Langkau ke kandungan utama

Catatan

KELEBIHAN IBADAH KORBAN DAN HUKUMNYA

Soalan; Apa kelebihan ibadah korban dan apakah hukum melakukan ibadah korban? Jawapan; بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد Terdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. [1] Oleh itu, ikh...

ADAKAH HARUS NIAT AQIQAH BERSAMA KORBAN?

Soalan; Apakah harus ibadah korban dan aqiqah diniatkan bersama? Jawapan; بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitanya Sabilal-Muhtadin; “Pendapat anak-anak murid Imam Syafi’ie kalau seseorang menyembelih seekor kambing diniatkan korban dan aqiqah maka keduanya tidak sah. Inilah yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah…. Namun menurut Syeikh Ramli di dalam kitab Nihayah, kalau seorang menyembelih seekor kambing berniat untuk dijadikan korban dan aqiqah, maka sahlah keduanya”. [1] Pandangan Syeikh Ramli itu bersamaan dengan pandangan ulama’-ulama’ mazhab Hanbali di mana mereka berpendapat; “Jika bertepatan hari korban dengan hari aqiqah, maka mencukupi satu sembelihan bagi kedua-duanya sebagaimana jika bertepatan hari raya dengan hari jumaat, maka mencukupi sekali niat mandi sunat untuk kedua-duanya”. [2] Wallahu A'lam. Nota: [1] Sabilal-Muht...

CARA TERBAIK MENGAGIHKAN DAGING KORBAN

Soalan; Bagaimana cara pembahagian daging korban yang sebenarnya? Jawapan; بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد Cara pengagihan daging korban tertakluk kepada status korban. Jika korban itu adalah korban wajib (yakni korban nazar), tidak harus orang yang melakukan korban dan juga keluarganya (yakni orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya) untuk makan sedikitpun dari binatang yang dikorbannya. Wajib ia mensedekahkan ke semuanya kepada fakir miskin. [1] Kalau ia telah memakannya, wajib ia membayar ganti dengan harga daging yang dimakannya atau dengan daging seumpamanya. Tidak dituntut ia menyembelih lagi binatang korban kerana ia telahpun melakukannya. [2] Jika korban itu adalah korban sunat, maka harus ia dan ahli keluarganya untuk makan sebanyak mana yang ia kehendaki dengan syarat sebahagian darinya hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin. Mensedekahkan daging korban kepada faqir at...

HUKUM MELAKUKAN KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MATI

Soalan; adakah harus kita melakukan korban untuk orang lain khususnya yang telah mati? Adakah sampai pahala kepadanya? Jawapan; بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد: Dalam masalah ini, para ulama’ Syafi’ie sendiri berbeza pandangan. [1] Menurut Imam Hasan al-‘Ubadi; harus membuat korban bagi pihak orang yang telah mati kerana korban tergolong dalam jenis sedekah dan ijmak para ulama' bahawa sedekah bagi pihak si mati adalah memberi manfaat dan sampai kepadanya. [2] Imam Abu Daud, Tirmizi dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis yang menceritakan tentang Saidina Ali bin Abi Talib; أنه يضحي بكبشين عن النبي(صلى) و كبشين عن نفسه و قال : إن رسول الله(صلى) أمرني أن أضحي عنه أبدا فأنا أضحي عنه أبدا “Bahawa ia (yakni Ali r.a.) menyembelih korban dengan dua ekor biri-biri bagi pihak Nabi s.a.w. dan dua ekor bagi pihak dirinya sendiri dan ia berkata; ‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruhku agar menyembelih ko...

KOMEN ISU SIASATAN DAN TANGKAPAN KHALWAT

Soalan: Apa pandangan Ustaz berkenaan kenyataan Dr. Asri (Mufti baru Perlis) sebagaimana disiarkan dalam New Straits Times, 15hb Disember2006, mukasurat 11 yang bertajuk: STOP SNOOPING AROUND FOR KHALWAT COUPLES (HENTIKAN TINDAKAN MENGENDAP PASANGAN KHALWAT) Jawapan Saya telah membaca pandangan beliau tersebut sebagaimana yang tersiar dalam akhbar berkenaan. Kesimpulan yang dapat saya buat adalah seperti berikut; (*Mohon maaf kepada para pembaca yang tidak suka artikel panjang. Bagi isu ini saya rasa perlu mengulas dengan panjang lebar. Bacalah dengan sabar.) “Banyak kenyataan di dalam artikel tersebut mengelirukan. Saya tidak tahu kenyataan-kenyataan tersebut terbit dari mulut Dr. Asri sendiri atau hanya olahan pengarang berita. Jika ia benar-benar terbit dari mulut Dr. Asri sendiri, maka amat mengecewakan kita kenyataan-kenyataan sebegitu dibuat. Pertama; Ia boleh menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap nama baik Jabatan Agama dan pegawai-pegawai agama. Seolah-olah mereka me...

MENYAPU MUKA SELEPAS HABIS SOLAT

Soalan: Saya ada mendengar mufti baru Perlis memfatwakan bahawa menyapu muka selepas selesai solat adalah bid’ah yang menyesatkan. Jawapan; Terdapat dalam kitab al-Azkar karya Imam Nawawi sebuah hadis riwayat Ibnu Sunni dari Anas r.a. yang berbunyi; كانَ رسولُ اللَّه صلى اللّه عليه وسلم إذا قَضى صلاتَه مسحَ جبهتَه بيده اليمنى، ثم قال: "أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ والحزنَ" “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai dari mengerjakan solat, baginda akan menyapu dahinya dengan tangan kanannya, kemudian baginda membaca doa; أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أذْهِبْ عَنِّي الهَمَّ والحزنَ “Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, Yang maha pengasih lagi maha penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah dari diriku kedukaaan dan kesedihan”. (Rujuk: al-Azkar, Bab al-Azkar Ba’da as-Solah). Wallahu a'lam.

MENGANGKAT TANGAN KETIKA BERDOA DAN MENYAPU MUKA

Soalan: saya sering melihat orang ramai mengangkat tangannya ketika berdoa, kemudian selepas selesai berdoa mereka menyapu tangan ke muka. Ada segelintir ustaz berkata perkara tersebut Bid’ah. Benarkah demikian? Jawapan: Terdapat hadis menceritakan: كان رسولُ الله صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم إذا مدَّ يديه في الدُّعاءِ لمْ يردّهُما حتى يمسَحَ بهما وَجْهَهُ" “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat dua tangannya ketika berdoa, baginda tidak menjatuhkannya melainkan setelah menyapu dua tangannya ke muka”. (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Saidina Umar r.a.). Menurut Imam as-Son’ani dalam kitabnya Subulus-Salam; hadis ini terdapat hadis-hadis yang lain yang dapat memperkuatkannya, antaranya hadis Ibnu ‘Abbas yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan ulamak hadis lainnya. Jika dihimpunkan semua hadis yang berkaitan maka akan memberi keputusan bahawa hadis tersebut adalah hadis hasan. Beliau menegaskan juga; hadis tersebut menjadi dalil bahawa disyariatkan menyapu muka dengan dua tanga...