AZAN DAN SOLAT TAHIYYATUL MASJID

Soalan; jika saya masuk ke dalam masjid dan azan sedang berkumandang. Mana yang terbaik; saya terus solat tahiyyatul masjid atau saya menjawab azan terlebih dulu, kemudian baru lakukan solat tahiyyatul masjid? Jawapan; Sebaiknya jawablah azan terlebih dahulu dan membaca doa setelah azan, setelah itu barulah lakukan solat tahiyyatul masjid supaya kita dapat menghimpunkan kedua-dua fadhilat; iaitu fadhilat menjawab azan dan fadhilat melakukan solat tahiyyatul masjid. Kadar masa menjawab azan adalah singkat sahaja, maka tidak luput solat tahiyyatul masjid apabila seorang yang memasuki masjid berdiri seketika untuk menjawab azab sebelum melakukan solat tahiyyatul masjid (Kasyfu al-Ltsam, 1/39).   Dikecualikan pada hari jumaat apabila kita sampai ke masjid ketika azan kedua, maka sebahagian ulamak berkata; sebaiknya kita terus saja melakukan solat tahiyyatul masjid (tanpa menunggu untuk menjawab azan) agar kita dapat mendengar khutbah dari awal kerana mendengar khutbah lebih...