Langkau ke kandungan utama

Catatan

MEMBERI ZAKAT KEPADA SEPUPU

Soalan ; Assalamualaikum....soalan saya :" bolehkah saya memberi zakat wang secara terus kepada adik sepupu yg miskin....selain drpd membayar kepada Jabatan Agama...? Jazakallah khair.... Jawapan ; Harus zakat diberikan kepada sepupu jika mereka miskin kerana mereka tidak wajib dinafkahi. Hanya yang tidak harus diberikan ialah kepada usul kita dan furu' kita. Usul ialah ibu-bapa, datuk-nenek dan ke atas (iaitulah asal datangnya kita). Furu' pula ialah anak-cucu dan cucu-cicit (iaitulah zuriat kita). Mereka sahaja dari kaum keluarga yang tidak harus menerima zakat dari kita kerana jika mereka miskin atau tidak mampu mencari nafkah sendiri, kita wajib menanggung nafkah mereka jika kita mampu.  Adapun kaum keluarga yang lain seperti saudara-saudara (adik, abang, kakak), bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara, anak-anak saudara, anak-anak bapa saudara (sepupu), kita tidak wajib menanggung nafkah mereka sekalipun jika mereka miskin, kerana itu harus kita memberi zakat kita kepada m...

SOLAT SUNAT BERJAMAAH

Soalan ; Apa hukum mengerjakan solat hajat secara berjamaah? Jawapan ; Solat sunat ada dua jenis; (Pertama) Solat sunat yang disyariatkan untuk dilakukan secara berjamaah iaitu solat sunat hari raya, solat gerhana, solat istisqa' (minta hujan), solat terawih dan witir di bulan Ramadhan. (Kedua) Solat sunat yang disyariatkan dilakukan bersendirian seperti solat tahajjud, solat dhuha, solat istikharah, solat hajat dan solat rawatib yang mengiringi solat fardhu. Solat sunat yang disyariatkan berjamaah tiada keraguan lagi atas keharusan berjamaah dalam melakukannya malah ia afdhal dilakukan berjamaah. Persoalan yang timbul ialah; solat sunat yang disyariatkan bersendirian, adakah harus jika kita melakukannya secara berjamaah (termasuk solat hajat yang ditanya dalam soalan di atas). Jawapannya adalah harus berdalilkan berberapa hadis, antaranya; 1. Diriwayatkan dari Anas yang menceritakan; "Aku dan seorang anak yatim telah mengerjakan solat di belakang Nabi dan ibuku Ummu Sulaim di...

HUKUM MEMBATALKAN PUASA SUNAT

Soalan; Salam Ustaz, Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan puasa sunat kerana jarang kita dengar ulasan berkenaan puasa ini. 1. Apakah hukum membatalkan puasa sunat dengan sengaja sama ada makan atau minum atau jimak? 2. Adakah perlu mengantikannya semula? 3. Jika melakukan jimak, adakah wajib kaffarah? Secara keseluruhannya adakah hukum membatalkan puasa sama ada puasa sunat atau puasa dibulan ramadhan adalah sama? Harap ustaz dapat menjelaskan pertanyaan ini. Sekian, wassalam. Jawapan; Terdapat hadis di mana Rasulullah –sallalahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya sendiri. Kalau dia mahu ia boleh meneruskan puasanya dan jika ia mahu ia boleh berbuka” (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Hakim dari Ummu Hani r.a.. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5122. Menurut as-Suyuti; hadis ini soheh). Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak (Imam Syafiie, Imam Ahmad, Sufyan as-Sauri, Ishaq dan sebagainya) berpandangan; puasa sunat tida...

SOLAT HAJAT SELEPAS AZAN ASAR DAN SEBELUM SOLAT ASAR 

Soalan ; Ustaz telah menerangkan bahawa haram solat hajat selepas menunaikan Solat Asar hingga matahari terbenam sepenuhnya. 1. Bagaimana pula hukumnya kita melakukan solat hajat sebaik sahaja selesai Azan Asar menandakan masuk waktu iaitu sebelum kita melakukan Solat Fardhu Asar?( Solat Hajat dahulu dan kemudian barulah solat Fardhu Asar). 2. Bolehkah melakukan Solat Hajat secara berjamaah. Sekian, terima kasih. Jawapan ; Ada lima waktu kita dilarang solat; 1.       Selepas solat subuh hingga terbit matahari 2.       Selepas solat asar hingga terbenam matahari 3.       Ketika terbit matahari hinggalah meninggi dengan kadar segalah (yakni 15 – 20 minit selepas terbit matahari, iaitu masuknya waktu dhuha) 4.       Ketika matahari di tengah langit hinggalah ia tergelincir (yakni hingga masuk waktu zohor); dikecualikan hari jumaat bagi orang hadir ke masjid untuk solat jumaat. 5.       Ketika matahari menguning hingga terbenam matahari.[1]  Dalil larangan tersebut ialah hadis-hadis Nabi b...

IMAM TERLEBIH RAKAAT; APA YANG PERLU MAKMUM LAKUKAN?

Soalan; Assalamualaikum wbt,Jika imam telebih satu rakaat sebagai contoh: Sembahyang isyak. Selepas rakaat keempat imam terlupa dan terus bangun( walaupun di tegur oleh makmum) untuk rakaat yang kelima dan setelah selesai tahiyad akhir imam terus sujud sahwi dan seterusnya memberi salam. Persaolan: 1. Sabagai makmum adakah saya perlu terus mengikuti imam atau saya perlu berniat keluar drpd jemaah dan meneruskan tahiyad akhir saya pada rakaat yang keempat. Sekian Terima Kasih. Jawapan; 1. Dalam kes seperti di atas, makmum hendaklah memperingatkan imam dengan mengucapkan tasbih (Subhanallah). Bagi perempuan, hendaklah memperingatkan imamnya dengan menepuk di atas belakang tangannya. Ini sebagaimana sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Jika berlaku sesuatu di hadapan kamu ketika sedang solat[1] (dan kamu ingin memperingatkan/memberitahu tentangnya), hendaklah orang lelaki bertasbih, adapun perempuan hendaklah ia menepuk (di atas belakang tangannya)[2]” (HR Bukhari dan Muslim dari ...