Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Puasa

GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS

Soalan : Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar puasa juga bila mampu?  Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak terus bayar fidyah sahaja atau kena bayar fidyah dan kena bayar puasa juga bila mampu?  Syukran Ustaz. JazakALLAH Khayr Jawapan: Jika tidak mampu lagi berpuasa kerana dialysis terpaksa dijalankan juga di luar Ramadhan, dia boleh terus ganti dengan fidyah. Tidak dituntut lagi atas dirinya qadha. Allah SWT berfirman: "...dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin" (al-Baqarah: 184). Namun jika keadaannya pulih, wajib dia mengqadha puasanya, tidak memadai dengan fidyah itu sebagai ganti puasa.  Wallahu a'lam.

ADAKAH HARUS BERPUASA ENAM SEBELUM PUASA QADHA RAMADHAN?

Soalan;  ustaz, adakah boleh kita berpuasa enam sebelum mengqadha puasa Ramadhan yang tertinggal? Jawapan;  Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie (seperti wanita yang kedatangan haid di bulan Ramadhan, berbuka kerana sakit, musafit dan sebagainya), harus baginya untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal, kemudian baru berpuasa qadha Ramadhan (sama ada dalam bulan Syamal atau selepasnya), kerana qadha Ramadhan baginya adalah wajib muwassa'  iaitu kewajipan yang diberi tempoh masa yang panjang untuk melaksanakanya iaitu hingga sebelum menjelang Ramadhan tahun hadapan (lebih kurang 11 bulan), sedang puasa enam pula tempoh masanya pendek iaitu hanya dalam bulan Syawal sahaja. Adapun orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada sebarang uzur Syar'ie (yakni meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran), wajib dia segera mengqadha puasanya sebaik selepas hari raya. Maka tidak harus dia berpuasa enam sebelum menyelesaikan puasa qadha. Pandangan...

MENDENGAR AZAN KETIKA SEDANG SAHUR, BOLEHKAH TERUS MAKAN?

Soalan;  kalau sedang makan sahur, lepas tu bunyi azan, boeh kah kita terus habiskan makanan tu? Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan. Jawapan; Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu. Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud). Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda; "Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan...

RAHSIA PUASA BERKUALITI

1. Puasa berkualiti apabila kita berjaya mencapai tujuan puasa yang dinyatakan Allah dalam al-Quran iaitu takwa. "Wahai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya (dengan puasa itu) kamu dapat bertakwa kepada Allah " (surah al-Baqarah, 183).  Darjat takwa amat tinggi di sisi Allah. Allah berfirman; "Sesungguhnya orang termulia di kalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa" (surah al-Hujuraat, ayat 13). Kerana itu, syurga tidak diciptakan melainkan untuk orang bertakwa. "Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang bertakwa" (surah Ali Imran, ayat 133). 2. Puasa berkualiti apabila kita menghadapi puasa dengan persediaan jiwa dan jasmani. Kerana itu kita disurah oleh Nabi SAW untuk berniat puasa pada malamnya (sebagai persediaan jiwa) dan bersahur (sebagai persediaan jasmani). Sabda Nabi SAW;  "Sesiapa tidak bern...

MAKAN SELEPAS WAKTU IMSAK

MAKAN SELEPAS WAKTU IMSAK Soalan; jika saya masih makan ketika waktu imsak telah tiba, adakah puasa saya batal? Jawapan; Waktu mula berpuasa ialah apabila terbitnya fajar sodiq (yakni masuknya waktu solat subuh). Di dalam al-Quran, Allah membenarkan kita untuk makan hinggalah terbitnya fajar (sodiq), setelah itu barulah disuruh memulakan puasa. Firman Allah (bermaksud); “ dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu  fajar (sodiq). Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (datang) malam (iaitu terbenam matahari)…” (surah al-Baqarah, ayat 187). Adapun waktu imsak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama (biasanya 10 minit sebelum masuk waktu subuh) hanyalah tanbih (peringatan) sahaja, iaitu untuk memperingatkan orang yang hendak berpuasa bahawa waktu untuk mula berpuasa sudah amat hampir. Maka orang yang masih menikmati makanan ketika waktu imsak itu tidaklah terbatal puasanya asalkan ia berhenti makan sebelum masuk waktu solat subu...

