Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muamalat(Harta)

CARA MENUKAR EMAS LAMA DENGAN EMAS BARU

Soalan; ustaz, jika saya ingin menukar emas lama dengan emas baru, bolehkah saya trade in emas lama saya tu di kedai emas, kemudian ambil emas baru dari kedai tersebut dengan tambahan wang bagi harga emas baru itu? Jawapan; Pertukaran emas dan perak, jika dengan sama jenis (iaitu emas dengan emas atau perak dengan perak) perlu mematuhi dua syarat; 1. Mesti sama timbangannya (*walaupun yang satu darinya lebih elok dari yang satu lagi, kerana kelebihan sifat tidak diambil kira oleh Syarak untuk mengharuskan tambahan selagi kedua-duanya masih dari jenis yang sama), 2. Mesti secara tunai (tidak boleh bertangguh) Jika pertukaran berlainan jenis (seperti emas dengan perak, atau emas dengan wang), perlu memenuhi satu syarat sahaja di atas, iaitu; mesti berlaku secara tunai. Adapun sama timbangan/berat tidak disyaratkan, maka boleh berlaku lebihan/kurangan pada tukaran. Syarat di atas berdalilkan hadis Nabi SAW; "Pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak hendaklah...

PANDUAN PERNIAGAAN ONLINE

Selasa, 3 Julai 2018 Soalan; assalamu alaikum ustaz. Boleh ustaz berikan sedikit panduan kepada saya tentang perniagaan secara online. Saya berhasrat untuk menceburinya. Apa yang patut saya pastikan supaya jualan online saya menepati Syariat? Jawapan; Islam membuka ruang seluasnya untuk manusia mencipta kaedah baru atau menceburi kaedah-kaedah baru dalam urusan kehidupan mereka. Kerana itu, para fuqahak hari ini mensepakati satu prinsip dalam Syariat iaitu "Hukum asas bagi segala urusan keduniaan adalah harus (yakni dibolehkan) selama tidak ada padanya sebarang larangan Syarak". Dalam perniagaan, antara unsur yang dilarang Syarak ialah; 1. Menjual barang/produk yang ditegah Syariat atau yang memberi mudarat kepada manusia. 2. Gharar; iaitu ketidakjelasan dalam akad, yakni tidak dipastikan dengan betul status barang/produk yang dijual atau harganya atau kedua-dua sekali. Adanya unsur gharar ini akan memberi kerugian kepada mana-mana pihak yang berakad dan menimbu...

KENDURI NIKAH, KENDURI KHATAN, KENDURI KESYUKURAN, KENDURI AKIKAH, KENDURI KESYUKURAN, JAMUAN HARI RAYA; adakah semua disyariatkan?

Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam? Jawapan; 1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin); "Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492). Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu.  Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri ...

WAKAF DARI ORANG BUKAN ISLAM

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya ada satu soalan..kawan baik sya non muslim (david) ada sorang kawan muslim yg baru meninggal..sya ada bercerita pada David berkenaan amalan2 yg pahalanya berterusan meskipun telah meninggal dunia seperti amalan waqaf. Soalan sya..apa hukum david mengeluarkan duit utk mewaqafkan sesuatu benda (seperti pokok kurma) bg pihak kawan muslim yg sudah meninggal.adakah amalan itu sah (sebab dilakukan oleh non muslim) dan adakah pahala itu smpi kpd simati? Mohon pencerahan drpd ustaz. terima kasih banyak ustaz.   Jawapan;   Bismillah. Masalah tersebut masuk dalam perbahasan ulamak berkenaan wakaf orang kafir untuk kaum muslimin (seperti dia memberi wakaf untuk masjid dsbnya). Menurut para fuqahak (termasuk mazhab Syafiie): pada dasarnya wakaf dari orang kafir zimmi adalah sah. Namun pahala dari pemberiannya itu akan diganti Allah dengan habuan di dunia, adapun di akhirat tiada sebarang pahala untuknya. Terdapat hadis da...

