Langkau ke kandungan utama

Catatan

MANDI HADAS DENGAN SHOWER DAN BILANGAN JIRUSAN

Soalan; Assalamualaikum, Ustaz, Adakah sah mandi hadas dengan "shower"? dengan meratakan air ke seluruh badan sahaja tetapi tidak ade bilangan jirusan. Jika tidak sah, apa yang sepatutnya saya buat. Terima kasih. Hamba Allah yang keliru Jawapan; Para ulamak mereka membahagikan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan di dalam ibadah (solat, puasa, haji, mandi hadas dan sebagainya) kepada dua kategori; 1. Perbuatan-perbuatan rukun 2. Perbuatan-buatan sunat Perbuatan-perbuatan rukun jika ditinggalkan akan menyebabkan ibadah rosak dan batal. Adapun perbuatan-perbuatan sunat jika ditinggalkan tidaklah menyebabkan ibadah rosak dan batal, akan tetapi akan mengurangkan pahala ibadah. Bagi mandi hadas/wajib, perbuatan-perbuatan rukun ialah; 1. Berniat mandi hadas 2. Meratakan air ke seluruh badan. Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua perkara di atas, sahlah mandi hadasnya. Pertama , ia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertuju...

HUKUM PINJAMAN ASB

Soalan ; assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan mengenai pinjaman ASB yang terdapat dikebanyakan bank tempatan. Apakah hukumnya? Jawapan; Soalan di atas menyentuh dua masalah hukum; 1. Hukum pinjaman dari bank 2. Hukum pelaburan ASB Mengenai masalah pertama (pinjaman Bank), ia adalah harus jika pinjaman tersebut bebas dari riba. Untuk memastikannya, bagi orang awam mereka boleh bersandar kepada pengesahan Panel/Badan Syariah yang dilantik oleh Bank. Jika tidak ada pengesahan, ia hendaklah dirujuk kepada ulamak atau ustaz yang mahir tentang selok-belok muamalat bank. Bagi produk pinjaman yang kuhusus ditawarkan oleh bank tertentu, tidak memadai dengan hanya merujuk kepada fatwa umum tentang pinjaman, akan tetapi hendaklah merujuk kepada fatwa khusus tentang produk pinjaman terbabit. Jadi, langkah mudah bagi orang awam ialah dengan meminjam dari Bank yang mempunyai Badan Syariah dan setiap produk pinjaman yang ditawarkan telah disahkan oleh Badan Syariahnya. Elakkan dari pinjaman...

iNDIVIDU DOWN SINDROME; WAJIBKAH PUASA DAN SOLAT?

Soalan; Assalamualaikum, Tuan, Adakah wajib bagi anak down syndrome solat dan berpuasa? Jawapan; Antara syarat wajib solat dan puasa ialah mukallaf. Maksud mukallaf ialah; seseorang itu memiliki sifat-sifat yang menjadikannya mampu untuk menerima arahan Syarak (Allah dan Rasul) iaitu; 1. Berakal sempurna; yakni mampu membezakan antara baik dan buruk, dosa dan pahala, antara satu ibadah dengan satu ibadah yang lain. 2. Sampai umur (yakni telah baligh). 3. Sempurna pancainderanya; khusus yang berkaitan dgn penerimaan ilmu iaitu; mata dan telinga. Jika seseorang itu buta mata dan pekak telinganya (yakni rosak kedua-dua sekali), gugur kewajipan Syariat kerana ia tidak mempunyai alat untuk menerima arahan Syarak. Oleh kerana individu down syndrome tidak mempunyai sifat pertama di atas (berakal sempurna), tidak wajiblah atasnya solat dan puasa. Berdasarkan kajian, kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50). ((http:/...

