Langkau ke kandungan utama

Catatan

SEJAUHMANA KELUAR NAJIS MEMBATALKAN WUDHUK?

Soalan: Assalamualaikum... Saya ada dua kemusykilan dan saya berharap ustaz dapat membantu saya dalam memperjelaskan permasalahan ini.... Soalan saya apakah pandangan ulama' mazhab dan kesannya terhadap wudu': 1. Sesuatu yang keluar daripada kemaluan. 2. Sesuatu yang keluar bukan melalui dua kemaluan? Syukron.... Jawapan; Bismillahirrahmanirrahim, wa bihi nasta’in. Soalan pertama; Sepakat para ulamak menegaskan –tanpa ada khilaf di kalangan mereka- bahawa batal wudhuk jika yang keluar dari kemaluan itu ialah air kencing, tahi, kentut, air mazi dan air wadi. [1] Adapun air mani, terdapat khilaf di kalangan ulamak. Mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat; ia membatalkan wudhuk. Adapun menurut mazhab Syafi’ie, ia tidak membatalkan wudhuk, akan tetapi mewajibkan mandi. Bagaimana jika yang keluar dari dua jalan itu adalah batu, darah, ulat dan sebagainya dari perkara yang jarang berlaku? Menurut mazhab Imam Syafi’ie; semua yang keluar melalui kemaluan akan ...

TAKRIFAN SEBENAR NEGARA ISLAM (siri 2)

Soalan; Apa kedudukan pelaksanaan syariat dalam takrif negara Islam mengikut pandangan ulama'? (* Untuk memahami dengan sempurna pemasalahan ini, pembaca dinasihatkan membaca terlebih dahulu siri pertama kerana siri kedua ini adalah rentetan daripada perbahasan siri pertama) Jawapan ; Bismillahirrahmanirrahim Jika dilihat kepada dalil-dalil Syara’ (al-Quran dan as-Sunnah), melaksanakan Syari’at Allah adalah wajib ke atas kaum muslimin dalam segenap ruang kehidupan mereka merangkumi urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan juga negara. Nas-nas tersebut antaranya telah kita nyatakan dalam tajuk-tajuk yang lalu dan sebagai tambahannya ialah; وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ket...

HUKUM TAKLID

Soalan ; Asalammulikum ustaz Apa itu taklid ?Adakah kita boleh bertaklid sepanjang hidup kita? Apa dalilnya? Sekian, terima kasih Jawapan ; Bismillahirrahmanirrahim Taklid dari segi bahasa bermakna mengikuti orang lain. Ada di kalangan Ulamak membezakan antara Taklid dan Itba’ di mana taklid ialah mengikut orang lain tanpa memerhati dalil dan hujjah, adapun Itba’ ialah mengikuti orang lain berdasarkan dalil dan hujahnya. Sama ada harus atau tidaknya taklid atau itba’ di sisi agama bergantung kepada kemampuan seseorang; [1] 1. Seorang yang mampu berijtihad sendiri dari al-Quran dan as-Sunnah, atasnya haram taklid kerana ia seorang Mujtahid. 2. Seorang yang tidak mampu berijtihad, maka ia wajib mengikuti atau mengambil panduan dari ulamak yang mujtahid. Kewajipan ini berpandukan firman Allah; “…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”. (an-Nahl: 43) فإنما شِفَاء العِيّ السُّؤالُ “Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya”...

TAKRIFAN SEBENAR NEGARA ISLAM (Siri 1)

Soalan : Apa pandangan ulamak berkenaan takrtifan negara Islam? Jawapan : Persoalan takrif negara Islam ini, banyak takrif kita dapati dari para ulama’ dan fuqaha’ Islam sama ada dulu atau sekarang. Namun begitu, ia –sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Abu Zuhrah- berlegar antara dua pandangan iaitu; [1] 1) Pandangan pertama; Merujuk kepada hukum-hakam dan undang-undang. Jika hukum-hakam dan undang-undang yang dilaksanakan di dalam negara adalah Islam, maka negara tersebut adalah negara Islam. Jika sebaliknya yang berlaku, maka negara tersebut bukanlah negara Islam walaupun didakwa sebagai Islam. 2) Pandangan kedua; Merujuk kepada keamanan orang-orang Islam dan kekuasaan mereka. Jika orang-orang Islam berkuasa dalam negara dan mereka hidup dengan aman dalam negara tersebut, maka negara itu adalah negara Islam. Jika tidak maka ia adalah negara Harb. Di antara takrif Negara Islam yang dapat kita petik dari ulama’-ulama’ terdahulu dan sekarang ialah; [2] 1) “Golongan teramai ...

HUKUM KHUTBAH RAYA, SAHABAT TERAKHIR WAFAT, BERTAYAMMUM DENGAN SALJI & JAMAAH SOLAT JUMAAT

Assalamualaikum... 1.Apakah pandangan para jumhur ulama' jika tidak berkhutbah pada kedua² hari raya?? 2.Siapakah sahabat yang terawal dan terakhir wafat?? 3.Bolehkah bertayammum dengan salji?? 4.Apakah jawaban jumhur ulama' pada solat jumaat jika ma'mum sampai kepada 40 orang?? Dari: Hizbul-muslimin.uk Jawapan: Bismillahir-Rahmanir-Rahim Bagi soalan pertama; Khutbah bagi solat hari raya hukumnya sunat. Menurut Imam as-Syaukani; “Aku tidak menemui sebarang pandangan mewajibkannya”. (Nailul-Autar, Kitab al-‘Idain). Oleh demikian, solat hari raya adalah sah sekalipun tanpa diikuti dengan khutbah selepasnya. Namun perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, makruh –menurut mazhab Imam Syafi’ie- seorang menghadiri solat hari raya tetapi tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah. Bagi soalan kedua; Saya tidak pasti siapa sahabat paling awal meninggal. Adapun sahabat yang paling akhir mening...

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISTERI

Soalan: Assalamualaikum Ustaz Saya ingin meminta nasihat ustaz tentang kadar pembahagian faraid.Arwah adalah seorang perempuan yang telah berkahwin dengan suami pertamanya dan mendapat 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Kemudian mereka bercerai. Arwah kemudiannya berkahwin dengan suami barunya dan kekal sehingga dia meninggal dan mendapat pula 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Daripada yang saya tahu suami barunya akan mendapat seperempat mengikut al Quran surah an Nisa:12. Adakah suami lamanya yang bercerai dapat bahagian dari pusaka arwah? Bagaimana dengan bahagian anak-anak yang lain? Adakah juga perbezaan kadar pembahagian anak-anak dari suami pertama (yang telah bercerai) dan anak-anak dari suami kedua? Sekian terimakasih. Penerangan dan nasihat ustaz amat berguna kepada saya. ( Faiz Fadzil ) Jawapan Bismillahir-Rahmanir-Rahim Apa yang dapat saya simpulkan dari soalan saudara ialah; Seorang wanita telah mati dengan meninggalkan waris-waris berikut; 1. Suami 2. 5 an...

KELEBIHAN IBADAH KORBAN DAN HUKUMNYA

Soalan; Apa kelebihan ibadah korban dan apakah hukum melakukan ibadah korban? Jawapan; بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد Terdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. [1] Oleh itu, ikh...