MENGGUNA WANG PETTY CASH COMPANY UNTUK DIRI SENDIRI

Soalan; Assalamualaikum. Apakah hukum menggunakan wang 'petty cash' company untuk tujuan peribadi (dalam keadaan terdesak) dan kemudian membayar semula. Jawapan; Bismillah. Menggunakan wang/harta milik orang lain tanpa izinnya dianggap oleh Syarak sebagai ghasab (merampas). Hukumnya berdosa, wajib memohon ampun dan memulangkan kembali harta yang diambil. Sabda Nabi SAW; "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (Musnad Ahmad; 20695). Wallahu a'lam.

MEMBUAT BINAAN ATAU BERKEBUN DI ATAS TANAH KERAJAAN

Soalan; 1) saya ingin bertanya apa hukum kalau saya buat tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan persendirian dan family saya sahaja diatas tanah rizab jalan (dlm taman perumahan). 2) apa hukum saya berkebun dan mendatangkan hasil pendapatan tambahan diatas tanah rezab sungai. Jawapan; Bismillah. Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat: 1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).   2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan ...

HUKUM KAD KREDIT YANG MENGENAKAN FAEDAH LEWAT BAYAR

Soalan;  Assalamualaikum, saya ada mempunyai satu kredit kad konvensional. Tujuan utama saya gunakan kredit kad ialah untuk perniagaan di mana saya mengunakan modal perniagaan dari pengeluaran tunai pada kad kredit saya. Di mana setiap pengeluaran tunai saya dikenakan caj pengurusan sebanyak 5%. Buat masa ini saya belum pernah kena "penalty charges" sebab saya bayar pada tempoh yang ditetapkan. Persoalan saya adakah penggunaan kredit kad dibenarkan dalam islam? dan apakah hukumnya ke atas denda kelewatan bayar yang dikenakan pihak bank? Harap persoalan saya dapat dijawab. Sekian.   Jawapan;   Bismillah. Kad Kredit yang mengenakan faedah lewat bayar telah difatwakan ulamak sebagai haram di sisi Syariat sekalipun pemegang kad berazam membayar dalam tempoh ditetapkan (untuk mengelak dikenakan penalti) kerana dua faktor;(1) 1. Pemegang telah menurunkan tandatangan ketika kontrak/akad untuk membayar denda lewat bayar itu jika berlaku kelewatan...

AKAD MELALUI SMS

Soalan; assalam..ustaz, boleh atau tidak aqad wakalah aqiqah/qurban dlm sms/email/whatsapp dan lain2?   trm ksh ustaz.. Jawapan; Sebarang akad tidak sah melainkan dengan sighah yang jelas. Maksud sighah ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang   berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua). S ighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan , tulisan, bahasa isyarat yang difahami [1] atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pih a k memberi dan satu pihak lagi mengambil).   Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan. Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad. [2] Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah u...

KENAIKAN HARGA MINYAK DAN HUKUM TAS’IR (KAWALAN HARGA OLEH KERAJAAN)

Soalan; Saya terbaca tulisan seseorang yang mendakwa memperjuangkan dakwah sunnah. Dia beranggapan harga minyak dan barang naik bukan menjadi kesalahan kerajaan. Beliau berhujah dengan sebuah hadis, daripada Anas (bin Malik radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, harga barangan asasi naik. Maka para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga barang untuk kami.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang menetapkan harga, menyempitkan, melapangkan dan merezekikan. Sesungguhnya aku berharap ketika aku berjumpa dengan tuhanku (Allah), tidak ada seorangpun yang menuntut kepadaku kerana suatu kezaliman yang menyangkut urusan darah (nyawa) mahupun harta (ekonomi)." [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1314 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan penetapan harga)] Betulkah pemahaman beliau tentang hadis tersebut? Jawapan; Bismillah, walha...