HAK JAGAAN ANAK BERUMUR 12 TAHUN

Soalan; Bagaimana hak jagaan anak yang telah berumur 12 tahun? Siapakah yang lebih berhak; bapa atau ibu? Bagaimana dengan nafkah dan hak menziarahi anak? Haruskah bapa menghalang ibu dari menziarahi anaknya? Jawapan; 1. Apabila anak telah mencapai umur mumayyiz dan dapat melakukan sendiri keperluan-keperluan asasnya (yakni dapat makan, memakai pakaian dan membersih diri dengan sendiri), menurut mazhab Syafiie; anak tersebut berhak memilih sama ada untuk tinggal bersama bapa atau ibunya. Ini berdalilkan hadis dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Seorang perempuan datang kepada Nabi bersama anak lelakinya. Ia mengadu kepada Nabi tentang suaminya yang ingin merampas anak itu darinya. Nabi lalu berkata kepada anak itu; “Ini adalah bapamu dan ini adalah ibumu. Peganglah tangan mana satu dari mereka berdua yang kamu suka”. Lalu ia memegang tangan ibunya dan ibunya pun membawanya pergi”. (Riwayat Imam Abu Daud). 2. Walau bagaimanapun, hak penjagaan terhadap anak bergan...

LAFAZ KINAYAH DAN MAKNA NIAT

Soalan; Assalammualaikum,. Mohon Bertanya; sorang suami terpaksa pergi outstation untuk beberapa bulan, isterinya menghantar beliau ke stesen keretapi, sebelum naik keretapi suami itu berkata "abang pergi dulu", tetiba terdetik hatinya talaq, mungkin sebab was-was atau lintasan hati, adakah lafaz abang pergi dulu tu dikira lafaz kinayah? perkara yang terdetik di hati tu adakah boleh dikira niat? sedang sebenarnya dia tidak mahu mentalaqkan isterinya? Jawapan; Lafaz kinayah talak ialah lafaz yang boleh diertikan cerai dan boleh diertikan selain cerai. Kerana itu, ia bergantung kepada niat suami ketika melafazkannya. Maksud niat ialah apa yang terdetik di dalam hati ketika melafazkan sesuatu atau melakukan sesuatu. Adapun lintasan hati, ia bukanlah niat. Ia hanyalah melintas di dalam hati, kemudian berlalu pergi. Berbeza dengan niat di mana ia bukan sekadar melintas, akan tetapi menetap di dalam hati (yakni hati menerima dan menghendakinya) dan darinya melahirkan tindakan atau...

LAFAZ SALAM

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Semalam saya telah di tegur oleh sorang sahabat saya, dia cakap tidak boleh ucap 'SALAM' dan dia beri dalil:- "Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)" Benarkan tidak boleh ucap Salam. Harap ustaz memberi penjelasan .. jazakallah Jawapan; Ucapan salam (sama ada “Salaamun ‘Alaikum” atau “Salaaman” atau “Salaamun”) di dalam al-Quran ada yang ditujukan kepada orang mukmin dan ada yang ditujukan kepada orang kafir atau jahil. Contoh bagi ucapan salam yang ditujukan kepada orang mukmin ialah; وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ “Dan apabila datang kepadamu orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka katakanlah kepada mereka: ‘Salaamun ‘Alaikum’ (selamat sejahtera ke atas kamu). Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk membe...

ZAKAT KWSP

Soalan ; assalamualaikum, ustaz..sekiranya kita mengeluarkan wang daripada KWSP ,adakah wang tersebut terus di zakatkan atau tunggu sehingga cukup haul..Harap ustaz terangkan..Terima Kasih... Jawapan; Di antara syarat wajib zakat ialah harta yang kita miliki adalah milik sempurna. Maksud milik sempurna ialah pemilik harta berkuasa ke atas harta yang wajib dizakati di mana ia boleh menggunakan harta itu dengan kehendaknya tanpa terikat dengan kebenaran dari orang lain.[1] Ada sebahagian ulamak mensyaratkan juga hendaklah harta yang dimiliki itu berada di dalam tangan pemiliknya, barulah dikatakan milik sempurna dan wajib dizakati.[2] Melihat kepada wang KWSP, walaupun wang itu adalah milik kita namun tidaklah kita boleh menggunakannya kerana ia berada di dalam simpanan orang lain dan kita terhalang dari menggunakannya melainkan setelah wang itu diserahkan kepada kita. Ia menyamai situasi di mana wang kita dihutangi oleh orang lain. Jumhur ulamak membahagikan hutang kepada dua jenis;[3] ...