Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Toharah

MENSETUBUHI ISTERI KETIKA HAID; ADAKAH DIKENAKAN DENDA/KAFFARAH?

Soalan; Assalamualaikum ustaz..saya  nak tanya macam mana cara bayar kaffarah bila suami berjimak ketika isteri dah kering haid tapi belum suci hadas besar?   Jawapan; Diharamkan mensetubuhi isteri ketika dalam haid, sehinggalah kering/tamat haidnya dan ia mandi hadas. Sekelian ulamak menegaskan; perbuatan mensetubuhi isteri dalam haid adalah besar. Pelakukanya wajib bertaubat kepada Allah.  Adakah dikenakan kaffarah/denda tertentu? Menurut jumhur/majoriti ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Maliki, pandangan yang masyhur dalam mazhab Syafiie dan satu riwayat dari Imam Ahmad); tidak dikenakan sebarang kaffarah/denda tertentu. Hanya bertaubat sahaja. Sebahagian ulamak  (antaranya Imam al-Auza'ie, Ishaq, Hasan Basri dan satu riwayat dari Imam Ahmad; dikenakan denda di samping taubat. Namun mereka berikhtilaf tentang bentuk denda; - Menurut Imam al-Auza'ie, Ishaq dan Ahmad;  membayar 1 atau 1/2 dinar. - Menurut Imam Hasan Basri; membebaskan hamba atau men...

MENGAMBIL WUDHUK DENGAN MENCELUP TANGAN KE DALAM BEKAS AIR

Soalan; saya melihat ada orang mengambil wudhuk dengan mencelup tangannya ke dalam bekas air yang kecil (timba, cebok, gayung dan sebagainya). Adakah sah wudhuknya? Tidakkah air itu akan menjadi musta’mal? Jawapan; 1. Mengambil wudhuk dengan mencebuk air dengan tapak tangan dari bekas air itulah cara wudhuk Nabi SAW. Cara itulah yang terbaik jika dapat dipraktikkan kerana ia paling menjimatkan air. Para sahabat (antaranya Saidina ‘Usman RA, Abdullah bin Zaid RA, Ibnu ‘Abbas RA dan sebagainya) menceritakan; Nabi SAW semasa mengambil wudhuk, baginda akan bermula dengan menuang air (dari bekas) untuk membasuh tangannya tiga kali, kemudian baginda akan   mencebuk air dari bekas dengan tangan kanannya (atau kedua tangannya) untuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung, membasuh muka, tangan hingga siku, kepala dan kaki, yakni bagi setiap anggota wudhuk cebukan air berasingan (Soheh al-Bukhari; 159, 164. 186. Muslim; 226, 235). 2. Kebanyakan ulamak mazhab Syafiie ...

ADAKAH MENYENTUH RAMBUT ISTERI MEMBATALKAN WUDHUK?

Soalan;   ustaz, adakah rambut isteri boleh membatalkan wuduk suami jika disentuh? Jawapan; Menurut mazhab Syafie; bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram(1) (tanpa berlapik) akan membatalkan wudhuk, termasuk antara suami dan isteri. Hanya menyentuh kulit membatalkan wudhuk. Adapun menyentuh rambut, gigi dan kuku, tidaklah membatalkan wudhuk (Hasyiyah al-Baijuri, 1/133). Menurut mazhab-mazhab lain, bersentuhan antara lelaki dan wanita secara umumnya tidaklah membatalkan wudhuk kecuali dengan syahwat atau persetubuhan (jimak). Wallahu a'lam. Nota; (1) Mahram ialah orang-orang yang haram dikahwini untuk selama-lamanya.

ADAKAH DITUNTUT MENJAWAB AZAN KETIKA SEDANG MENGAMBIL WUDHUK?

Soalan ; ketika sedang mengambil wudhuk, saya terdengar azan, adakah saya perlu jawab azan itu? Ada orang kata semasa ambil wudhuk tidak boleh bercakap. Jawapan; Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatwanya; menjawab azab disunatkan sekalipun oleh orang yang sedang mengambil wudhuk. Makruh bercakap ketika wudhuk adalah bagi percakapan yang bukan zikir, adapun menjawab azan adalah zikir, maka tidak dimakruhkan, malah disunatkan megucapkannya.  Jika selesai wudhuk bertepatan dengan habisnya azan, menurut Imam al-Bulqini; dahulukan bacaan zikir selepas wudhuk, kemudian baru bacaan selepas azan, kemudian doa untuk diri sendiri. Wallahu a'lam. Rujukan; al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibnu Hajar al-Haitami (w974H), 1/60.