CARA MEWAKILKAN IBADAH KORBAN

Soalan; ASSALAMUALAIKUM. PENYERTAAN 1 BAHAGIAN ( KORBAN=LEMBU) RM400.00 CONTOH.;- JADI JIKA SI AHMAD INGIN AMBIL 1 BAHAGIAN, BAGAIMANAKAH CARA YG SEPATUTNYA DARI MULA BELIAU MENYERAHKAN WANG KEPADA PIHAK PENGURUSAN SESEBUAH MASJID SEHINGGALAH PADA HARI PENYMBELIHAN. SAYA MOHON USTAZ JELASKAN CARA YG SEBETULNYA IAITU CARA BELIAU LAFAZ SEMASA PENYERAHAN WANG ( UNTUK 1 BAHAGIAN/LEMBU), ADAKAH PERLU BELIAU MEYATAKAN SECARA LAFAZ ATAU SEKADAR BERNIAT DAN ADAKAH BELIAU PERLU LAFAZ PADA PIHAK PENGURUSAN MASJID MEWAKILKAN SEPERTI SAYA MEWAKILKAN PIHAK PENGURUSAN MASJID UNTUK MEMBELI LEMBU. SEMASA HARI PENYEMBELIHAN ADAKAH BELIAU PERLU MEWAKILKAN PADA NIAT PADA SI PENYEMBELIH ATAU SEKADAR NIAT SENDIRI SEMASA PENYEMBELIH MENYEMBELIH BINATANG. MOHON PENJELASAN, TERIMA KASIH. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. 1. Pastikan al-wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibad...

MEMBERI KEUNTUNGAN TETAP ATAS NAMA HADIAH

Soalan; assalammualaikum ust...berkaitan petikan ust tentang pelaburan dlm perniagaan....sy mengajak kawan2 untuk melabur dalam perniagaan yg sy akan usahakan...dan sy menjanjikan dividen tahunan 10% dri nilai pelaburan...namun dividen itu adlah sy beranggapan hanya sbg hadiah penghargaan kpd mereka dalam perniagaan runcit sy ni.....adakah situasi ini diizinkan syarak ustaz....mohon pencerahan ...trima kasih ust... Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Pelaburan dengan menjanjikan keuntungan tetap dalam jangka masa tententu, peratus yang dijanjikan dinisbahkan kepada modal pelaburan, bukan kepada perolehan untung pelaburan, pelaburan sebegitu tidak menepati Syariat kerana ia berkonsepkan riba walau apa nama sekalipun diberikan kepada keuntungan tersebut (dividen, bunga, untung, hibah atau sebagainya) kerana ukuran hukum bukan melihat kepada nama/istilah semata-mata, tetapi melihat kepada apa yang realiti di sebalik nama/istilah itu....

PELABURAN DENGAN KEUNTUNGAN TETAP BULANAN

Soalan; Assalamualikum ustaz. Saya setuju melabur sejumlah wang dlm perniagaan yg diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat kedua2 belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dgn jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebuln hingga habis tempoh perjanjian saya akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika ...

KOPI LUWAK

Soalan; As salam saya ada soalan... najis itu haram. Apa kah hukum memakan makanan yang asalnya dari najis haiwan contoh biji kopi yang telah dimakan oleh musang dan najiis musang tadi mengeluarkan balik biji kopi tersebut lalu diambil dan di proses semula di jadikan kopi...kopi luwak. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Ada beza antara najis dan mutanajis. Najis bermaksud benda najis, adapun mutanajjis bermaksud benda yang terkena najis (yakni benda yang suci, namun terkena najis). Najis tidak dapat disucikan/dibersihkan kerana zatnya sendiri adalah najis, sedang mutanajjis dapat disucikan dimana apabila dibuang najis darinya akan kembalilah ia kepada asalnya iaitu suci. Kopi luwak berada dalam kategori kedua (mutanajjis). Ia asalnya adalah dari buah kopi yang suci, dimakan musang luwak, kemudian biji kopi yang tidak dapat dihadam oleh ususnya keluar bersama tahinya. Biji kopi itu diambil dan dibersihkan dari najis musang itu dan kemudian diproses...