Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Quran

HUKUM MENCIUM MUSHAF

Soalan; ustaz, mencium mushaf al-Quran, adakah bid'ah? Jawapan; Biasanya seorang muslim mencium mushaf adalah kerana membesarkannya, maka tujuan tersebut menepati sifat hati orang beriman yang disebut dalam firmanNya; "Sesiapa mengagungkan syiar-syiar (tanda-tanda agama) Allah, maka ia adalah dari ketakwaan hatinya" (surah al-Hajj, ayat 32). Ada riwayat menceritakan; Saidina 'Umar RA pernah mencium mushaf, lalu berkata 'Ini adalah perjanjian Tuhanku'. Perbuatan yang sama turut diriwayatkan dari Saidina 'Usman RA. Diceritakan juga; Ikrimah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata; 'Kitab Tuhanku, Kitab Tuhanku' (at-Tibyan, Imam an-Nawawi). Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fatwa Dar al-Iftak Jordan, mufti; Syeikh Nuh Salman (https://www.aliftaa.jo/), no. fatwa; 2645. 2. at-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran (Imam an-Nawawi), hlm. 191 (Maktabah al-Muayyad).

PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN

Soalan; Ustaz, ada pendapat megatakan jika kita Tadarrus Al-Quran secara Berjamaah/Berkumpulan dgn kaedah "Seorang Baca Sebahagian, Semua Dapat Pahala". Contohnya: Ahli Jemaah ada 30 org. Setiap ahli baca 1 Juzuk. Maka setiap Ahli Jemaah dapat Pahala Spt. Membaca Keseluruhan Al-Quran. Pada waktu yg sama menjimatkan masa dan ada kemungkinan boleh khatam Al-Quran setiap hari. Harap Ustaz dapat menjelaskan perihal ini. Jawapan; Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud) [1] Menurut ulamak; maksud tadarus ia...