Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aqiqah

MENIMBA ILMU DARI LAMAN SOSIAL

Soalan; Asallamulaikum ustaz): nak tanya ni..AKU nak mendalami ilmu islam ni, tapi BOLEH tak hanya dengan belajar melalui laman sosial tanpa bersua muka,((contohnya aku sedang bertanya dengan ustaz sekarang ni..)) apakah Hukumnya?? Jawapan; Bismillah. Menuntut ilmu boleh dengan apa saja cara; membaca dari buku, mengadap guru secara lansung atau bertanyakan ulamak. Namun pastikan sumber ilmu itu benar, agar ilmu yang diperolehi juga benar. Imam Ibnu Sirin pernah memesan; "Ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agama kamu" (Soheh Muslim, mukadimahnya). Oleh itu, sebelum membaca buku, pastikan siapa penulisnya, dan sebelum merujuk ke laman sosial, pastikan siapa pengendalinya. Wallahu a'lam.

MENULIS AYAT AL-QURAN DENGAN TULISAN RUMI

Soalan; saya ada satu soalan, tadi sy terjumpa di facebook. seorang hamba Allah ini screen shot status ssorang hamba Allah yang lain yang menulis ayat al-quran dalam rumi. mcm ni gambar yang saya bagi. Hamba Allah tersebut mengatakan bahawa haram membaca ayat al-quran selain dari bahasa arab. adakah benar? dan bagaimana pula sekiranya seseorang itu baru hendak mengenal dan membaca al-quran rumi? adakah ianya berdosa? kerana saya pernah tanya seseorang, dia cakap tak apa. tapi jangan terlalu bergantung sangat dengan al-quran rumi. Jawapan; Bismillah. Para ulamak telah memfatwakan haram menulis al-Quran dengan tulisan selain Arab (seperti tulisan rumi dan sebagainya) kerana ia boleh merubah bunyi al-Quran, sekaligus merubah maknanya. Sebagai contoh dalam surah al-Ikhlas bertulisan rumi di atas; apabila kalimah "الله الصمد" (bermaksud; Allah tempat bergantung") dituturkan dengan "Allahus-Samad" kerana mengikut bacaannya dalam rumi, maknanya menjad...

AQIQAH UNTUK ANAK ANGKAT

Soalan; assalamu alaikum, ustaz. Saya ada mengambil anak angkat dari kecil. Bolehkah saya buat aqiqah untuknya? terima kasih Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. ‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak (iaitu bapa atau datuknya. Bagi anak luar nikah, aqiqahnya dilakukan oleh ibu kerana ibunya yang wajib menanggung nafkahnya). Jika hendak dilakukan oleh orang lain, hendaklah dengan keizinan mereka. Tanpa keizinan mereka, aqiqah itu tidak dikira. Itulah yang menjadi pandangan jumhur ulamak termasuk mazhab Syafiie. Ada juga ulamak berpandangan; asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ke 7, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, hasan soheh). Dalam hadis ini Nabi SAW hanya meny...