Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jual_beli

PANDUAN PERNIAGAAN ONLINE

Selasa, 3 Julai 2018 Soalan; assalamu alaikum ustaz. Boleh ustaz berikan sedikit panduan kepada saya tentang perniagaan secara online. Saya berhasrat untuk menceburinya. Apa yang patut saya pastikan supaya jualan online saya menepati Syariat? Jawapan; Islam membuka ruang seluasnya untuk manusia mencipta kaedah baru atau menceburi kaedah-kaedah baru dalam urusan kehidupan mereka. Kerana itu, para fuqahak hari ini mensepakati satu prinsip dalam Syariat iaitu "Hukum asas bagi segala urusan keduniaan adalah harus (yakni dibolehkan) selama tidak ada padanya sebarang larangan Syarak". Dalam perniagaan, antara unsur yang dilarang Syarak ialah; 1. Menjual barang/produk yang ditegah Syariat atau yang memberi mudarat kepada manusia. 2. Gharar; iaitu ketidakjelasan dalam akad, yakni tidak dipastikan dengan betul status barang/produk yang dijual atau harganya atau kedua-dua sekali. Adanya unsur gharar ini akan memberi kerugian kepada mana-mana pihak yang berakad dan menimbu...

BROKER TANAH MENJUAL TANAH LEBIH TINGGI DARI HARGA TUAN TANAH

Soalan; saya menjadi broker jual-beli tanah. Tuan tanah berkata kepada saya; juallah tanah ini dengan harga RM 50 000 dan untuk kamu RM 10 000. Jika saya dapat jual dengan harga lebih dari harta itu (contohnya RM 60 000) adakah harus saya mengambil RM 10 000 untuk saya di samping komisyen yang dijanjikan tuan tanah? Jawapan; Muamalah di atas dalam fiqh Islam dipanggil samsarah. Pada dasarnya ia tertakluk kepada syarat yang disepakati bersama antara tuan/pemilik harta yang hendak dijual dan wakil penjualnya (broker). Bagi kes di atas, oleh kerana tuan/pemilik tanah telah menetapkan harga tanah, maka broker tidak boleh menjual melainkan dengan harga yang ditetapkan itu dan haknya ialah upah/komisyen yang dijanjikan itu. Jika broker menjual dengan harga lebih dari yang ditetapkan, wajib dirujuk semula kepada tuan/pemilik tanah. Jika dia menyetujuinya, keseluruhan wang jualan adalah miliknya. Bergantung kepadanya sama ada hendak memberi lebihan harga itu kepada broker atau tidak,...