FIQH HADIS; HUKUM MENDERMA DARAH KETIKA BERPUASA?

Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ “Nabi SAW berbekam ketika beliau sedang berpuasa” (Soheh al-Bukhari; 1938). Hadis ini menjadi dalil bagi keharusan berbekam ketika sedang berpuasa. Proses bekam melibatkan pengeluaran darah dari badan. Dengan merujuk hukum berbekam itu, para ulamak hari ini mengharuskan orang berpuasa menderma darah atau menjalankan ujian darah kerana ia juga membabitkan proses yang sama (iaitu pengeluaran darah dari tubuh). Namun keharusan tersebut bersyarat, iaitu tidak dikhuatiri tubuh menjadi lemah hingga terpaksa berbuka puasa. Jika ada kekhuatiran tersebut, dilarang berbekam atau menderma darah atau menjalankan ujian darah, kecuali jika darurat (yakni keadaan terpaksa). Dalam Soheh al-Bukhari juga, terdapat hadis dari Tsabit al-Bunani yang menceritakan; pernah ditanya kepada Anas bin Malik RA (sahabat Nabi); ‘Adakah kamu semua (par...

MAKNA “KEBERKATAN” PADA SAHUR

Soalan; Saya ada mendengar ada hadis berkata; “sahur itu membawa barakah”. Apa maknanya ustaz? Jawapan; Ya, terdapat hadis dari Nabi SAW yang menyebutkan; تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً  “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik RA Bulughul-Maram, hadis no. 616). Perkataan ‘berkat’ atau ‘barakah’ banyak disebut oleh Allah di dalam al-Quran dan juga oleh Nabi SAW di dalam hadis-hadisnya. Dari segi makna bahasa Arab, al-barakah ( البركة ) bermaksud; ziyadah (tambah), numuw (tumbuh), sa’adah (kebahagiaan) dan kathratul-khair (banyak kebaikan). [1] Dari segi makna Syarak, barakah bermaksud terdapatnya limpahan kebaikan Ilahi (Allah) pada sesuatu. Maka suatu yang diberkati bermaksud; suatu yang dilimpahi kebaikan dari Allah. [2] Khusus bagi sahur, menurut Imam Ibnu Daqiq al-‘Id; barakah pada sahur merangkumi aspek ukhrawi dan duniawi; 1.     Aspek ukhrawi (yakni faedah...

ADAKAH PUASA ORANG TAK SOLAT DITERIMA ALLAH?

Soalan;  Orang yang tidak mengerjakan solat lima waktu, bagaimana dengan puasanya? adakah sah? dan adakah diterima Allah? Jawapan; Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun, ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan factor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala). Sebagai contohnya, Nabi SAW bersabda; مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً “Sesiapa bertemu tukang tilik, lalu bertanyakan sesuatu (dari tilikan), tidak akan diterima solatnya selama 40 malam” (Soheh Muslim; 2230/125. Dari beberapa isteri Nabi RA ). Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darin...

5 TIP MENCAPAI PUASA YANG SEMPURNA

Soalan; apa kayu ukur bagi puasa saya, adakah ia sempurna atau tidak? diterima Allah atau tidak diterima? Jawapan; Berdasarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis, kita dapat menyimpulkan tip-tip (petua) untuk mencapai puasa yang sempurna seperti berikut;   1.       Berpuasalah untuk memenuhi tuntutan iman, bukan hanya kerana adat atau kebiasaan berpuasa. Di dalam al-Quran, sebelum Allah menyuruh kita berpuasa, Dia memanggil kita terlebih dahulu dengan panggilan iman iaitu ‘Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa…” (lihat surah al-Baqarah, ayat 183). Nabi SAW juga bersabda; “Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan ganjaran (di sisi Allah), akan diampunkan segala dosanya yang lalu” (Soheh al-Bukhari; 38. Dari Abu Hurairah RA). 2.       Berpuasalah dengan mengharap dan menghitung-hitung pahala di sisi Allah. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi; “Sesiapa berpuasa Ramadhan keran...

