Langkau ke kandungan utama

Catatan

PENYAKIT WAS WAS

Soalan : Assalamualaikum ustaz.. Saya mempunyai masalah was-was yang melampau berkaitan dengan ibadah. Saya risau masuk tandas kerana bayangkan kasut akan kotor kerana pijak lantai tandas, dan duduk bersila diperhimpunan pagi kerana membayangkan ia kotor dan seluar/kain yang dipakai tak boleh bawa dalam solat. Saya pun dah selalu ambil wudhu' atau mandi hadas banyak kali sebab saya rasa macam saya tak sempurna, kadang-kadang rasa dah sempurna, tapi macam ade suara membisik cakap yang saya kena ambik wudhu' lagi...  dan pelbagai urusan lagi. mohon pencerahan ustaz. Jawapan : Bismillah. Berkata imam syafiie: "Kita diperintahkan agar mengukur berdasarkan apa yg zahir/nampak. Adapun yg tersembunyi itu serahkan kpd Allah". Maka utk mengelak dari waswas, berhukumlah berdasrkan apa yg nampak, jgn membuat andaian dari yg tidak nampak. Jika tidak nampak tanda najis (iaitu wrna, bau dan sbgnya) maka tempat itu suci. Jika tidak berlaku pada kita sbrang perkara yg n...

CARA MANDI WAJIB BAGI PESAKIT

SOALAN : Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya ustaz tentang mandi wajib. Saya telah menjalani pembedahan di bahagian perut dan ditampal dengan pembalut luka yang kalis air. Bagaimana cara untuk saya mandi wajib dan menjalankan solat? Terima kasih. JAWAPAN : Bismillah, 1. Mandi seperti biasa bagi kawasan yg tidak bertampal, 2. Kawasan bertampal; sapukan air atasnya, 3. Tayammum selepas mandi bagi kawasan yg tidak dapat disampaikan air, iaitu dengan menyapu debu ke muka dan tangan. Wallahu a'lam.

MAKAN MALAM BERSAMA MAJIKAN

SOALAN : Assalamualaikum, Yang Terhormat Ustaz, Apakah hukum bagi seorang wanita yang sudah bersuami yang sering keluar makan malam dengan seorang lelaki yg bukan mahramnya (boss, majikan, atau kawan). Untuk menutup di tuduh berkhalwat, si istri ini membawa seorang teman wanita untuk menemaninya. Perkara ini sering berlaku. Dan sekiranya si istri ini di beri izin suami untuk keluar makan dengan lelaki yg bukan muhrim nya ada kah ini diperbolehkan.  Sekian dan terima kaseh. JAWAPAN : Wassalam. Bismillah, sebarang perkara yang membuka jalan kepada berlakunya kemungkaran wajib ditutup. Setiap orang wajib menjaga diri dari terjerumus ke dalam kemungkaran. Seorang suami pula wajib menjaga isterinya atau anak perempuannya dari terjerumus dalam kemungkaran. Oleh itu, tidak harus dia membenarkan isteri atau anak perempuannya bebas keluar dengan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah; "Wahai orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"...

BERIMAMKAN IMAM SOLAT JAMAK

SOALAN Salam Ustaz. nak tanya mengenai solat jamak qasar... boleh ke kalau orang solat biasa menjadi makmum kepada orang yang tengah solat jamak qasar? dan bolehkah sebaliknya pula? JAWAPAN Bismillah, 1. Menurut mazhab Syafie: boleh org solat biasa menjadi makmum kpd org yg solat jamak dan qasar. Selepas imam beri salam, dia hendaklah mencukupkan rakaat solatnya seperti biasa. 2. Adapun sebaliknya: tidak harus org yg solat qasar berimamkan org solat biasa. Jika dia mengetahuinya di tengah solat, wajib dia mengubah solatnya dari qasar kpd solat biasa. 3. Bagi jamak pula, tidak menjadi larangan selepas mengikut imam bagi solat pertama, setelah selesai solat makmum bangun mengerjakan pula solat kedua. Yakni harus makmum yang menjamak solat menjadi makmum kpd imam yg tidak menjamakkan solat. Wallahu a'lam.

MAJIKAN BERSAMA PEMBANTU RUMAH KETIKA KETIADAAN ISTERI

Soalan : Assalamualaikum Mohon penjelasan ttg kedudukan seorang majikan lelaki bersama pembantu rumah di dalam rumahnya ketika ketiadaan isterinya di rumah, tetapi terdapat anak2 yg masih kecil. Adakah boleh dianggap khulwah/khalwat? Jawapan: Bismillah, Ya, dianggap khalwat kerana Nabi SAW bersabda; "Janganlah seorang lelaki bersunyian (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya (yakni mahram wanita itu)" (Soheh al-Bukhari; 1862. Muslim; 1341). Perbuatan tersebut boleh menimbulkan keraguan dan mendorong kepada berlakunya zina. Kehadiran anak-anak yang masih kecil tidak menggugurkan hukum tersebut kerana kewujudan mereka tidak dapat menutup keraguan dan tidak menghalang dari zina. Wallahu a'lam.

TIDUR MENIARAP

Soalan: Assalamualaikum ust Boleh Jelaskan hukum tidur meniarap dan dalilnya Jawapan: Bismillah, Terdapat hadis dr Abu Hurairah ra menceritakan; Nabi saw melihat seorang lelaki tidur dgn melentang atas perutnya (yakni meniarap), lantas baginda berkata; "Ini adalah tidur yg tidak disukai Allah" (Musnad Ahmad: 7862, 8041. Sunan at-Tirmizi: 2768., isnadnya hasan). Dalam riwayat lain: "Ini adalah tidur yg dibenci Allah" (Musnad Ahmad: 15543. Sunan Abi Daud; 5040. Hasan lighairihi)

HUKUM TAHI CICAK DAN TAHI ANJING KERING

HUKUM TAHI CICAK DAN TAHI ANJING KERING Soalan. Assalamualaikum. 1, semasa solat terkena /terpijak tahi cicak kering,bagaimana dengan solatnya. 2, terpijak tahi anjing kering.perlukah samak/sertu. Mohon penjelasan.terima kasih. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah, 1. Segala jenis tahi adalah najis. Apabila terkena pakaian, wajib dicuci sebelum memakainya ketika solat. Jika menyedari ada najis pada pakaian setelah solat, solat batal dan wajib diulang semula. Jika ingin memakai pakaian itu, wajib membasuh kawasan yang dikenai najis, kemudian baru memakainya untuk solat. Najis hanya dimaafkan jika terlalu sedikit, payah dijaga dan sukar dielakkan. Najis yang dianggap sedikit ialah yang tidak kelihatan oleh mata, contohnya; lalat yang hinggap di baju kita. Kemungkinan ada najis yang dibawanya, namun najis itu dimaafkan kerana tidak dilihat oleh mata, lagipun sukar menjaga lalat dari menghinggap kita. Adapun tahi cicak, ia dapat dilihat oleh mata, kerana ...