PUASA 'ASYURA (10 MUHARRAM); ADAKAH MESTI BERSAMA PUASA TASU'A (9 MUHARRAM)?

Soalan; ustaz, kalau saya berpuasa pada 10 Muharram sahaja, tanpa berpuasa sehari sebelumnya iaitu 9 Muharram, adakah puasa 'Asyura saya diterima? Jawapan; Disunatkan kita berpuasa pada kedua-dua hari tersebut (9 Muharram dan 10 Muharram). Sunat puasa pada 10 Muharram berdalilkan hadis dari Abu Qatadah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya berkenaan puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram). Lalu baginda menjawab; يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim; 1162/197). Sunat puasa pada tanggal 9 Muharram pula berdalilkan hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; Tatkala Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; "Jika Tahun akan datang, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada tanggal 9 ...

ADAKAH DISUNATKAN BERPUASA PADA AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)?

Soalan; ustaz, apakah terdapat puasa yang disunatkan pada awal muharram? Jawapan; Kelebihan berpuasa pada 1 muharram secara khusus tidak disebut oleh Nabi SAW dalam hadis-hadisnya, namun kelebihan berpuasa dalam bulan muharram secara umum ada disebut oleh baginda; أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Soheh Muslim; 1163/202).  Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram. Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura (10 muharram). Abi Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab;   يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (S...

MASALAH BERPUASA DAN BERHARI RAYA DI DUA NEGARA BERLAINAN

Soalan; Assalammualaikum, Saya ingin bertanya; 1.Saya berada di poland dan berpuasa awal sehari dari malaysia, kemusykilan saya apabila saya kembali ke malaysia saya sudah raya mengikut puasa di poland,jadi bila saya sampai di malaysia tinggal 2 hari lagi nak raya, dikira macam mane keadaan ini,adakah saya perlu sambung puasa mengikut di malaysia atau macam mana? 2. Saya dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau malam,makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang,adakah dikira musafir atau macam mane? mohon perjelasan dengan segera kemusykilan saya ini Jawapan; 1. Hendaklah saudara menyambut hari raya mengikut negeri tempat saudara berada semasa tiba syawal (dalam kes di atas di Malaysia). Di dalam hadis Rasulullah menegaskan; “Berpuasalah (yakni mulakanlah puasa Ramadhan) apabila kamu melihat anak bulan dan berbukalah (yakni sambutlah hari raya) apabila kamu melihat anak bulan”. Apabila kita berada di satu negeri, tarikh puasa kita dan juga ta...

NIAT SEKALI; PUASA QADHA DAN PUASA ENAM

Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"? Jawapan; Ya, harus diniatkan sekali mengikut fatwa sebahagian ulamak (antaranya Syeikh 'Atiyah Saqar dalam buku fatawanya; Min Ahsan al-Kalam). Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut; a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam. b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain. c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, ha...

MENGHIMPUNKAN NIAT PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu puasa untuk dua niat/tujuan? Jawapan; Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang itu mampu menunaikan puasa qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu (kerana berbuka pada bulan Ramadhan), kemudian baru dia berpuasa enam, itulah yang paling baik (afdhal) kerana Rasulullah SAW bersabda; دَيْنُ اللهُ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَىَ “Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan” (HR Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas RA). Boleh juga menghitung puasa enam itu bersama dengan puasa qadha yang dilakukan dalam syawal itu mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie [1] . Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan berasingan) untuk mengelak pertikaian dari mazhab-mazhab lain, di samping dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan dibolehkan juga baginya untuk mendahulukan puasa enam dalam bulan...